PELANCARAN KERABAT BAGAN DATOH PENUH MERIAH
Merancang dan melindungi kepentingan taraf sosio ekonomi dan kebajikan secara berterusan kepada Veteran ATM sekeluarga.
BAGAN DATOH :Berdasarkan serta melihat jasa dan pengorbanan yang tinggi angkatan tentera dalam berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, maka perlunya penghargaan tinggi dianugerahkan kepada mereka. Demikian seharusnya berlaku kepada bekas angkatan tentera di negara ini, namun penafian hak tersebut oleh pihak kerajaan menyebabkan tertubuhnya satu pertubuhan sebagai menuntut hak tersebut.
Pertubuhan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera ( KERABAT ) yang bermisi dan bermatlamatkan merancang dan melindungi kepentingan taraf sosio ekonomi dan kebajikan secara berterusan kepada Veteran ATM sekeluarga di negara ini telah dilancarkan bagi peringkat Parlimen Bagan Datoh. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada 3 Disember lalu dan telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu di Markaz PAS, Selekoh disini kelmarin.
Menurut Presiden KERABAT, Lt. Kol. ( B ) Mohd Nazari Mokhtar berkata ketika berucap pada majlis tersebut, menyatakan pertubuhan ini adalah sebagai langkah menuntut beberapa perkara berdasarkan hak yang perlu diberikan kepada bekas atau veteran ATM di negara ini. Ianya sejajar dan merujuk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973 yang mana terdapat banyak perkara dan hak dinafikan oleh pihak kerajaan hari ini.
Katanya lagi, seharusnya kerajan perlu ingat bertapa tinggi pengorbanan angkatan tentera dalam memperjuangkan tanah air dan bukanlah perkara kecil apabila nyawa dipertaruhan di medan perang. Beliau juga mengingatkan angkatan tentera bukan hamba dan golongan yang perlu ditindas buat selama - lamanya.
Majlis yang dihadiri kira - kira 2000 hadirin dilihat sebagai satu kejayaan dan sambutan hangat rakyat terhadap perjuangan KERABAT di Parlimen Bagan Datoh. Selain pelancaran KERABAT, majlis juga diisi dengan ucapan dan ceramah politik dari pimpinan PAS dan PKR pusat dan kawasan.
Dalam pelancaran tersebut, satu tuntutan utama KERABAT ialah mendapatkan tanah sebagai penempatan dan pertanian bagi setiap anggota dan iseri rujuk Perintah Majlis Angkatan Tentera ( PMAT ) 1973.
Manakala, Tn. Hj. Mohamad Sabu ketika berucap menyatakan sokongan kepada KERABAT dalam memperjuangkan hak bekas dan veteran ATM di negara ini. Turut hadir majlis pelancaran itu, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, AJK Pas Pusat, Saudara Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK, S. Kesavan, ADUN Hutan Melintang, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Saudara Madzhi Hassan, Ketua PKR Bagan Datoh serta barisan pimpinan Pakatan Rakyat kawasan.
3 ulasan:
Varity of post should encompass the blog. Good work. Thanks.
Fine post. I think will be enjoyable to everyone.Thanks.
Beautiful writings. Good thinking. Keep going. Thanks.
Catat Ulasan