pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 29 Ogos 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS PERNAH MENANG KETIKA TANDINGI KERUSI DUN TERSEBUT PADA 1972

PAS pernah menang PRK Pengkalan Kubor 1972

ASLANI M | .

TUMPAT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor sebenarnya pernah menghadapi pilihan raya kecil (PRK) pada 1972 berikutan kematian wakil rakyat, Wan Abdullah Alimin Wan Sulaiman.


Adun PAS terbabit menang pada pilihan raya umum 1969 mengatasi calon Perikatan, Che Abdul Rahman Che Omar dengan majoriti 829 undi. Ketika itu Dun Pengkalan Kubor dikenali sebagai Tumpat Barat.

Wan Abdullah meninggal dunia akibat serangan jantung. PAS melalui calonnya, Wan Ismail berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada PRK yang diadakan.

PAS bertapak di Dun Tumpat Barat sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada 1959 apabila calonnya Tuan Guru Haji Daud Yusof menang dengan majoriti 2,043 mengatasi calon BN, Osman Mohd Uddin.

Haji Daud sekali lagi menang pada PRU 1964 dengan majoriti lebih besar iaitu 3,191 undi menewaskan calon Perikatan, Mohamad Musa. Haji Daud ialah bapa kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

Pengarah Jawatankuasa Khas N01 Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak (gambar) berkata, BN hanya dapat merampas Dun berkenaan pada pilihan raya 1978 selepas Mageran berlaku di Kelantan.

Katanya, pada PRU tersebut calon PAS, Husin Abdullah berdepan dengan calon Berjasa yang berganding dengan BN, Tahir Abdul Aziz. Tahir juga menang pada PRU 1982.

“Pada PRU 1986 BN melalui Mat Nawawi Mat Jusoh mengekalkan kerusi tersebut yang dikenali sebagai Dun Simpangan,” katanya di sini.

Seorang penduduk, Razali Wan Min, 67 dari Kampung Tebing, Pengkalan Kubor berkata, Allahyarham Wan Abdullah berjasa besar kepada nelayan di Pengkalan Kubor apabila berjaya menubuh persatuan nelayan.

“Sebelum adanya persatuan nelayan, pemasaran ikan dikuasai tauke Cina. Tauke membayar dengan harga tidak sepandan dengan keringat nelayan.

“Disebabkan masalah tersebut arwah berusaha mewujudkan persatuan nelayan bagi memasarkan ikan-ikan didaratkan nelayan-nelayan tempatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya selepas kewujudan Persatuan Nelayan Pengkalan Kubur perniagaan tauke Cina terbabit terjejas teruk. - HARAKAHDAILY 28/8/2014

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008