pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 29 November 2011

PEMUDA BERSIAP SEDIA HADAPI PRU 13

PARIT BUNTAR : Bertempat di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar telah berlangsungnya Himpunan Pemuda PAS Perak ( HEMPAP ) 2011 dengan jayanya. Himpunan tersebut berjaya menghimpunkan kira - kira 6 ribu orang peserta daripada seluruh pelusuk negeri Perak diadakan pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharam 1433.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh juga tidak ketinggalan menghantar peserta ke perhimpunan tersebut. Seramai 50 orang pemuda mewakili Pemuda PAS Bagan Datoh telah bertolak awal pagi ahad dengan penuh semangat.


Pada himpunan tersebut,para peserta telah disajikan dengan ucapan - ucapan perangsang dan kata - kata semangat daripada pemimpin - pemimpin tertinggi PAS Pusat dan negeri. Tujuan dan matlamat program adalah sebagai persediaan para pemuda PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 yang akan datang bila - bila masa sahaja.


Antara pemimpin yang hadir ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan, Dato' Seri IR Mohammad Nizar Jamaluddin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Abu Bakar Hussin, Ustaz Mohd Zawawi Hassan, Ustaz Syed Abdul Qadir, dan ramai lagi pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang turut hadir sama memeriahkan lagi himpunan tersebut.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008