pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 31 Mac 2013

BUDAYA PENAKUT : CABUT DAN BUANG BENDERA, PAS BUAT LAPORAN POLIS!


BUANG BENDERA : PAS KESAL TINDAKAN PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB CABUT DAN HILANGKAN BENDARA PAS, LAPORAN POLIS DIBUAT DI BALAI POLIS BAGAN DATOH

Budaya tidak bertamadun terus menular ke Bagan Datoh apabila bendara PAS yang di pasang telah dicabut dan hilang entah ke mana


BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh telah membuat satu laporan polis terhadap pihak yang telah mencabut dan menghilangkan bendara partinya itu di sini semalam. Tindakan berikut terpaksa dilakukan kerana perbuatan tersebut dilihat dan dianggap sangat melampau dan memalukan oleh pihak PAS kawasan. Kira-kira 100 helai bendara yang terdiri daripada bendara PAS dan PKR dipercayai hilang setelah tidak sampai 48 jam dipasang oleh jentera parti di sini.

Laporan tersebut telah dilakukan oleh wakil pihak PAS Kawasan Bagan Datoh pada jam 2.30 petang di Balai Polis Bagan Datoh. Antara wakil tersebut terdiri daripada Zakaria Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan,Mustofa Saifuddin, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh dan bersama beberapa orang pimpinan PAS Kawasan dan cawangan yang terlibat.

Perbuatan itu juga amat dikesali kerana seolah-olah pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak tahu serta memahami konsep negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan kerajaan negara ini. Demikian itu, laporan polis terpaksa dibuat pihak PAS kerana ianya merupakan hak mana-mana parti politik yang sah di negara ini untuk mengibarkan bendara partinya masing- masing.

“ Maka apabila ada pihak yang berbuat demikian ( membuang bendera parti lain ), seolah-olah ianya mencabar sistem demokrasi negara ketika ini. Ini sangat melampau dan teruk.” Ujar Mustofa Saifuddin selaku wakil PAS Kawasan Bagan Datoh yang membuat laporan itu.

Berdasarkan laporan yang dibuat, di mana lokasi kejadian hilangnya bendera tersebut ialah sepanjang tepi jalan antara Kampung Sg. Nipah Baroh sehingga Kampung Sg. Balai Baroh. Terdahulu sebelum itu, satu program siri ceramah penerangan yang dianjurkan oleh pihak PAS kawasan telah diadakan bertempat di Kampung Sg. Nipah Baroh berhampiran lokasi tersebut.

Pihak PAS juga menuntut dan mahu siasatan daripada pihak polis dapat dilakukan segera agar dapat menyelesaikan permasalahan itu serta membendung kejadian yang berlaku berulang kembali. Mereka juga menyerahkan dan kepercayaan sepenuhnya terhadap siasatan tersebut kepada pihak polis dalam menyelesaikannya.

“ Kita sudah membuat laporan terhadap apa yang berlaku ( hilang bendera ) di sekitar Sg. Balai Baroh dan Sg. Nipah Baroh ini. Maka kita serahkan tugas siasatan pihak polis kepada mereka. Disamping itu, kita ( PAS Kawasan Bagan Datoh )  juga akan melihat dan memastikan perkara sedemikian rupa tidak akan berulang lagi.” Jelasnya lagi selaku Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008