pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 20 November 2011

KONVENSYEN PILIHANRAYA PEMUDA PAS : PEMUDA PAS SIAP SEDIA

SHAH ALAM : Bertempat di Dewan Megawati, Rumah Menteri Besar Selangor telah berlangsungnya Konvensyen Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 dengan jayanya. Kehadiran peserta hampir mencecah 500 orang dari seluruh negara dengan berbekal semangat jitu untuk menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh juga tidak turut ketinggalan dengan menghantar seramai 3 orang wakil ke konvensyen tersebut. Diketuai Sdr. Hj. Muhd Haidzir Ajid bersama Sdr. Mustaid Saifuddin dan Sdr. Zulfa Malek mewakili pemuda PAS Bagan Datoh sehingga selesai majlis konvensyen berlangsung.


Bermula majlis dengan ucapan Ketua Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdr. Sany Hamzan dengan begitu semangat dalam menyampaikan kata - kata aluanya. Seusai itu, ucapan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ust. Nasrudin Hassan mengingatkan para pemuda bersedia dengan cabaran bakal dihadapi pada PRU akan datang nanti.


Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Abang Mat memeriahkan dan menyemarakkan semangat jiwa anak muda dalam majlis tersebut.


Para peserta seterusnya dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja dan perbincangan tertumpu kepada persediaan pilihanraya umum. Turut hadir menghangatkan majlis selaku pengisi ialah YB. Datuk Paduka Husam Musa ( Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen PAS ) dan YB. Dr.Hatta Ramli ( Pengarah Pilihanraya PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Krai ).


Majlis konvensyen tersebut berakhir dengan penyerahan panji - panji jentera pilihanraya umum akan datang kepada wakil - wakil pemuda PAS setiap negeri dan bacaan ikrar setiap peserta yang hadir.


Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008