PTPTN Tidak Memberi Pinjaman Perbelanjaan 2013
Betul ke? PTPTN tidak lagi beri pinjaman perbelanjaan untuk tahun 2013? Tapi inilah yang dikongsi oleh pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said yang disebarkan oleh akbar tempatan kita hari ini. PTPN merupakan badan penting yang selama ini membekalkan pinjaman kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Jika tiada lagi pinjaman lebihan mungkin akan menyulitkan lagi perbelanjaan pelajar yang rata-rata tidak mempunyai pendapatan.
Jika mengikut kata-katanya, pinjaman perbelanjaan sahaja yang tidak diberi, pinjaman yuran pengajian tetap akan diberi Cuma kali ini tiada wang lebihan untuk perbelanjaan sara hidup ketika pengajian. Ada pula yang membuat andaian ia nak ditukar pada biasiswa, tapi apa yang saya faham ia tetap pinjaman untuk yuran pengajian, Cuma tiada lagi wang lebihan sara hidup.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat, kata pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.
Keputusan itu adalah berdasarkan mesyuaratnya 31 Oktober lalu. Mungkinkan ia masih dalam cadangan?
Pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimana pun tetap akan diberikan seperti biasa
Semoga apa sahaja keputusan yang dibuat, memberikan kesan positif kepada pelajar, individu dan organisasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan