pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 19 April 2013

PRU 13 : KEJUTAN PILIHAN RAYA DI BAGAN DATOH , KEKAL CALON ANAK JATI TEMPATAN!

YDP PAS KAWASAN BAGAN DATOH, USTAZ MISBAH SEKALI LAGI DIBERI AMANAH TANDINGI DUN RUNGKUP, MADHI HASAN DAN S. KESAVAN KEKAL CALON PKR DI PARLIMEN BAGAN DATOK DAN DUN HUTAN MELINTANG

Tiada wajah baharu, Pakatan Rakyat Bagan Datoh masih kekalkan calon PRU lalu atas faktor anak tempatan dan kewibawaan mereka hadapi calon BN dalam PRU 13.

BAGAN DATOH : Kejutan dinantikan semasa kian hampir Pilihan Raya Umum ke 13. Begitulah yang berlaku apabila Pakatan Rakyat Bagan Datok masih tetap mengekalkan calon Pilihan Raya Umum lalu untuk bertanding di semua peringkat dalam pilihan raya umum kali ini. Mereka ialah terdiri daripada Madhi Hj. Hasan ( PKR ) untuk bertanding di Parlimen Bagan Datok, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( PAS ) di DUN Rungkup dan S. Kesavan ( PKR ) di DUN Hutan Melintang.

Pengisytiharan senarai nama mereka telah pun dilakukan di dalam sebuah majlis besar- besaran anjuran Pakatan Rakyat Bagan Datoh pada 17 April lalu.

Pemilihan mereka adalah atas dasar restu pimpinan Pakatan Rakyat dan juga mendapat mandat serta sokongan padu rakyat di kawasan tersebut. Amanah dan kepercayaan terus diberikan kepada ketiga-tiga calon kerana faktor mereka adalah merupakan anak jati kawasan dan juga pengalaman serta kekuatan diri dalam menghadapi lawan dalam pilihan raya umum.

Ustaz Misbahul Munir yang merupakan calon PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini adalah anak kelahiran Kampung Sg. Tiang Darat, Selekoh. Menurut beliau ini adalah merupakan peluang dan masa yang terbaik untuk rakyat khusunya di DUN Rungkup membuat perubahan dengan mengundi calon Pakatan Rakyat yang lebih baik jika dibandingkan dengan calon BN.

Percalonan beliau pada kali ini sekaligus adalah merupakan kali ke 4 untuk beliau bertanding di DUN Rungkup sejak tahun 1999 sehingga 2008 lalu. Pengalaman dan kewibawaannya amatlah ditagih dan diharapkan rakyat yang mahukan perubahan di kawasan DUN tersebut. Pengisytihran beliau telah diumumkan sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin Endut di majlis tersebut.

Manakala di peringkat DUN Hutan Melintang, S.Kesavan yang juga merupakan bekas ADUN kawasan tersebut hasil kemenangan Pilihan Raya Umum ke 12 lalu sekali lagi diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi tersebut. Beliau yang hadir ke majlis tersebut dalam keadaan bertongkat akibat kemalangan beberapa minggu lalu tetap bersemangat dan mengharapkan sokongan rakyat agar terus memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU kali ini.

Di peringkat parlimen pula, Madhi Hj. Hasan yang juga merupakan anak jati tempatan masih dikekalkan untuk bertanding menentang wakil daripada Barisan Nasional ( BN ) pada kali ini. Peguam muda itu juga memberi kepercayaan dan keyakinan kepada rakyat agar terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu yang lebih baik dan amanah.

Pengisytihran mereka  berdua telah diumumkan oleh Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Negeri Perak.

Kira-kira 700 orang penyokong dan rakyat hadir bersama-sama memeriahkan majlis pengisytiharan calon Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke 13 Bagan Datoh di Dewan Markaz PAS Selekoh.














Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008