pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 14 November 2011

MAJLIS IHTIFAL PASTI 2011 MERIAH

BAGAN DATOH : Telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI 2011 Kawasan Bagan Datoh dengan meriah di sini ,kelmarin. Majlis yang meraihkan dan menghargai kejayaan murid - murid PASTI seluruh kawasan Bagan Datoh tersebut bertempat di Dewan Serbaguna Selekoh. 



Program saban tahun tersebut merupakan  anjuran Jabatan PASTI Kawasan Bagan Datoh dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Bagan Datoh dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak mengambil kesempatan bermesra dengan murid - murid PASTI serta ibubapa yang hadir.




Menurut pengarah program, Ustaz Ahmad Najib Sapar berkata majlis sebegini akan diadakan setiap tahun agar murid - murid PASTI mendapat penghargaan sebaiknya. Selain itu, program serupa ini dapat merapatkan ukhwah dan kasih sayang antara ibubapa dan anak - anak bersama masyarakat sekeliling.


Pada majlis yang menghimpunkan hampir 100 orang murid PASTI seluruh Bagan Datoh itu, juga telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah dan anugerah kepada murid - murid tersebut. Semua mereka telah menerima hadiah dengan perasaan gembira dan sukahati sebaik menerimanya.




Manakala Adik Alif Naufal, 5 dari PASTI AL - Amin dan Adik Mohammad, 6 dari PASTI Al- Ikhwan telah menerima anugerah tokoh murid PASTI Kawasan Bagan Datoh 2011. Penyampaian dan penyerahan hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Misbahul Munir.




Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008