pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 30 Mac 2013

PRA-PRU13 : MASA KEBANGKITAN RAKYAT UBAH KERAJAAN-TOLAK UMNO-BN!


CERAMAH PRA PRU-13 : MAZLAN DAN MUHAIMIN SUNTIK DAN BANGKITKAN JIWA RAKYAT UNTUK BERUBAH DALAM PRU KALI INI

Kehadiran Pengerusi ANAK menjelang Pilihan raya Umum ke 13, rakyat Bagan Datoh perlu sedar dan bangkit menentang penindasan Umno/BN selama ini.

BAGAN DATOH : Sebagai membangkitkan dan menyemarakkan bahang Pilihanraya Umum ( PRU ) ke 13, PAS Kawasan Bagan Datoh telah meneruskan siri ceramah politiknya di sekitar kawasan Bagan Datoh. Siri kali ini, mereka membawakan dua orang pucuk kepimpinan PAS tertinggi pusat dan negeri iaitu Sdr. Mazlan Aliman dan Dr. Muhaimin Sulam yang berlangsungnya bertempat di Kg. Sungai Nipah Baroh kelmarin.


Sdr. Mazlan Aliman adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga merupakan selaku Pengerusi ANAK amat cukup dikenali kerana perjuangannya yang gigih lagi berani terhadap hak rakyat khususnya warga Felda seluruh negara. Sementara itu, Dr. Muhaimin Sulam merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak dengan cara tersendiri menyampaikan ceramahnya iaitu melalui seni puisinya yang cukup menarik. Beliau juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak akan bertanding dalam Pilihan raya Umum kali di DUN Sg. Manik.


Dalam ucapan kedua-dua penceramah tersebut, amat menekankan kesedaran untuk berubah terutamanya kepada bangsa Melayu di negara ini terhadap kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/ BN selama memerintah negara. Kebangkitan rakyat amatlah penting untuk menentukan masa depan negara agar lebih terjamin dan selamat dibawa sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan beramanah sebagaimana diimpikan setiap rakyat.

Dr. Muhaimin Sulam dengan gaya tersendiri menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan membaca puisi-puisi yang menyedarkan serta membangkitkan bangsa Melayu untuk berani melakukan perubahan terhadap kerajaan. Setiausaha PAS Perak tersebut turut menghuraikan setiap rangkap puisi-puisi itu sebagai mengingatkan rakyat jangan terus lena dibuai mimpi keindahan janji-janji kerajaan ketika ini. Yang Dipertua PAS Pasir Salak juga menceritakan pengalamannya sepanjang sebagai seorang rakyat biasa yang menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang dilakukan oleh Umno/ BN.



Beliau yang membacakan sebuah puisi karangan Allahyarham Sasterawan Negara, Usman Awang berkisahkan masyarakat Melayu amat menyentuh perasaan hadirin pada malam tersebut. Puisi itu turut menyedarkan supaya bangsa Melayu pada hari ini agar terus bersatu untuk melawan kezaliman walaupun berlainan ideologi fahaman politik. Jika mahu sesuatu bangsa itu berjaya, maka perlulah kerjasama yang kuat sebagai menghadapi setiap cabaran.

Katanya lagi, bangsa Melayu jangan mudah tertipu walaupun kerajaan hari ini seolah-olah cukup prihatin terhadap bangsa tersebut. Dr. Muhaimin juga menjelaskan, ceramahnya itu bukanlah kerana terlalu perkauman sebaliknya mahu melihat semua bangsa lain juga tidak ketinggalan serta dipinggirkan oleh pihak kerajaan. Menurutnya lagi, rakyat di negara telah dilalaikan dengan sumber maklumat yang tidak tepat.

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman turut mengajak rakyat di kawasan ini supaya mengubah kerajaan ketika ini kepada Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Beliau meletakkan keyakinan dan kepercayaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat oleh rakyat sebagai kerajaan, pastinya lebih baik dan selamat jika dibandingkan Umno/ BN.

Menyatakan fenomena politik semasa, beliau menyatakan pendirian bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk memenangi 9 buah negeri berdasarkan beberapa kajian ketika ini sebagaimana disebut oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli sebelum ini di dalam akhbar. Melalui perhatiannya lagi, isu-isu semasa juga menyedarkan rakyat bagaimana zalimnya dan hipokritnya pimpinan Umno/ BN sebagai kerajaan pusat.  

Sebagai contohnya, beliau berkata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) secara one-off  sebanyak RM500 hanyalah sebagai umpan di dalam Pilihan raya kali ini. Mana tidaknya, beliau jelaskan proses penyampaian bantuan ( BR1M ) tersebut cukup menyusahkan rakyat serta membebankan penerima. Selain itu, pelbagai bantuan lain yang sebelum ini tidak pernah muncul tiba-tiba diperkenalkan ketika mana keadaan Umno/ BN semakin ditolak oleh rakyat kerana pemimpinnya yang korupsi dan berperangai buruk.

Mazlan yang juga merupakan Pengerusi ANAK memberikan gambaran bagaimana kerajaan dan Felda yang ada pada hari ini menyeksa serta menipu rakyat dengan pelbagai janji kemewahan. Pelbagai isu lain yang berkaitan Felda turut diterangkan dengan baik oleh Mazlan sebagai perbandingan kerajaan hari ini dengan kerajaan tawaran Pakatan Rakyat. Isu Pengerang juga menjadi bahan penjelasan kepada rakyat oleh beliau kerana tidak mahu melihat bangsa Melayu khususnya di negara ini terus menerima penindasan Umno/BN. Beliau amat mengharapkan agar rakyat sedar  dan memilih pemimpin yang bertaqwa dan beriman kerana di situlah jaminannya.

Turut hadir dalam siri ceramah tersebut ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh dan Sdr. Madhi Hj. Hasan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh serta barisan kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan tesebut.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008