pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 27 Oktober 2011

SUMBANGAN DEEPAVALI RINGANKAN BEBANAN : PAS BAGAN DATOH

BAGAN DATOH : Sempena perayaaan Deepavali yang disambut oleh masyarakat India, pihak PAS Kawasan Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh telah berjaya mengadakan program penyerahan sumbangan kepada lima buah keluarga masyarakat India di sini kelmarin.


Bertempat di Parit 5, Sungai Pergam, sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil PAS Kawasan, saudara Fauzi bin Hashim. Beliau yang juga merupakan setiausaha PAS Kawasan Bagan Datoh berkata bahawa pemberian sumbangan sebegini adalah untuk membantu dan mengurangkan sedikit bebanan keluarga penerima tersebut dalam menyambut Hari Deepavali tahun ini.

" Sumbangan ini adalah hasil keprihatinan pihak PAS Kawasan terhadap masyarakat setempat yang dibebani harga barangan yang semakin tinggi dan mahal," ujar beliau lagi.

Sumbangan yang berupa barangan dapur dan makanan tersebut diterima lima buah keluarga dengan perasaan gembira dan bangga. Mereka yang menetap di kawasan estet berhampiran berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PAS atas sumbangan tersebut.

" Kami sangat gembira dan berterima kasih banyak - banyak kepada PAS Bagan Datoh sebab prihatin dan bantu kami untuk sambut Deepavali tahun ini," kata seorang wakil daripada mereka di sini kelmarin.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008