pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 12 Oktober 2011

RIADHAH IKUT SYARIAT : PEMUDA PAS

BAGAN DATOH : Melihat kepentingan riadhah ataupun aktiviti sukan dalam membentuk generasi muda muslim yang sihat dan kuat untuk menghadapi dan melaksanakan syariat Islam, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) telah Berjaya mengadakan satu perlawanan persahabatan permainan badminton bersama pasukan Semai Star Badminton Club ( SSBC ).


Bertarikhkan 11 Oktober 2011, hari Selasa yang lalu, perlawanan persahabatan tersebut telah diatur dengan sebaiknya demi mencapai matlamatnya. Bertempat di Dewan Serbaguna, Simpang Tiga telah berlangsungnya perlawanan tersebut dengan meriahnya yang disertai hampir 10 orang peserta serta disaksikan para ahli pemuda PAS dan para penyokong kedua – dua pasukan.

Sebelum perlawanan dimulakan, telah berlangsung ucapan ringkas daripada kedua – dua pihak bagi mengalu – alukan program yang julung – julung  kalinya diadakan secara bersama. Ucapan bagi pihak Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh diwakili Ketua Lajnah Sukan, Kesenian dan Kepemudaan, Ustaz Hamir Hamzah Ibrahim manakala Ustaz Khusairi Hashim selaku Pengerusi Semai Star Badminton Club mewakili kelab tersebut.


Menurut Ustaz Hamir Hamzah, program ini sememangnya telah dirancang demi mencapai beberapa tujuan dan matlamat. Antaranya ialah aktiviti sukan atau riadhah adalah merupakan satu ibadah sekiranya niat dan perlaksanaannya mengikut panduan syariat Islam dan kerana Allah SWT. Sebagaimana tuntutan dalam agama menghendaki umatnya sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihann bagi memudahkan melaksana ibadah – ibadah yang lain.

Beliau juga mengakui bahawasanya melalui aktiviti sukan sebegini mampu untuk merapatkan ukhwah selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.


“ Selain itu juga, aktiviti serupa ini dapat menafikan tohmahan kepada pemuda PAS khususnya bahawa PAS adalah parti yang kolot dan ketinggalan zaman dengan menolak sukan. Makanya, ia adalah salah dan silap. Kerana pemuda PAS juga menyokong sebarang aktiviti sukan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam ”, tegas beliau lagi.




Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008