pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 9 Disember 2011

RAKYAT JANGAN TAKUT BERUBAH : MAT SABU

BAGAN DATOH : Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengakui bahawa kebangkitan rakyat seluruh negara amat dirasai. Ianya dinyatakan oleh beliau ketika menghadiri program anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh pada 3 Disember lalu. Beliau berucap dihadapan kira - kira 2 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di sini. Melihat kehadiran rakyat yang ramai dari pelbagai kaum, membuktikan Pakatan Rakyat semakin disenangi dan Umno -BN semakin dilihat sebagai ketinggalan dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.


Berucap dalam majlis Ceramah dan Himpunan Perwira Negara, yang turut dihadiri para pimpinan Pakatan Rakyat, ujarnya perhimpunan Agung Umno tidak lain tidak bukan hanya sekadar medan maki hamun oleh pimpinan serta perwakilan Umno dalam persidangan lalu.
Katanya lagi, mereka ( UMNO ) sudah kehilangan modal dan punca untuk menarik hati rakyat menyokong serta mengundi mereka. Beliau menceritakan bagaimana pengalamanya semasa menjadi Ahli Parlimen dalam satu tempoh yang lama. Melihat gelagat pimpinan Umno, yang hanya pandai bercakpa dan berjanji tetapi sebaliknya hanyalah dusta serta mempunyai kepentingan sendiri.

Beliau turut menyelar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil  semasa persidangan agung parti tersebut apabila bersikap tidak profesional apabila dikaitkan dengan skandal NFC milik suaminya.
Pada majlis tersebut, beliau juga melancarkan Sekteriat Kebajikan Rangkaian Bekas dan Veteran Angkatan Tentera  ( KERABAT ) peringkat Parlimen Bagan Datoh.

6 ulasan:

Global Bookmark Shop berkata...

Useful post. We look forward for the next. Thanks.

Universal Bookmark berkata...

Very enjoyable post. I like it. Looking for more. Thanks.

World Wide Place Holder berkata...

Nice work. I appreciate it. Looking for such useful future works. Thanks.

Universal Place Holder berkata...

Good post. Keep going and be useful for others. Thanks.

Global Place Holder berkata...

Good job. Wants more relevant post. Thanks.

International Place Holder berkata...

After many days such article have read and really enjoyed it. Thanks.

jambori amal kuala kangsar 2008