pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 14 Oktober 2011

JAUHILAH ARAK : PEMUDA PAS

BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) menyatakan pendirian bahawa amat tidak bersetuju dan menyokong sekiranya cadangan cukai rokok dan arak digunakan untuk membiayai program pembangunan sukan, terutamanya bola sepak di Negara ini. Cadangan sebegini dilihat amatlah tidak wajar dan tidak sesuai apatah lagi untuk diterima serta dilaksanakan oleh pihak kerajaan.


Merujuk kepada kenyataan cadangan seorang Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ( Bayan Baru ) yang meminta agar kerajaan menggunakan hasil daripada cukai rokok dan arak untuk pembagunan program sukan bola sepak tempoh hari. Pemuda PAS amat kesal dengan cadangan tersebut, kerana seolah – olah tiada lagi cara lain untuk menambahkan peruntukan dan dana kewangan pembangunan sukan di Negara ini.

“ Kita juga melihat kenyataan ini amat memalukan bagi umat Islam di Negara ini, kerana ianya cadangan daripada seorang yang mengaku Islam - Melayu,” ujar  Ustaz Hamir Hamzah Ibrahim.

Beliau yang merupakan Ketua Lajnah Sukan, Kesenian dan Kepemudaan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh berkata bahawa cadangan Ahli Parlimen Bebas tersebut juga sebagai terdesak dan tidak keterlaluan sekiranya dikatakan “ jahil ” hukum hakam agama. Umat Islam perlu sedar dan faham bahawa apa sajaha yang berkaitan dengan arak adalah hukumnya haram. Ianya adalah hukum tetap dan tidak boleh diubah sesuka hati sebagaimana jelas di dalam al – Quran dan Hadis.

Ahli Parlimen Bebas tersebut telah mencadangkan perkara ini kerana melihat keadaan pendapatan yang diperolehi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) sebanyak RM 30 juta setahun adalah tidak mencukupi untuk membiayai program pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak tanah air. Katanya lagi, sekiranya sukan bola sepak ingin dilihat lebih maju di Malaysia hendaklah pihak kerajaan ambil perhatian sepenuhnya apatah lagi elemen kewangan dan dana yang kukuh.

Beliau juga mengatakan, bahawa jika dibandingkan dana pendapatan Persatuan Bola Sepak Jepun yang berpendapatan lebih tinggi dalam tempoh setahun iaitu sebanyak RM 467 juta ( AS$ 150 juta ) adalah amat jauh dengan pendapatan oleh FAM dalam setahun iaitu hanya RM 30 juta.

Namun begitu, Pemuda PAS tidak akan menyokong cadangan berikut kerana walau apapun alasan Ahli Parlimen Bebas yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang tersebut adalah tidak relevan dan haram di sisi agama Islam. Melihat situasi tersebut bukanlah sehingga tahap darurat dan agak mustahil juga bola sepak boleh memudaratkan umat Islam di Malaysia ini.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008