PASTI : MAMPU MELAHIRKAN GENERASI
CINTAKAN ILMU DAN ISLAM SEBENAR
Masyarakat diseru memilih pusat
asuah dan didikan awal anak-anak yang boleh membentuk akhlak peribadi mulia
serta mencintai Allah dan rasul.
BAGAN DATOH,Sg. Tiang Darat : Sebagai langkah mengimbangkan sistem
pendidikan dan pentarbiahan serta pembentukan generasi masa hadapan yang
mengenal Allah dan Rasulnya disamping melahirkan umat Islam yang gergas dan
sihat, pihak Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan Bagan Datoh telah menganjurkan
program Temasya Sukan Tahunan PASTI Peringkat Kawasan baru-baru ini di sini.
Temasya sukan tahunan tersebut yang
berlangsung pada 6 April 2014 dan bertempat di padang Sekolah Rendah Agama
Rakyat Madrasah Jami’ah Islamiah, Kg. Sg. Tiang Darat telah mendapat sambutan
menggalakan oleh masyarakat setempat. Ianya menggambarkan bahawa Pusat Asuhan
Tunas Islam ( PASTI ) semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya di
kawasan ini. Kehadiran para ibu bapa serta masyarakat yang menggalakkan sedikit
sebanyak sebagai tanda sokongan kekuatan PASTI itu sendiri.
Manakala dalam ucapan perasmian
temasya sukan tahunan tersebut, Ustaz Mohd Yazid Abdul Hamid menyatakan kepentingan
PASTI yang mana masyarakat seharusnya menerima kewujudannya sebagai pusat asuhan
dan pendidikan awal anak-anak yang terbaik. Beliau yang merupakan Ketua Urusan
Ulamak PAS Kawasan Bagan Datoh menjelaskan bahawasanya PASTI merupakan satu
produk atau medium terbaik yang disediakan oleh PAS untuk kanak-kanak dibentuk
menjadi muslim yang sejati.
Katanya lagi dalam ucapan tersebut,
beliau menyarankan masyarakat melihat lebih jauh masa hadapan anak-anak kerana
mereka adalah pemimpin juga penentu masa depan kehidupan. Pastinya kita mahu
melihat yang terbaik buat mereka dan negara akan dating. Disamping itu,
masyarakat umat Islam sepatutnya tidak melupakan peranannya dalam mendidik
serta membentuk anak-anak serta generasi muda mudi masakini untuk memastikan
sentiasa mengikut panduan syariat sebagaimana terkandung di dalam Al-Quran dan
As-Sunnah.
Walaupun dalam kemeriahan temasya
tersebut, Ustaz Mohd Yazid turut mengambil kesempatkan untuk menyampaikan
nasihat buat anak-anak PASTI serta hadirin berkaitan kepentingan ilmu kerana
iannya dapat serta memastikan umat Islam serta manusia itu terus berada di atas
kebenaran. Pesanan tersebut amat menekankan bahawa ilmu dan ulamak tidak dapat
dipisahkan kerana konsep tersebut jelas memainkan peranan utama dalam Islam.
Beliau turut menjelaskan peranan ulamak sebagai pewaris Nabi yang meneruskan
perjuangan para rasul terdahulu.
Sementara itu, beliau berkeyakinan
PASTI mampu berperanan untuk melahirkan sebuah generasi Al-Quran yang jelas bertepatan
kehendak Islam. Setidak-tidaknya, PASTI juga akan mampu menghasilkan barisan
para alim ulamak yang akan pasti meneruskan perjuangan alim ulamak masakini
yang semakin berkurangan. Ustaz Mohd Yazid juga meletakkan harapan yang tinggi
kepada PASTI untuk melahirkan masyarakat yang mencintai ilmu juga alim ulamak
selain mampu meneruskan perjuangan Islam di muka bumi Allah SWT ini.
Temasya sukan tahunan kali ini turut
menyaksikan dan mempamerkan kehebatan murid-murid pelbagai peringkat usia
daripada 5 buah PASTI seluruh kawasan Bagan Datoh. PASTI Al-Hidayah, PASTI
Al-Ikhwan, PASTI Al-Amin, PASTI Al-Huda dan PASTI Al-Kamaliyyah merupakan
senarai PASTI yang mengambil bahagian dalam semua acara pada kali ini.
Kemeriahan pelbagai acara antaranya lari pecut sejauh 30meter, isi air dalam
botol, lari berhalangan, lari sambil membawa bola ping pong dan pelbagai lagi
telah menambahkan kecerian serta pelbagai gelagat anak-anak PASTI.
Selain acara sukaneka untuk
murid-murid PASTI, acara sampingan untuk para ibu bapa dan remaja turut
diadakan sebagai menambah kemeriah temasya tersebut. Sementara itu keputusan
johan keseluruhan temasya sukan tahunan PASTI kali ini telah disandang oleh
kumpulan PASTI Al-Amin yang mewakili rumah biru.
Majlis penyampaian hadiah telahpun
disempurnakan oleh Ustaz Mohd Yazid selaku perasmi temasya tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan