pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 5 April 2013

PRU 13 : SOLAT HAJAT DAN TINGKATKAN KESELAMATAN


PRU13: PAS arah solat hajat, tingkat keselamatan

Salmiyah Harun,04 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan jentera parti mempertingkatkan kawalan keselamatan khususnya di bilik gerakan MTD untuk mengelakkan sebarang provokasi.



Katanya, usaha itu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan pelbagai cara yang mungkin akan digunakan pihak musuh untuk menimbulkan sebarang kekacauan dan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

Sementara itu, beliau turut meminta jentera dapat memberi fokus kepada kerja-kerja yang diarahkan oleh parti selepas parlimen bubar sehingga ke hari pilihan raya.

"Dalam waktu genting ini, seluruh jentera parti pertingkatkan lagi gerak kerja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Malah, beliau sekali lagi mengingatkan agar jentera kerja parti tidak lupa untuk menunaikan solat hajat tiap-tiap malam sehinggalah pilihan raya.

Berhubung calon pilihan raya, katanya PAS sudah senarai akhir nama-nama calon yang akan bertanding namun pengisyitharan calon akan diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

1 ulasan:

redah alam berkata...

Apabila kebenaran yang kita cari InsyaAllah kebenaran juga yang kita akan temui. Berlapang dada dan berfikir dengan rasional. Ketaksuban menutup untuk minda berfikir dengan sebaiknya. Tinggalkan Anwar Ibrahim kerana lebih banyak keraguan yang ditimbulkan. Yang penting akidah kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah terpelihara.Yang pentingnya kami tidak mahu pemimpin yang diragui moralnya...

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008