pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 7 Oktober 2011

HUDUD ADALAH KEWAJIPAN : DPPK

BAGAN DATOH : Tiada istilah retorik politik dalam menegakkan ajaran dan hukum Islam. Demikian tegas Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) bagi menyangkal dakwaan bekas Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Perak, Faizal Effendi Hashim terhadap sokongan Pemuda PAS Perak kepada kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hukum hudud.


Sokongan tersebut sebenarnya tiada kena mengena pilihanraya umum yang sudah mempunyai tanda – tandanya. Kenyataan Pemuda Pas ini juga menafikan tuduhan Faizal ( Effendi Hashim ) yang mengatakan Pemuda PAS sanggup menyokong Datuk Nik Abdul Aziz sebagai umpan untuk rakyat kononnya hanya PAS sahaja memartabatkan Islam.

Cabaran beliau juga terhadap PAS supaya melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat tentangan rakan Pakatan Rakyat ( PR ) terutamanya DAP dilihat sebagai kenyataan ketinggalan zaman dan kurang bijak oleh Pemuda PAS. Isu ini sudahpun selesai dan sokongan rakan dalam PR terus utuh dan jitu demi merubah masa depan Negara ini.

“ Mengapa perlu kami retorik ? Hukum Hudud bukan manifesto PAS dalam pilihanraya. Ianya ( Hudud ) adalah perintah dan syariat yang wajib untuk umat Islam laksanakan. Sama seperti ibadah dan suruhan lain dalam Islam.” Jelas Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh, Ustaz Khairi Abdullah yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda kawasan.

Pemuda PAS juga kesal terhadap kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila mempertikaikan perjuang PAS untuk melaksanakan hukuman hudud. Beliau berkata, bukan semua Negara Islam laksanakan hukuman Islam ini dan beliau menunjukkan kejahilannya apabila menyatakan bahawa Islam itu sudah mencukupi dengan hanya mengucap
dua kalimah syahadah.

Namun, Pemuda PAS tidak begitu hairan dan terkejut kenyataan bekas Perdana Menteri itu memandangkan beliau memang terkenal dengan ucapan dan kenyataan menghina dan memperlecehkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008