pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 12 Ogos 2011

KDN DIAM,LEPAS RAYA ADAKAN PERHIMPUNAN: DPPP


Perhimpunan selepas raya jika kerajaan terus diam 

PUTRAJAYA – Pemuda Pas Pusat memberi tempoh tujuh hari bermula semalam kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjelaskan isu ‘Mismah’ dan beberapa nama lain yang didakwa sebagai penduduk tetap tetapi diberikan status warganegara dalam tempoh yang singkat. 

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan berkata, jika KDN tidak memberi sebarang respon kepada tuntutan Pemuda Pas ini, maka langkah seterusnya adalah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan seterusnya. 

Menurutnya, jika Perdana Menteri pun tidak memberi sebarang respons, maka Pemuda Pas akan mengadakan satu perhimpunan aman selepas perayaan Aidilfitri nanti. 

“Jika semuanya tidak memberi respons, maka langkah kami yang terakhir adalah mengadakan satu perhimpunan aman untuk menghantar memorandum ke Istana Negara. Isu ini adalah isu yang besar, kita tidak boleh sesekali berkompromi dalam isu ini,” katanya kepada media selepas menghantar memorandum kepada pegawai KDN di sini semalam. 

Ditanya mengenai rancangan Pemuda Pas yang kelihatan lebih kehadapan berbanding bersih 2.0 dalam isu ini, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda Pas mengambil pendekatan yang berbeza sedikit. 

“Dalam tuntutan bersih 2.0, mereka menuntut membersihkan daftar pemilih, tetapi kami pula mengambil sudut pengkhianatan kepada negara kerana secara mudah memberikan warganegara kepada orang luar,” katanya. 

Mengulas mengenai penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi alasan isu Mismah disebabkan data yang tidak dikemas kini, Suhaizan menegaskan alasan tersebut langsung tidak boleh diterima. 

“Dari 31 Januari sehingga 2 Ogos lalu, sudah lebih tujuh bulan data JPN tidak dikemaskinikan, saya boleh kata kereta lembu yang bergerak dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pun hanya ambil masa dua hari,” katanya.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008