pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 28 Januari 2013

MALAM KESENIAN BERSAMA MEL WINGS : TARIK ANAK MUDA MELALUI KESENIAN ISLAM DAN MELAYU.


MALAM KESENIAN : KESENIAN ISLAM DAN MELAYU ANTARA LANGKAH PEMUDA PAS DEKATI ANAK MUDA DI BAGAN DATOH.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Lujnah Kesenian, Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan program Malam Kesenian Santai Bersama Mel Wings semalam. Kehadiran bekas penyanyi kumpulan muzik rock tanah air yang cukup popular pada suatu ketika dahulu tersebut sememangnya telah dinantikan oleh golongan anak muda khususnya.


Majlis yang telah berlangsung bertempat di Dewan Utama Markaz PAS Selekoh tersebut berjaya menarik kehadiran penonton lebih 400 orang. Bermatlamatkan memperkenal kesenian Islam dan Melayu kepada masyarakat khususnya golongan anak muda agar tidak melupakan kesenian dan kebudayaan umat Islam dan bangsa Melayu terdahulu. Selain itu, ianya juga bertujuan mengumpulkan anak muda dan masyarakat sebagai merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Disamping itu juga, masyarakat dapat berehat dan bersantai mendengar dan menyaksikan persembahan.


Mel atau nama sebenarnya  Ismail adalah merupakan salah seorang artis yang telah melakukan perubahan. Beliau merupakan bekas penyanyi salah sebuah kumpulan muzik rock yang dikenali pada tahun 80an sehingga awal 90an iaitu Wings. Anak jati kelahiran Perak itu telah menyampaikan 3 buah lagu dalam majlis tersebut iaitu Lena Diulit Mimpi, Blues Saputangan dan Kembalilah.

Selain persembahan nyanyian Mel, turut dipersembahkan beberapa acara lain iaitu alunan Selawat, Seni Kompang, Seni Silat dan persembahan istimewa Syair daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki bersama Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hj. Hasan yang menyampaikan sebuah nasyid berjudul Hamba-MU.



Majlis bermula seawal jam 9.30 malam itu dimulakan dengan alunan bacaan Rawi Marhaban dan Selawat daripada kumpulan Anak-anak Rungkup ( AAR ). Sebagai gimik pembukaan majlis, persembahan penuh semangat daripada anak-anak kecil tersebut telah membuka majlis penuh ceria dan meriah.

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Ahmad Najib Safar mengingatkan bahawa berhibur dan kesenian dalam Islam tidak pernah dilarang sekiranya tetap mengikut garisan dan panduan Syariat Islam yang suci dan bertujuan mengingatkan serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


Kesenian Melayu seperti seni permainan kompang turut dipersembahkan. Pasukan Kompang Gendang Kampung Parit 7 telah dijemput untuk mempersembahkan seni tersebut. Paluan dan tepukan kompang mereka telah memukau hadirin yang menyaksikannya. Selain itu, persembahan Seni Silat turut dipersembahkan oleh kumpulan Perguruan Persilatan Batu Hampar Sg. Pergam.


Persembahan istimewa malam tersebut adalah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Beliau telah mempersembahkan nasyid dan bersyair jawa mengajak supaya manusia sentiasa sedar serta insaf memohon keampunan Allah S.W.T. Syair Wali Songo disampaikan penuh keinsafan oleh beliau pada malam tersebut.



Turut menyampaikan persembahan istimewanya, Sdr. Madhi Hj. Hasan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh. Beliau menyampaikan sebuah nasyid yang cukup popular iaitu Hamba - Mu nyayian Mawi dan Akhil Hayy untuk program Imam Muda. 

Pengacara majis, Sdr. Mustofa berjaya menghidupkan suasana majlis tersebut. Beliau juga berduet menyanyikan lagu bersama Mel Wings malam tersebut.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008