Rusuhan merebak di tiga bandar Britain

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh




Deretan tiga kedai terbakar ![]() Peniaga, Ng Boon Sai, 45, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan pada kira-kira jam 6.30 pagi memaklumkan kedai yang diwarisi daripada datuknya itu hangus dijilat api. Katanya, setelah mendapat panggilan itu, dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan kedainya itu. “Sebaik sampai di tempat kejadian, saya hanya dapat melihat kedai yang telah berusia 80 tahun itu hangus dalam kebakaran. “Kedai ini telah diserahkan kepada saya oleh datuk untuk diuruskan dan ia telah diubah suai menjadi gudang perabot serta barangan elektrik,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Boon Sai berkata, dia masih belum tahu anggaran kerugian daripada kejadian itu dan menerima semuanya sebagai satu dugaan. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rahmat Nazlan berkata, panggilan mengenai kejadian diterima pada 6.01 pagi dan pasukannya tiba di tempat kejadian pada 6.21 pagi. “Ketika pasukan bomba sampai di tempat kejadian, kebakaran di deretan kedai itu sudah mencecah hingga 90 peratus dan telah merebak hingga ke kedai yang ke-tiga. “Seramai 29 anggota serta satu pegawai, bersama dua jentera turun ke tempat kejadian dan kami juga turut dibantu pasukan Bomba Sukarela Bagan Datoh yang turun dengan sebuah jentera,” katanya. Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan dan dikawal sepenuhnya pada jam 10.28 pagi dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. “Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kebakaran telah bermula di bahagian belakang kedai pertama sebelum merebak ke dia buah kedai lagi. “Anggaran kerugian untuk ketiga-tiga buah kedai terlibat sekitar RM400,000 dan ini merupakan kejadian ke-dua berlaku di sini dalam tempoh tiga bulan,” katanya. |


| Menteri Israel mahu serang Gaza TEL AVIV - Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitch menggesa negara itu melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Genting Gaza sebagai serangan balas terhadap bedilan roket dari Gaza. Cadangan biadap itu dibuat Aharonovitch selepas menuduh pejuang Palestin melancarkan roket ke bandar Ashkelon sehingga menyebabkan seorang wanita cedera ringan akibat terkena serpihan roket, Isnin lalu. “Perbezaan antara serangan yang menyebabkan kecederaan ringan dan serangan membunuh puluhan orang di tadika adalah kecil,” kata menteri rejim tidak berperikemanusiaan itu. Israel melancarkan perang besar-besaran ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga menyebabkan 1,500 penduduk Palestin terkorban dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. |
Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR ![]() Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub (gambar) yang mengetuai sidang media di pejabat Pakatan Rakayat itu berkata, perkara itu tidak masuk akal kerana mana mungkin SPR tidak mengetahui tentang permasalahan itu. Bagaimanapun perkara itu diulas, Setiausaha Pas Selangor Khairuddin Othman kerana beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam. Menurutnya, SPR malam kelmarin menafikan terdapat pendu�duk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.” Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, kesilapan berpunca kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut Khairuddin, jawapan diberikan Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana, masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam. Tambah beliau, timbul persoalan kenapa sistem dalam talian tidak dikemas kini secara automatik sejurus maklumat diperoleh. “Kalau tidak kemas kini, SPR kena kaji sistem itu,” katanya. Khairuddin yang juga pengamal undang-undang, mendakwa mengenal pasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras, namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. |

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang 21/2/2011 yg lalu.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
