Pendaftaran mengundi, daftar pemilih
Bagaimana hendak daftar undi? itu persoalan yang timbul. Mungkin ramai lagi antara kita yang tidak tahu bagaimana hendak mendaftar undi. Mungkin dah banyak sebaran tentang bagaimana untuk mendaftar sebagai pemgundi, tetapi mungkin ramai yang masih kurang pasti mungkin kerana terlalu banyak tempat pendaftaran yang boleh dibuat.
Untuk pengetahuan korang, aku ada baca dalam akhbar Berita Harian menyatakan ada pendaftaran online, petikan nya seperti dibawah :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang
ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR muat turun
borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yangdikeluarkan di sini hari ini.
Tapi bagaimana cara nak daftar online? kalau menurut akhbar Berita harian ada memberitahu sedikit cara pendaftarannya :
Menurutnya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.
Mungkin pendaftaran online yang dimaksudkan ialah dengan secara online mendownload borang A. Kalau begitu, hasil dari tinjauan aku ke web SPR dapat aku faham bahawa cara mendaftar online adalah seperti dibawah :
- Lawati Laman web http://www.spr.gov.my/
- Download borang dengan klik di butang ” Muat Turun Borang A ” atau klik sini
- Anda akan dinyatakan syarat pemohonan dan diberi pilihan 3 jenis kategori seperti parti politik, wakil jabatan, individu.
- Jika korang individu boleh download di sini
- Isi borang tersebut, Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR * Pejabat pos? itu aku tak pasti.
- Jangan lupa kepilkan sekali salinan kad pengenalan bersama borang permohonan tadi, jangan lupa simpan salinan permohonan untuk rujukan.
Kenapa Masih Ramai Tidak Mendaftar
Aku ada buat survey sikit secara tidak langsung, banyak alasan mereka yang tidak mendaftar, antaranya tiada masa, tak tahu cara nak daftar, banyak sangat yang dinyatakan tempat mendaftar tak pasti nak daftar dimana, dan yang paling menarik minat aku diorang cakap segan nak mendaftar sebab takut dikatakan dah terlambat terutama di pejabat pos. Macam mana yer? biarlah., nak buat macam mana itu alasan masing-masing.
Pendapat aku kebolehan mendapatkan borang A secara online ni bagus sebab memudahkan akses. Cuma bab pergi hantar borang pemohonan mengundi tu yang tidak pasti sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan