pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 10 Januari 2013

RAKYAT BANGKIT UNTUK TUNTUT PERUBAHAN LEBIH BAIK!

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ( HKR ) TUNTUT RAKYAT MELAKUKAN PERUBAHAN MASA DEPAN NEGARA LEBIH CERAH.

Ustaz Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh menyampaikan ceramah politiknya dengan penuh semangat sebagai mengajak rakyat untuk membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak turut menjawab isu- isu politik semasa serta tohmahan dan fitnah yang dilakukan oleh Umno/ BN ke atas PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ). Selaku Setiausaha Lujnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir juga menjelas isu berkaitan " Amanat Tuan Guru Hj. Hadi Awang " yang hangat dipermainkan oleh pihak Umno/ BN sejak akhir- akhir ini.

 
Sebahagian Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh yang turut bertugas dalam siri ceramah politik tersebut.

 
Kelihatan Sdr. Madhi  Hj. Hasan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh sedang membaca  sekeping kertas sementara menanti giliran untuk menyampaikan ceramahnya. Beliau juga merupakan Naib pimpinan PKR Negeri Perak menyampaikan penerangan berkaitan isu- isu nasional sebagai pencerahan jiwa rakyat seterusnya rakyat akan berfikir dan membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.

Sebahagian hadirin di tapak ceramah semalam ( Rungkup ).

Tetamu khas, Setiausaha Pakatan Rakyat ( PR ) Perak, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malek menyampaikan ceramahnya dengan begitu baik dan jelas. Walaupun kehadiran agak lewat, beliau tetap mampu menyampaikan penerangan isu- isu hangat masa kini berkaitan politik negara dan dunia.

Walaupun dalam keadaan letih dan penat, Dr. Khairudin masih lagi bersemangat dan bersungguh untuk menerangakan isu politik kepada rakyat Rungkup dalam siri ceramah kebangkitan rakyat semalam.

 
Akhirnya, beliau mengajak rakyat untuk membuat perubahan dalam PRU 13 akan datang. Beliau turut mengingatkan rakyat Rungkup dan Bagan Datoh untuk turut sama ke Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) pada 12 Jan. 2013 ( Sabtu ) sebagai tanda sokongan untuk perubahan masa depan negara Malaysia.

Setiausaha Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Rungkup, Hj. Baharudin Mat Yit bersemangat ketika mengacarkan majlis ceramah semalam.

Berikut adalah tuntutan Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ) 12 Jan. 2013: Sabtu ini.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008