pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 27 Disember 2017

KEMBALI KE SEKOLAH 2018 : 100 ORANG PELAJAR CERIA TERIMA SUMBANGAN ALAT SEKOLAH

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 2018 CERIAKAN 100 ORANG PELAJAR SEKITAR KAWASAN BAGAN DATUK

Pelajar Menerima Sumbangan Peralatan Sekolah Berupa Beg dan Alat Tulis, Mendengar Ceramah Motivasi Anak Soleh dan Gunting Rambut Percuma



Pihak PAS, atas sumbangan derma ahli dan orang ramai telah berjaya menganjurkan sebuah program berkebajikan yang dinamakan " Jom Kembali Ke Sekolah 2018 " pada 25 Disember 2017 ( Isnin ) lalu dan bertempat di Dewan Utama. Markaz Tarbiyah PAS Kawasan, Selekoh.

Seramai 100 orang telah dipilih dari setiap kampung di Daerah Bagan Datuk. Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Fathillah Mohd Salleh kira-kira 1 jam. Diikuti ucapan alu-aluan oleh Timbalan YDP PAS Kawasan, Tn. Hj. Mokheri Abdul Jalil.

Para penerima amat ceria dan gembira atas sumbangan tersebut. Manakala para ibu bapa bersyukur dan berterima kasih atas usaha pihak PAS Kawasan yang ingin membantu sedikit meringankan bebanan kos persiapan sekolah anak-anak tahun hadapan.










Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008