pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 13 Disember 2011

ERTI 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

APAKAH ERTI SEBENARNYA GAGASAN 1MALAYSIA YANG DIBAWA OLEH DATUK SERI MOHD NAJIB ABDUL RAZAK ?


Rakyat perlu tahu dan semestinya sudah sedar, setelah sekian lama Perdana Menteri Malaysia ke- 6 ( daripada Umno- BN - mungkin yang terakhir ), Datuk Najib Razak memimpin dan mentadbir dengan slogan dan gagasannya iaitu 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Dakwanya,ianya sebagai satu langkah terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya, benarkah bagai dikata ? Bagi mereka yang OKU ( Orang Kuat Umno ) pastinya menyatakan merasai gagasan tersebut. Namun bagi rakyat umum, betulkah ianya benar - benar memberi keselesaan dan dirasai kesaksamaan kemewahan negara yang dicintai ini?

Sebenarnya, telah jelas ianya hanyalah sekadar slogan " GULA - GULA " untuk meraih sokongan dan undi pada Pilihanraya Umum atau Kecil di negara ini.

Buktinya paling mudah :-

1- Untuk apa 1MALAYSIA ? mereka dakwa untuk menyatukan rakyat Malaysia..masalahanya, rakyat Malaysia memang sedia ada telah hidup bersatu dan harmoni.

2- Kononnya untuk memberi kesenangan dan kemudahan rakyat. Namun, tiada perubahan ketara yang dilakukan untuk rakyat keseluruhannya.

Mari kita saksikan bukti lagi " 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan " sebagai " Gula - Gula dan Umpan " raih undi rakyat dalam PRU 13 di Bagan Datoh :-

(1 ) - Projek segera - Projek Pilihanraya di Bagan Datoh :-

( a ) Projek Jalan raya di Selekoh, Bagan Datoh :

Pembesaran dan kerja - kerja memperluaskan jalan raya giat dilakukan. Mengapa sebelum ini, masalah yang sudah bertahun tidak diselesaikan tiba - tiba kini baharu sibuk siang malam menyiapkan projek ini..?


( b ) Projek Pembangunan Tapak Pasar Jualan Ikan / Sayuran di Pekan Bagan Datoh :

Setelah hampir 3 tahun terbengkalai projek tersebut, kini sibuk untuk dipersiapkan dan dengan keadaan kelam kabut, projek tersebut tidak mempunyai papan kenyataan projek. Walaupun pada peringkat awalnya, projek ini mendapat tentangan dan para peniaga tidak bersetuju untuk berpindah kerana memandang tapak tersebut lebih kecil daripada tapak asal ( pasar lama ).



( 2 ) - Kemurahan hati Wakil Rakyat ( YB. Datuk Ahmad Zahid ) :-

Beliau telah menyumbangkan 33 ekor lembu untuk setiap masjid di seluruh parlimen Bagan Datoh pada sambutan Hari Raya aidil Adha 1432 baharu - baharu ini. Apa makna pemberian ini ? Mengapa tahun sebelum ini tidak dilakukan oleh beliau ..?


RAKYAT LIHAT DAN FIKIRKAN LAH..MUNGKIN INI YANG DIKATAKAN 1MALAYSIA : 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN '




Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008