pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 27 Disember 2017

ZIARAH MOSWAY : CIKGU MOKHERI SANTUNI BEKAS CALON PAS PRU 1969

PROGRAM ZIARAH MOSWAY DITERUSKAN DI SG. LANCHANG
Tn. Hj. Mokheri Santuni Warga Emas, Uzur di Sg. Lanchang

Alhamdulillah, pada petang tadi ( 26 Dis. 2017 ) pasukan ziarah PAS Kawasan Bagan Datuk yang diketuai oleh Timb. YDP yang juga merupakan Penyelaras DUN Rungkup, Tn. Hj. Mokheri Abdul Jalil telah turun ke Kg. Sg. Lanchang, Rungkup sempena program ziarah prihatin MOSWAY .
Beberapa orang individu warga emas, uzur dan sakit telah diziarahi serta disantuni dalam program ziarah kali ini.
Antaranya ialah Pak Cik Ismail Daud yang telah berumur lebih 100 tahun. Keadaannya agak uzur disebabkan faktor umur. Turut diziarahi ibu mentua Sdr. Mahadi , adik Adam dan bekas calon PAS PRU 1969, Tn. Hj. Rushdi yang berumur 78 thn.
Dalam siri lawatan dan ziarah kali ini PAS Kawasan Kawasan Bagan Datuk juga menghulurkan sumbangan sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan PAS terhadap masyarakat.





Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008