pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 6 Mac 2013

NIZAR : SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ?

PAKATAN  RAKYAT HARAPAN RAKYAT : MANTAN MB PERAK ITU DAKWA DAN BUKTIKAN BANYAK PENYELEWENGAN OLEH UMNO/ BN

Mengingatkan bahawa rakyat perlu berani mengubah kerajaan yang sedia ada ini dengan mengundi Pakatan Rakyat  dalam PRU 13 nanti

BAGAN DATOH : Bukan mahu membalas dendam apa yang telah mereka lakukan. Kita tidak berdendam terhadap Umno/ BN tetapi kita perjuangkan hak rakyat seluruhnya dan menegakkan hukum Islam dan kebenaran di muka bumi ini. Telah banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan demi mempertahankan kuasa di negara ini. Hakikatnya, Umno/ BN adalah pengkhianat utama kepada agama, bangsa dan negara setelah sekian lama mentadbir negara.


Demikian antara kandungan ucapan dan pendedahan oleh YB. Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin yang merupakan mantan Menteri Besar Perak ketika majlis ceramah politik anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh di sini. Beliau yang juga kini merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang menyatakan rakyat semestinya bersifat berani untuk membuat perubahan dengan menukar kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

Menurutnya, terlalu banyak bukti telah menunjukkan bahawa sememangnya Umno/ BN sudah semakin tenat dan menyusahkan rakyat. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengingatkan semula rakyat berkaitan kejahatan Umno/ BN apabila isu merampas kuasa untuk menjadi kerajaan negeri pada tahun 2009. 


" Kerajaan pilihan rakyat ( PR ) telah dinafikan oleh Umno/ BN dengan cara paling kotor dengan melibatkan serta mencemarkan kedaulatan istana di negeri ini. Itulah yang dilakukan oleh Umno/ BN." Ujarnya ketika mengulas isu rampasan kerajaan negeri suatu ketika dahulu.

Umno/ BN juga merupakan pengkhianat bangsa sendiri. Walaupun mereka mendakwa memperjuangkan hak rakyat dan bangsa Melayu namun hakikatnya mereka sendiri yang telah mengadaikan hak bangsa Melayu. Sebagai contoh pemberian tanah rezam Melayu kepada individu dan kroni-kroni tertentu.

Begitulah juga akhlak dan perangai pimpinan Umno/ BN. Sebenarnya mereka ( Umno/ BN ) tidak layak sebagai pemimpin kerana perangainya tidak mengambarkan kebaikan kepada rakyat. Mereka juga menyekat kebebasan kakitangan awam dan kerajaan apabila mereka ini dipaksa untuk menyokong Umno/ BN.

Mohammad Nizar yang juga meruapakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengajak rakyat untuk berubah dengan mengundi Pakatan Rakyat seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan.

Selasa, 5 Mac 2013

PANAS : ZAHID " DISERANG 4 JENERAL TENTERA " DI BAGAN DATOH ?

KEHADIRAN 3 DARIPADA 4 BEKAS JENERAL TENTERA NEGARA PERHANGATKAN LAGI SUASANA POLITIK DI BAGAN DATOH

Isu semasa, pencerobohan Lahad Datu dan pengalaman dalam pertahanan negara serta perjuangan Pakatan Rakyat melalui manifestonya menjamin nasib bekas tentera antara kandungan pengisian.

BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh dan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut telah menganjurkan ceramah perdana bersama 3 orang bekas pegawai tertinggi dalam pasukan pertahanan negara di sini semalam. Kehadiran Leftenan Jeneral ( B ) Abdul Ghafir bin Abd Hamid, Briged Jeneral ( B ) Datuk Abdul Hadi bin Abd. Khattab dan Laksamana Pertama ( B ) Imran bin Abdul Hamid ke Bagan Datoh amat dinantikan sebagai penyuntik semangat rakyat untuk berubah dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.


 Laksamana Pertama ( B ) Hj. Imran Abdul Hamid : Bekas Pegawai Tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM )

Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki : YDP PAS Kawasan Bagan Datoh.

Sebahagian hadirin sedang mendengar ceramah yang disampaikan.

Briged Jeneral ( B ) Datuk Abdul Hadi b. Abd. Khattab : Bekas Pegawai Tertinggi Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM )

Pengerusi KERABAT Bagan Datoh : Kapten ( B ) Hj. Mohamad Aris Bakri.

YB. Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyampaikan ceramahnya.

Lt. Jen. ( B ) Abdul Ghafir b. Abdul Hamid : Timbalan Panglima Tentera Darat- ATM.

Isnin, 4 Mac 2013

FIRAUN DAN KERAJAAN ADALAH CONTOH SEBUAH KEZALIMAN KEPADA RAKYAT.

KEZALIMAN SEBUAH KERAJAAN SEBAGAIMANA CONTOH FIRAUN DAN RAJA NAMRUD DI ZAMAN NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA : USTAZ MISBAHUL MUNIR

Perumpamaan kepada penerima bantuan sebagai " haiwan " telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga mengelirukan rakyat hak sebenar mereka di negara ini.

BAGAN DATOH : Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan rasa kecewa terhadap isu yang melanda ke atas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya ianya adalah mainan propaganda pihak Umno/ BN yang sememangnya tidak berpuas hati terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan tersebut.


Beliau mengulas dan menjawab isu tersebut di sebuah majlis tazkirah di sini. Ustaz Misbahul Munir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan isu perumpamaan sebagai haiwan adalah sebenarnya ditujukan kepada pihak kerajaan hari ini. Menurutnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan pihak kerajaan tidak seharusnya menjadikan pemberian bantuan ( BR1M dan lain-lain ) kepada sebagai " umpan semata- mata menarik undi kepada Umno/ BN dalam Pilihanraya Umum 13 ( PRU ).


Jelasnya lagi, beliau melihat perkara yang diumpamakan oleh Tuan Guru itu berlaku adalah ianya dijadikan sebagai bahan kempen pilihanraya mereka ( Umno/ BN ). Ianya berlaku apabila rakyat yang layak menerima bantuan tersebut akan dijemput ke sebuah majlis penyerahan bantuan dengan menghimpunkan dalam suasana sesak dan bersusah payah tanpa menggunakan kaedah mudah si penerima. Setelah itu, wakil pimpinan Umno/ BN di parlimen masing-masing akan berucap dengan mengempen kebaikan semata-mata Umno/ BN sebagai pilihan dan memburukkan pihak parti pembangkang.


Perkara ini juga menyukarkan penerima yang terpaksa menghadapi keadaan payah dan sesak seterusnya terpaksa menanti penyerahan bantuan tersebut dengan mendengar terlebih dahulu " ucapan kempen " pimpinan Umno/ BN. Maka perkara ini dilihat sebagai menyusahkan rakyat sebagai mana memberi makan haiwan yang mana setelah kenyang akan ditangkap. Inilah muslihat yang dilakukan pihak Umno/ BN.

Maka menurut Ustaz Misbahul Munir lagi, perlakuan ini mengambarkan bahawa betapa bongkak dan sombongnya pihak Umno/ BN. Ketika dalam ucapan pimpinan Umno/ BN dalam majlis tersebut turut menyatakan bahawa hanya Umno/ BN yang akan mampu mentadbir negara ini dan memberi bantuan kepada rakyat. Dakyah ini dimainkan semata- mata agar rakyat tahu bahawa Umno/ BN yang paling baik sedangkan hakikatnya mereka jauh lebih teruk.


Tetapi kita perlu ingat bahawa kerajaan  terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, seperti Firaun dan kerajaannya di Mesir juga mengakui sedemikian rupa. Seolah-olah hanya Firaun mampu memberi rezeki sehingga mengakuinya sebagai tuhan. Begitu juga Raja Namrud yang zalim dan ingkar untuk mengakui Allah SWT sebagai tuhan walaupun telah diseru oleh Nabi Ibrahim yang akhirnya cuba dibunuh olehnya.

Ustaz Misbahul Munir juga menyatakan bahawasanya jangan mudah terpedaya dengan janji-janji pimpinan Umno/ BN. Sebaliknya beliau mengingatkan sebagai umat Islam, kebergantungan hidup wajib kepada Allah SWT. Keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang wajib untuk ditaati dan Maha pemberi segalanya.

BILA LAGI NAJIB PRU 13..RAKYAT DAH SEDIA ?

WALAUPUN BELUM TAHU TARIKH PRU 13, PERANG BENDERA TELAH BERMULA SEKITAR PARLIMEN BAGAN DATOH.

PAS, PKR DAN UMNO/ BN " BERPERANG " SUDAH !

BAGAN DATOH : Kelihatan perang sudah bermula diantara Pakatan Rakyat ( PR ) dengan BN/ UMNO di sini. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Najib Razak belum mengumumkan tarikh sebenarnya Pilihanraya Umum 13 ( PRU ), parti politik yang bakal bertanding telah mulai memasang bendera parti masing-masing.


Lokasi : Matang Kunda

Kg. Sg. Nipah Darat

Kg. Sg. Balai Darat

Matang Kunda, Batu 26.

Kg. Sg. Nipah Darat.

Kg. Sg. Betul

Kg. Sg. Nipah Baroh.


Simpang 4 Rungkup.

Ahad, 3 Mac 2013

KP PAS CIPTA SEJARAH DI SARAWAK? HEBAT !


Nasrudin 'berjakuk' Iban di Kota Samarahan

Hashim bin Adam,03 Mac 2013
(Tetamu lain juga tergelak mendengar Nasrudin 'berjakuk' Iban)


KOTA SAMARAHAN: Satu lagi sejarah telah tercipta semasa lawatan kerja Ketua Dewa Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasruddin Hassan ke Sarawak malam tadi apabila menyampaikan ucapan dalam bahasa Iban.

Perkara ini ternyata mengejutkan hadirin yang hadir termasuk barisan pimpinan PAS yang menyertai majlis itu.

Di dalam ucapan itu beliau menegaskan bahawa arus perubahan telah berlaku di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

Rakyat sudah mula muak dengan berita berat sebelah yang disiarkan di media arus perdana.

Beliau mengajak rakyat Sarawak agar bersatu hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang ke 13 nanti.

"PAS udah dikerembai bak menua Sarawak ari taun  1996. PAS tuk sitik parti politik enggau dakwah untuk semua rakyat. Maya ke bepilih kunsil negeri Sarawak 2001 mula pertama kali PAS bertanding di menua Sarawak. Mayanyak walaupun baru pertama bertanding enda nyau ilang duit deposit."

(Yang bermaksud PAS melebarkan sayapnya di Sarawak pada tahun 1996. PAS adalah sebuah parti politik dan dakwah untuk semua rakyat. Pilihanraya negeri sarawak pada tahun 2001 merupakan titik tolak dan langkah pertama Pas terlibat di dalam pilihanraya di Sarawak. Walaupun pertama kali bertanding di Sarawak, PAS tidak hilang duit deposit)

Ratusan masyarakat setempat hadir memeriahkan Program Pentas Anak Muda malam tadi.

Turut menyampaikan ucapan Abang Ahmad Kardee dan Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohamad Arifiriazul Paijo.

Ucapan kedua-dua anak Sarawak yang menggunakan bahasa Melayu Sarawak ini menarik perhatian masyarakat yang hadir malam tadi.

Respon daripada hadirin jelas menunjukkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Pemuda PAS Sarawak yang terdiri daripada anak tempatan.

Selain ucapan, Program Pentas Anak Muda Sayang Sarawak ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Mel Wings yang dijemput khas PAS Kota Samarahan.

Program yang berlangsung di hadapan perkarangan Pejabat PAS Kota Samarahan ini menyaksikan perasmian kata laungan semangat PAS Sarawak, "Mansang Ngelaban" yang bermaksud mara berjuang. 

"Mansang Ngelaban"!!!

Selasa, 19 Februari 2013

ANAK MUDA BANGKIT : JANGAN TIPU KAMI WAHAI UMNO/ BN !

PENTAS ANAK MUDA : SUARA MAHASISWA, SUARA RAKYAT- BANGKIT MERUBAH MASA DEPAN NEGARA

Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli amat dinantikan dan membangkitkan semangat rakyat Bagan Datoh bangkit lawan penipuan UMNO/ BN selama ini.

BAGAN DATOH : Pengajaran yang berlaku di Parlimen Pekan ( MP Najib Razak ) adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa sistem negara demokrasi di Malaysia amat mengecewakan seluruh rakyat. Apabila gerakan mahasiswa bersuara di negara ini cuba dinafikan haknya oleh pimpinan kerajaan hari ini dengan mengupah samseng-samseng untuk menghalang suara mahasiswa dan rakyat menular di seluruh Malaysia.



Apabila hak suara rakyat termasuklah golongan mahasiswa di negara ini di sekat, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini amatlah tidak layak lagi untuk mentadbir terus negara. Ianya membuktikan sesungguhnya kerajaan UMNO/ BN pada hari ini yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak amat bimbang dan takut menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.



Demikian antara kandungan ceramah yang disampaikan oleh Adam Adli di program Pentas Anak Muda : “ Suara Mahasiswa, Suara Rakyat “ yang berlangsung di Perkarangan Rumah Cikgu Said Muhammad, Parit 6 Sg. Sumun semalam.



Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli Abdul Halim tersebut ke kawasan Bagan Datoh amatlah dinantikan oleh rakyat di sini khususnya anak- anak muda. Program anjuran AMK Cabang Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh serta Pimpinan Pakatan Rakyat Bagan Datoh berikut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang hadirin.



Adam Adli merupakan anak muda yang tiba-tiba melonjak namanya dalam tempoh dua tahun lalu dan kemudiannya kini diangkat sebagai ikon anak muda yang berani bersuara dan bertindak menurunkan bendera berwajah Datuk Seri Najib Razak di PWTC. Oleh kerana tindakannya tersebut beliau kini digantung daripada pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) Tanjung Malim.



Dalam siri ceramah tersebut, beliau mengharapkan dan mengajak rakyat khususnya anak- anak muda untuk bangkit serta menentang penipuan dan kezaliman UMNO/ BN. Beliau juga adalah antara nama- nama mahasiswa di negara ini yang berani bersuara dan memimpin perubahan suasana politik di Malaysia dikalangan mahasiswa. Menurutnya golongan mahasiswa sangat penting untuk menjadi pengkritik dan bersuara untuk membetulkan sesuatu perkara khususnya berkaitan pentadbiran negara.



“ Golongan anak muda dan mahasiswa khasnya perlu menjadi pengimbang ( pengkritik yang membina ) politik negara ini. Ini adalah kerana golongan inilah yang akan meneruskan pentadbiran negara ( Malaysia ) ini. Maka perlunya golongan ( muda ) berani.” Ujar dan serunya beliau.



Selain Adam Adli yang berceramah di majlis tersebut, turut hadir dan menyampaikan ucapn ialah pimpinan PAS dan PKR Cabang Bagan Datoh. Antaranya, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh juga Naib Pengerusi PKR Perak, Madhi Hj. Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang, YB. S. Kesavan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairi Jamaludin, Setiuasaha AMK Perak, Sdr. Khairul , Ketua AMK Bagan Datoh, Sdr. Damaraj dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.





Isnin, 18 Februari 2013

TAWARAN KEPADA ANAK MUDA OLEH PEMUDA PAS




Pemuda PAS tawar 7 agenda anak muda

Salmiyah Harun,17 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan Tujuh Agenda Anak Muda Berkebajikan demi kebajikan dan kesejahteraan mereka di masa akan datang.

Tujuh agenda tersebut sebahagiannya diambil dari dokumen Negara Berkebajikan PAS.

Agenda tersebut adalah, pendapatan boleh guna, keupayaan sara hidup, keusahawanan belia, pendidikan berkebajikan, rumah mampu milik, capaian pengangkutan dan kesejahteraan hidup.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, tujuan mereka kemukakan tujuh agenda itu kerana anak muda pada hari ini sedang berdepan dengan masalah yang cukup menghantui mereka termasuklah keupayaan untuk memiliki rumah.

"Hari ini anak muda tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana harga rumah yang terlalu mahal.

"Begitu juga dalam hal kenderaan seperti kereta, anak muda tidak berjaya untuk memiliki kerana pelbagai cukai dikenakan sehingga harga kereta melambung tinggi," katanya.

Oleh sebab itulah, katanya PAS akan melaksanakan tujuh agenda ini sekiranya diberikan mandat selepas pilihan raya nanti.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan 7 Agenda Anak Muda Berkebajikan di hadapan pusat membeli belah Sogo,  jam 3.30 petang tadi dan berakhir sejam kemudian. (Gambar atas)

Sekitar 200 orang ramai termasuk anak muda membanjiri perkarangan Sogo bagi mendengar tawaran agenda tersebut yang disampaikan oleh Nasrudin.
Turut mencuri tumpuan ramai Pemuda PAS menyajikan persembahan nyayian oleh Man John bersama Zainal Abidin Ayub.

Di kesempatan itu juga, Pemuda PAS turut mempelawa pemuzik jalanan bersama-samanya yang kebetulan sedang membuat persembahan di situ.
Beberapa pimpinan termasuk Timbalan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz dan exconya turut mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah itu.

Nasruddin berharap anak muda dapat menghayati tujuh agenda ini sebagai usaha PAS untuk merelisasikan Negara Berkebajikan.
"Anak muda boleh menghayati tawaran kita dengan detil dalam laman web kita selepas ini," katanya.

Sabtu, 16 Februari 2013

MASYARAKAT TIONG HUA GEMBIRA SAMBUT ZIARAH PIMPINAN PR BAGAN DATOH.


PAS KAWASAN BAGAN DATOH TERUSKAN TRADISI SANTUNI MASYARAKAT CINA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir bersama pimpinan Pakatan Rakyat kawasan yang lain menziarahi masyarakat Tiong Hua.

BAGAN DATOH : Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, PAS Kawasan Bagan Datoh mengambil kesempatan dengan menziarahi penduduk masyarakat Cina di sekitar kawasan Bagan Datoh. Matlamat lawatan dan ziarah tersebut adalah sebagai merapatkan perpaduan antara kaum di negara ini. Ianya juga membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti politik untuk semua bangsa dan masyarakat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki telah mengetuai sendiri siri lawatan tersebut. Beliau berpendapat walaupun berlainan bangsa dan agama serta kepercayaan , tidak menjadi penghalang masyarakat Islam dan Melayu untuk berhubung juga bermesra terhadap masyarakat lain. Sebagaimana ajaran Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk berbuat baik sesama manusia walaupun mereka bukan tergolong dikalangan yang beragama Islam.

Selain Ustaz Misbahul Munir, turut serta lawatan dan ziarah tersebut adalah pimpinan PAS Kawasan dan PKR Cabang Bagan Datoh. Ketuanya, Madhi Hj. Hasan berkata bahawa ziarah yang dilakukan ini bukanlah perkara baru dan hanya di hari tertentu. Malahan seringkali telah dilakukan perkara sedemikian rupa kerana menurutnya, ianya adalah suatu kebiasaan dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat di mana- mana untuk bertemu rakyat dan penduduk di sini.

Dalam siri ziarah tersebut, para pimpinan Pakatan Rakyat Bagan Datoh mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama penduduk Tiong Hua dan juga memberi sumbangan sebagai tanda kemesraan. 







Jumaat, 15 Februari 2013

AHLI PAS..SILA NAIKKAN BENDERA !


PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera

Harakahdaily,14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak menggesa ahli seluruh negeri menaikkan bendera PAS di setiap rumah bagi menunjukkan kesediaan PAS negeri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin(gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti.

Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia.

“Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS Perak yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU12 lalu mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas ‘rampasan kuasa’ bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah.

“Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU13,” katanya.

Rabu, 13 Februari 2013

MAJLIS DIALOG : RAPATKAN UKHWAH ANAK RANTAU BERSAMA YDP PAS KAWASAN.

DIALOG SANTAI SEBAGAI PERSEDIAAN PILIHANRAYA UMUM 13 BERSAMA ANAK RANTAU SEMPENA CUTI SAMBUTAN BARU CINA ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH BERI BANYAK MANFAAT.

Ustaz Misbahul Munir selaku YDP PAS Kawasan dan Sdr. Aufa Ahmad sebagai Ketua Penerangan PKR Bagan Datoh beri keyakinan dan janji sebagai dorongan anak rantau pulang untuk mengundi.

BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Jabatan Penerangannya telah mengambil kesempatan sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan mengadakan sebuah majlis dialog anak-anak rantau Bagan Datoh yang pulang ke kampung bersama pimpinan PAS dan PKR Bagan Datoh.

Bermatlamatkan merapat ukhwah dikalangan ahli dan pimpinan serta berkongsi maklumat, majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 orang anak perantauan Bagan Datoh yang pulang ke kampung halaman. Selain tujuan tersebut, majlis tersebut turut memberi peluang kepada anak rantau berdialog terus bersama Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Aufa Ahmad selaku Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan Datoh mewakili Ketuanya, Sdr. Madhi Hj. Hasan.


Dalam majlis sama itu, Ustaz Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan menyatakan beberapa janjinya sekiranya calon PAS yang bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Rungkup dalam Pilihanraya Umum 13 nanti. Menurutnya, janjinya sebagai wakil rakyat adalah untuk memberikan khidmat terbaik dengan menjadikan jawatan Ahli DUN sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.


Menurut  Ustaz Misbahul Munir lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan persediaan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti yang akan berlaku tidak lama lagi. Beberapa strategik telah diatur dan disusun sebagai menarik undi dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.





jambori amal kuala kangsar 2008