pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 5 Disember 2011

CERAMAH DAN HIMPUNAN PERWIRA NEGARA BERSAMA RAKYAT

PAS SUDAH BERSEDIA : USTAZ MISBAHUL MUNIR

BAGAN DATOH : Kebimbangan dan kerisauan Umno- BN semakin terserlah dalam menghadapi kebangkitan dan kebencian rakyat kepada Umno ketika mana berlangsungnya persidangan tahunan Umno yang sahaja baharu berlabuh kelmarin di PWTC Kuala Lumpur. Serangan pelbagai isu yang melanda parti tersebut menyebabkan mereka hilang punca dan arah apabila sepanjang persidangan mereka hanya menjadikan sebagai medan menghentam dan mencemuh Pakatan Rakyat.


Demikian jelas Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki pada ucapan alu - aluan dalam Majlis Ceramah dan Himpunan Perwira Negara bersama Rakyat disini, kelmarin.
Beliau juga mengingatkan bahawa pelbagai tanda sudah dapat dilihat ketika mana hampirnya tempoh pilihanraya umum 13 akan berlaku. Selaku Yang Dipertua Pas kawasan dan juga merupakan Timbalan 2 Pesuruhjaya PAS Perak, beliau mengharapakan para penyokong dan pendokong PAS bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang bakal berlangsung bila - bila masa sahaja.

PAKATAN RAKYAT YAKIN TAWAN PUTRAJAYA : SDR. MADHZI KASSAN

BAGAN DATOH : Ketua Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Cabang Bagan Datoh, Saudara Madhzi Hassan ketika ucapan alu - aluan pada Majlis Ceramah dan Himpunan Perwira Negara bersama Rakyat anjuran PAS Bagan Datoh menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat mampu menang dan menawan Putrajaya  dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.


Keyakinan tersebut dilihat hasil daripada Kongres Tahunan PKR yang telah berlangsung di Johor baharu - baharu ini. Menurutnya lagi, sokongan yang semakin tinggi dan kuat daripada rakyat khususnya golongan pemuda pada kongres tersebut sebagai ramuan mantap untuk persediaan menghadapi Umno- BN.
Pemilihan Negeri Johor sebagai tuan rumah Kongres kali ini adalah sebagai persediaan PKR dan PR menawan Johor yang didakwa sebagai kubu kuat Umno- BN, katanya lagi mengulas mengapa Johor menjadi pilihan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008