pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 24 Oktober 2011

KEMPEN " JOM MASUK PAS " DILANCARKAN


BAGAN DATOH : Sebagai menyambut dan mengembangkan lagi sambutan positif daripada sokongan rakyat terhadap Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) , bertarikhkan pada 20 Oktober 2011 ( Khamis ) yang lalu, PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya menganjurkan sebuah program ceramah penerangan serta pelancaran kempen “ Jom Masuk PAS ”.


Bertempat di perkarangan rumah seorang aktivis PAS tempatan, Hj. Zakaria atau lebih dikenali sebagai Pak Dollah di Rungkup Kecil, Selekoh telah berlangsungnya majlis tersebut dengan jayanya. Pada majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran ikon baharu PAS Perak yang juga merupakan penceramah utama majlis itu.

Beliau adalah merupakan seorang mantan Panglima ARMADA Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) dan telah bertugas bersama pasukan keselamatan Negara tersebut hampir usia 38 tahun. Ikon tersebut ialah Laksama ( B ) Hj. Imran bin Abdul Hamid dan kini beliau telah bertugas sepenuh masa bersama PAS sebagai Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut.


Terlebih dahulu, dalam ucapan alu – aluan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir bin Hj. Masduki berkata, bahawa fenomena kemasukan dan sokongan para bekas anggota keselamtan Negara dan mereka – mereka  yang berjawatan tinggi dalam kerajaan pada satu ketika dahulu serta pembabitan para artis terhadap PAS dilihat sebagai perkembangan positif dan petanda baik kepada perjuangan Islam di Malaysia oleh PAS selama ini.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak mengulas keputusan PAS untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat ( Himpun ) yang dianjurkan pertubuhan NGO adalah sebagai menghormati pihak penganjur. Sebagaimana kehendak pihak penganjur yang tidak mahu pembabitan politik mana – mana pihak, makanya PAS merupakan sebuah parti politik mengambil langkah tersebut bagi mengelakkan manipulasi pihak – pihak tertentu.

Laksamana ( B ) Hj. Imran bin Abdul Hamid pada sesi ceramahnya telah menjelaskan persoalan mengapa dan kenapa beliau lebih memilih PAS dan mengatakan parti tersebut sebagai yang terbaik di Malaysia ini. Beliau merujuk kepada dasar perjuangan PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS itu sendiri. Melihat perbezaan dasar parti yang amat ketara antara PAS dan Umno, menyebabkab beliau memilih PAS kerana dasarnya bertepatan tuntutan Islam sebagaimana di dalam al – Quran dan as – Sunnah.

Selain melihat dasar parti, menurut beliau lagi penyertaan dirinya ke dalam PAS adalah kerana melalui pengalaman dan peristiwa sepanjang hidupnya. Terdapat banyak pengajaran dalam segala kejadian dalam kehidupannyan yang menyebabkan PAS menjadi pilihannya. Antaranya ialah berkawan dan pergaulan bersama rakan – rakan ahli PAS merupakan faktor beliau berminat dan tertarik perjuangan PAS.


Namun baginya, peristiwa menerima sepucuk surat ucapan takziah atas kematian 4 orang anaknya 6 tahun lalu daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz b. Nik Mat punca utama beliau menyertai dan terus menyokong PAS.  Katanya,isu surat tersebut telah menyebabkan hatinya terasa terharu dan menyedarkan beliau untuk memilih Islam sebagai dasar perjuangan hidupnya sebagai manusia.

Pada majlis tersebut juga, beliau bersama Ustaz Mohd Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan telah melancarkan secara rasminya kempen “ Jom Masuk PAS ” peringkat kawasan Bagan Datoh.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Bagan Datoh, Saudara Madhi Hassan beserta barisan pimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh. 

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008