pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 3 November 2011

PILIH PEMIMPIN YANG ADIL DAN AMANAH : DATUK ADNAN

BAGAN DATOH : Siri ceramah kempen " Jom Masuk PAS " oleh PAS Kawasan Bagan Datoh diteruskan lagi dengan menjemput Datuk Hj. Adnan Ibrahim.Siri penjelasan dan penerangan tersebut adalah sebagai langkah mencapai matlamat memperkenalkan dan merapatkan PAS kepada rakyat sebagai sebuah parti politik Islam di Malaysia.


Bertempat di Parit 1, Sungai Sumun, telah berlangsungnya program ceramah penerangan tersebut dengan jayanya. Ianya turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran hampir 200 orang terdiri daripada penyokong dan ahli PAS serta penduduk sekitar tempatan. Datuk Hj. Adnan Ibrahim, 62, adalah merupakan mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang telahpun bersara dan kini diangkat sebagai ikon baharu PAS Perak.

Kesanggupan dan keberanian penghijrahan beliau dengan menyertai dan menyokong penuh perjuangan PAS adalah merupakan satu pengorbanan yang tinggi. Semestinya kenyataan beliau menyertai PAS menjadi kecaman dan cacian, namun beliau tetap yakin dengan pilihan dan keputusannya tersebut berdasarkan segala pengalaman dalam hidupnya serta kerjayanya selama ini.



" Bila saya umum masuk dan sokong PAS, ramai kawan- kawan kutuk dan hina saya. Bahkan saudara mara juga mengata saya tidak bijak kerana sokong PAS," katanya menceritakan pengalaman beliau satu ketika dahulu disini kelmarin.

Setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang perguruan dan pendidikan sehingga perlantikannya sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, sedikitpun tidak menyebabkan beliau untuk lupa asal usulnya. Bahkan, dengan perasaan rendah diri beliau menyatakan bahawa dirinya seorang yang banyak kekurangan. Sepanjang tempoh berkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan makanya segala kepincangan pentadbiran Umno- BN dapat dilihatnya sendiri.


" Pilihan rakyat perlu tepat dengan melihat apa yang dilakukan pemimpin kita. Jangan sebab ada kepentingan sendiri sanggup gadai maruah. Ini yang berlaku dalam Umno - BN dan saya melihatnya sendiri," ujarnya berdasarkan pengalaman dan maklumat beliau.


Turut hadir dan berucap pada majlis tersebut ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh dan Madhi Hassan, Ketua PKR Cabang Bagan Datoh.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008