pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 30 April 2015

SOKONGAN BUAT USTAZ YUSNI MAT PIAH DAN USTAZ NAZRI, INSYA ALLAH ADA KEBERKATANNYA.

DPPK BAGAN DATOH SOKONG KEPUTUSAN DPPN PULAU PINANG, TERUS DOAKAN KEJAYAAN USTAZ NAZRI DI ROMPIN

Tiada Istilah " U-Turn ", Bahkan Buktikan Ustaz Yusni Berjiwa Besar dan Jentera PAS Terus Berusaha Menangkan Ustaz Nazrin di Rompin.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dengan keputusan terbaru daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah menarik keputusan sebelum ini iaitu merehatkan seluruh jentera pemuda PAS negeri tersebut sempena Pilihanraya Kecil ( PRK ) Permatang Pauh dilihat satu keputusan yang terbaik. Berikut keputusan terbaru itu bermakna jentera pemuda PAS negeri tersebut akan membantu kempen dan pergerakan sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei.

Muhammad Haidzir Ajid - Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK BD ) turut menyokong penuh keputusan pihak DPPN PP tersebut kerana telah menyaksikan serta membuktikan bahawa Ustaz Yusni Mat Piah selaku Ketua DPPN PP  mempunyai jiwa yang besar apabila membuat keputusan tersebut kerana akur dan patuh atas arahan parti ( PAS Pusat ).

Keputusan yang tersebelum ini diputuskan oleh pihak DPPN PP kerana keenganan pihak AMK Pulau Pinang untuk memohon maaf atas penghinaan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang sebelum ini. Namun setelah perbincangan dan mesyuarat yang telah dihadiri sendiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menjadikan keputusan tersebut diubah atas sebab akur dan patuh arahan parti.

MANAKALA di Rompin,menjelang PRK Parlimen tersebut menyaksikan kesibukan para petugas dan jentera PAS yang turun ke kawasan itu. Tidak ketinggalan, para jentera PAS seluruh peringkat dan negeri hadir serta membantu kempen dan tugas-tugas pilihanraya di sana.

Menurut Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid menyatakan keyakinan bahawa calon PAS di Rompin mampu membuat kejutan di PRK kali ini.

" InsyaAllah, percaya dan yakinlah bahawa PAS mampu membuat kejutan di Rompin. Namun usaha dan doa jangan diabaikan oleh seluruh jentera dan ahli PAS." Jelasnya ketika ditemui oleh pihak Unit Media & Berita DPPK BD.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008