pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 17 November 2012

PERWAKILAN PEMUDA BAGAN DATOH : HADIR PENUH CERIA DAN SEMANGAT!


MUKTAMAR DPPM KE 53 : PERWAKILAN BAGAN DATOH TURUT BERSAMA BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA UMUM 13.

Seramai 4 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh bermuktamar penuh semangat di Kota Bharu, Kelantan mulai 14 sehingga 15 November.

KOTA BHARU : Bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam ( MPKB-BRI ) telah berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 53 di sini. Bertemakan “ Mencorak Masa Depan “ muktamar kali ini menghimpunkan 700 orang perwakilan dari 157 kawasan seluruh Negara. Majlis perasmiannya telah pun di sempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Y.Bhg. Tn. Hj. Mohamad bin Sabu pada 14 November sekali gus ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh turut tidak ketinggalan apabila menghantar seramai empat orang Perwakilan ke muktamar kali ini. Mereka terdiri daripada Ketua Pemudanya sendiri, Ustaz Ahmed Najiib bin Hj. Safar, Penolong Setiausaha 3, Mohd Usamah, Pengarah Pilihan Raya, Tn. Hj. Muhammad Haidzir bin Ajid dan Ustaz Mohd Amin bin Shamsudin.











Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008