pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 4 April 2015

DPPK BD : KAMI TERUS MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN ULAMAK DAN TUAN GURU PRESIDEN

TERUS BERISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN, MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN ULAMAK DAN TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG SELAKU PRESIDEN PAS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh nyatakan sokongan padu buat kepimpinan Ulamak bagi PAS.


BAGAN DATOH : " Suka kami nyatakan pendirian kami bahawa akan terus menyokong penuh dan padu terhadap kepimpinan Ulamak dan kami berdiri teguh menyokong Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS." Demikian kenyataan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh seusai Mesyuarat Agung Tahunannya kali 31, di sini.

Ketuanya, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim menyatakan pendirian tersebut setelah meneliti dan kesepakatan bersama ahli Pemuda PAS di kawasan tersebut dicapai . 

Jelasnya, tiada sebab dan alasan untuk menukarkan Presiden yang ada sedia ini ini. 

" PAS, sebagai sebuah jemaah dan harakah Islamiah dan perjuangannya pasti untuk menegakkan syiar dan syariat Islam, pastinya ia memerlukan seorang ketua dan pemimpin yang tahu dan pakar dalam ilmu Islam." menurutnya lagi.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang seharusnya terus memimpin PAS kerana berdasarkan kelayakkan beliau. Sebagai seorang ulamak yang cukup dikenali dan disegani oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia pastinya ia sudah cukup membuktikan beliau layak terus sebagai Presiden PAS.


Namun jelasnya lagi, beberapa isu sahaja ditimbulkan sejak kebelakangan ini adalah merupakan perancangan jahat daripada pihak - pihak tertentu yang tidak brtanggungjawab. Ianya mungkin daripada pihak yang tidak menyenangi gerakan Islam seperti PAS yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat.

Amir Hamzah juga menegaskan bahawa PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah yang merangkumi 3 perkara asas iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah akan terus berdiri teguh sekiranya seluruh ahli terus memahami konsep perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW ini.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008