pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 22 November 2011

PAS KAWASAN SAMPAIKAN SUMBANGAN

BAGAN DATOH : Keprihatinan yang begitu mendalam terhadap masalah yang dihadapi rakyat, PAS Kawasan Bagan Datoh menerusi misi skuad kebajikan telah menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Antara penduduk yang menerima sumbangan tersebut melibatkan penduduk Kampung Sungai Tiang Darat, Kampung Sungai Tiang Baroh dan Kampung Sungai Pergam. 


Melalui misi ini, PAS kawasan akan berusaha membantu golongan memerlukan memandangkan suasana ekonomi yang agak tidak menentu. Harga barangan meningkat sedikit sebanyak membebankan rakyat  berpendapatan rendah. Maka, melalui usaha ini, rakyat berasa senang hati atas keprihatinan pihak PAS.

Antara matlamat lain, misi tersebut juga menziarahi fakir miskin dan mereka yang uzur di sekitar kawasan Bagan Datoh. Program tersebut yang juga turut diketuai oleh Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir Masduki berjalan lancar  dan sempurna. Misi kebajikan ini telah turut diusahakan Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.



" Walaupun sumbangan kami ( PAS ) tidak sebanyak mana, sekurang - kurangnya ianya membantu mereka yang memerlukan." ujar Misbahul Munir di sini, kelmarin.



" Kita juga akan meneruskan misi ini pada masa akan datang. Sumbangan ini adalah untuk rakyat," menurut Mohd Amin Shamsudin mewakili Pemuda PAS Bagan Datoh.

Menurut Misbahul Munir Masduki, misi pemberian sumbangan tersebut merupakan program bersiri dan berperingkat. Ianya juga akan dilaksanakan di seluruh kawasan Bagan Datoh sehingga semua yang memerukan layak menerimanya.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008