pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 8 Ogos 2011

MAT SABU BEBAS TUDUHAN

Keputusan bebas Mat Sabu kekal 

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi yang melepaskan dan membebaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu daripada pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahim menolak rayuan dikemukakan pihak pendakwaan terhadap Mohamad, 57, yang didakwa menghalang tugas Superintendan Mohd Nasir daripada menangkapnya di Plaza Tol Bukit Tambun kira-kira jam 7.45 malam pada 9 Disember 2007. 

Mohamad yang didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Zamani dalam keputusannya berkata, kegagalan pihak pendakwaan memasukan perkataan ‘secara sukarela’ dalam kertas pertuduhan menyebabkan pertuduhan itu rosak. 

Sebelum ini, Mohamad didakwa bersama sembilan lelaki lain, Mohd Binyamin Ishak, 48; Fuadzi Suharat, 48; Md Lazim Osman, 54; Abdul Razak Ramili, 46; Mohd Subri Mohd Said, 46; Zamarul ‘Aini Abdul Malik, 40; Zainul Azrun Zainal Abidin, 39; Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51. 

Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan menolak pegawai serta anggota polis menjalankan tugas. 

Bagaimanapun, pihak pendakwaan hanya membuat rayuan terhadap pembebasan Mohamad. 

Mohamad diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkipli, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim. 

Sementara itu, Mohamad lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui di luar mahkamah menyuarakan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan. 

“Terima kasih atas usaha peguam kami yang bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela saya untuk menang dalam kes ini, Sesungguhnya kebenaran telah terbukti,” katanya.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008