pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 17 Oktober 2013

SAMBUTAN EIDUL ADHA 1434 PAS KAWASAN BAGAN DATOH: SAMBUTAN MERIAH, HAYATI ERTI PENGORBANAN

SAMBUTAN EIDUL ADHA 1434 : MERIAH DAN PENUH PENGERTIAN KORBAN

Program ibadah korban anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh tahun ini menyaksikan sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan.

Yang ringan dijinjing sama, yang berat sama dipikul. Kerjasama melapah dan memotong daging korban membawa erti ikatan ukhawah antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menyembelih. Bukan mudah buat semua pemimpin untuk melakukannya. Tahniah Ustaz Misbah kerana mampu menyembelih lembu korban dengan baik.

AJK PAS Kawasan, Hj. Nor Zaman turut berkebolehan menyembelih dengan baik sekali. Antara lembu yang dikorbankan di majlis tersebut.

Antara seekor daripada 7 ekor lembu yang dikorbankan pada kali ini

Ringan tulang. AJK Dewan Pemuda PAS Kawasa, Sdr. Syukri bersama temannya sedang asyik memotong daging di bahagian kaki lembu.

Sama-sama memotong. Kerjasama yang baik menambahkan lagi keringan kerja.

Tua dan muda sama-sama sahaja bekerja.

Lapah kulit lembu. Pengalaman menyeronokan buat anak muda seperti kami.

YDP dan Timbalan YDP tidak kekok bersama petugas lain di program tersebut.

Asyik sungguh Timbalan YDP memotong daging untuk diagih-agih.

Cuci tulang untuk masak sup tulang istimewa aidil Adha.

Sedap ni kalau goreng.

YDP berucap sempena Aidil Adha.

Serah agihan kepada penerima. YDP sedang menyerahkan daging korban kepada penerima dan peserta korban kali ini.

Sebelum balik makan sup dulu.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008