Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meragui penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi disebabkan masalah kemas kini. Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub (gambar) yang mengetuai sidang media di pejabat Pakatan Rakayat itu berkata, perkara itu tidak masuk akal kerana mana mungkin SPR tidak mengetahui tentang permasalahan itu. Bagaimanapun perkara itu diulas, Setiausaha Pas Selangor Khairuddin Othman kerana beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam. Menurutnya, SPR malam kelmarin menafikan terdapat pendu�duk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.” Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, kesilapan berpunca kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut Khairuddin, jawapan diberikan Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana, masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam. Tambah beliau, timbul persoalan kenapa sistem dalam talian tidak dikemas kini secara automatik sejurus maklumat diperoleh. “Kalau tidak kemas kini, SPR kena kaji sistem itu,” katanya. Khairuddin yang juga pengamal undang-undang, mendakwa mengenal pasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras, namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. |
pas kawasan
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh
Khamis, 4 Ogos 2011
PR : SPR TIDAK BOLEH DIYAKINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan