pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 4 April 2015

KHUTBAH KHAS SEMPENA SOLAT GERHANA BULAN : TANDA - TANDA KEKUASAAN ALLAH SWT.

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK
Khutbah Gerhana Bulan 4 April 2015
“KHUTBAH KHAS SEMPENA SOLAT GERHANA BULAN”
04 APRIL 2015M / 15 JAMADIL AKHIR 1436H


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Terjemahan : “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
(Surah al-Fussilat : 37)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Sidang Jemaah Sekalian,
Pada malam ini 15 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 4 April 2015M, kita sekali lagi ditunjukkan oleh Allah S.W.T keKuasaannya dan keAgungannya dalam mentadbir dan mengurus alam ini. Pada malam ini sedang berlaku gerhana bulan penuh yang pertama pada tahun 2015. Sebelum itu gerhana matahari penuh telah pun berlaku pada 20 Mac 2015M, namun oleh kerana kedudukan kita di Malaysia, berada di luar dari laluan gerhana tersebut, maka kita tidak dapat menyaksikannya. Gerhana bulan yang berlaku pada malam ini, disebabkan oleh bayang bumi yang jatuh ke atas bulan. Ini menyebabkan bulan terhalang dari mendapat cahaya matahari.
Sidang Jemaah Sekalian,
Kita berada di sini pada malam ini untuk sama-sama kita menginsafi dan menunjukkan rasa gerun kita kepada Allah S.W.T atas keKuasaannya dan keAgungannya yang telah menjadikan peristiwa gerhana ini.
Gerhana sebagaimana yang berlaku pada malam ini, adalah salah satu dari tanda kebesaran dan keKuasaan Allah S.W.T. Ini sabit berdasarkan hadis dari Mughirah Bin Syu’bah berkata, Nabi s.a.w telah bersabda :
« إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْكَشِفَ ».
Terjemahan : “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah (S.W.T), kedua-duanya tidak gerhana kerana disebabkan kematian seseorang dan kerana lahirnya seseorang, maka apabila kamu melihatnya keduanya sedang gerhana maka segeralah berdoa kepada Allah dan solat hingga ia kembali kelihatan.”
( Riwayat Muslim)

Gerhana yang berlaku pada malam ini juga, dihantar oleh Allah S.W.T untuk menimbulkan kegerunan dikalangan hamba-hambanya pada Allah S.W.T. Ini pula sabit dengan hadis dari Abi Musa r.a berkata ketika berlaku gerhana matahari di zaman Nabi SAW, dengan sabdanya:
« إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ .فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».
Bermaksud : “Sesungguhnya inilah ayat-ayat yang dikirimkan oleh Allah, yang terjadinya bukan kerana kematian seseorang atau kehidupannya tetapi Allah mengirimkannya untuk menimbulkan rasa takut para hambanya. Oleh sebab itu, apabila kalian melihatnya maka segeralah ingat kepadanya, berdoa memohon ampun kepadanya.”
(Riwayat Muslim)

Sidang Jemaah Sekalian,
Imam Abi Hayyan dan Imam al-Qatadah, telah menyatakan bahawa gerhana boleh menimbulkan kegerunan kepada 3 golongan :
1. Iaitu kepada ahli-ahli syirik yang terdiri dari penyembah-penyembah objek-objek samawi khususnya matahari dan bulan. Bagi mereka, matahari dan bulan adalah tuhan yang patut disembah kerana kekuatan sinar cahaya dan haba yang telah memberi banyak manfaat pada hidupan dan tumbuhan pada waktu siang dan malam. Namun ketika gerhana, matahari dan bulan yang sepatutnya bersinar terang, menjadi gelap atau malap. Kedua-duanya tidak mampu lagi bersinar dan memancarkan cahaya. Ini menunjukkan bahawa matahari dan bulan juga tertakluk pada satu kuasa lain dan tidak mampu untuk mentadbir diri mereka sendiri. Untuk golongan ini, gerhana menjadi amaran kepada mereka bahawa apa yang mereka sembah dan dewakan itu hanyalah makhluk yang tertakluk kepada keKuasaan dan KeAgungan yang jauh lebih tinggi.
2. Ia menjadi peringatan yang menggerunkan untuk manusia seluruhnya yang terdiri dari mereka yang tidak mendalami ilmu falak secara mendalam. Gerhana matahari dan bulan khususnya ketika kedua-duanya berada dalam tempoh gerhana penuh, mudah untuk dilihat dan dikesan dengan mata kasar. Ia memberikan peringatan mengenai nikmat matahari dan bulan, yang selama ini telah dinikmati oleh seluruh manusia, haiwan dan hidupan, malah bumi ini sendiri berada dalam keadaan stabil kerana mendapat cahaya dan suhu dari matahari dan bulan. Tanpa kewujudan keduanya, maka hidupan di bumi ini akan menjadi amat susah dan sukar. Maka Allah S.W.T yang telah menjadikan alam ini dengan keadaan yang sangat baik dan teratur hingga menciptakan matahari dan bulan untuk manfaat hidup manusia di bumi ini, malahan untuk keseimbangan alam ini keseluruhannya. Maka bayangkan kehidupan manusia tanpa matahari dan bulan yang diciptakan Allah S.W.T. Manusia akan hidup dengan kegelapan dan kesejukkan yang teramat sangat. Haiwan dan tumbuhan juga tidak akan tumbuh dan hidup membesar dengan sempurna.
3. Peringatan bahawa Allah S.W.T telah menjadikan fitrah perjalanan gerhana bulan dan matahari sebagai sesuatu yang boleh difikirkan dan dihisab oleh seorang ahli falak. Dengan ilmu, kita berupaya memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam. Gerhana matahari dan bulan sebenarnya adalah tanda bahawa alam ini berfungsi dengan baik dan teratur. Pergerakan bumi mengelilingi matahari memerlukan purata tempoh 365 hari 5 jam 48 min 45.3 saat, manakala bulan yang mengelilingi bumi memerlukan purata tempoh 29 hari 12 jam 44 minit dan 02.9 saat. Para ahli falak berpendapat bahawa pada mula penciptaan matahari, bumi dan bulan, pergerakan ini jauh lebih laju berbanding sekarang. Namun keadaan itu semakin perlahan hinggalah menjadi seperti apa yang dapat perhatikan pada hari ini. Malah dalam kajian yang terkini,mendapati bahawa bulan semakin menjauhi bumi sebanyak 3.87 cm setahun. Jumlah ini adalah amat kecil, tapi setelah 100,000 tahun, bulan akan semakin jauh dari bumi dengan jarak 3.87 km. Ini bermakna perjalanan bumi dan bulan akan berubah berbanding sekarang. Walaupun ini hanyalah pandangan ahli falak semata-mata berdasarkan kajian mereka, namun ini menunjukkan ada kemungkinan satu ketika nanti bumi akan kehilangan bulan. Jika kemungkinan ini benar, maka ketika itu, kehidupan manusia di bumi ini akan semakin sukar. Air pasang surut dan pusingan bumi dalam tempoh 24 jam sehari yang disebabkan graviti bulan, akan berubah semuanya. Ia merupakan satu kemudaratan yang besar untuk manusia dan segala hidupan di dunia ini.
Sidang Jemaah Sekalian,
Demikianlah kekuasaan dan kebijaksanaan Allah S.W.T, yang mampu mencipta satu peristiwa yang sangat menakjubkan, iaitu gerhana. Ketiga-tiga objek, matahari, bumi dan bulan, mempunyai orbit dan tempoh yang tersendiri. Namun ketika gerhana, ketiga-tiga objek gergasi yang sudah sekian lama memberikan manfaat kepada manusia, di atur oleh Allah S.W.T selari hingga menyebabkan gerhana. Gerhana bulan berlaku hanyalah disebabkan bayang. Satu makhluk yang mungkin dianggap remeh dan tidak ada apa-apa manfaat. Namun hanya dengan bayang, Allah S.W.T menjadikan bulan menjadi gelap pada malam ini. Begitulah hebatnya kebijaksaan Allah S.W.T.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
KHUTBAH 2 : GERHANA BULAN
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
قاَلَ الله تَعاَلَى :
سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ (36) وَآَيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ (37) وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38) وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ (39) لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (40)
Sidang jemaah sekalian,
Dalam khutbah pertama tadi, khatib telah mengingatkan bagaimana gerhana adalah satu peristiwa yang sepatutnya boleh menginsafkan kita tentang keBesaran dan keAgungan Allah S.W.T. Ketika melihat gerhana suburkanlah rasa gerun. Namun gerun yang patut disuburkan bukanlah pada gerhana itu, tetapi pada Allah S.W.T yang telah menjadikan gerhana berlaku.
Secara keseluruhannya, kita dapati bahawa alam ini akan berfungsi dengan baik dan teratur ketika mana ia berjalan di atas jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dalam petikan surah Yasin dari ayat 36-40, yang khatib bacakan pada awal khutbah tadi, yang bermaksud :
36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
37. dan lagi dalil Yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka Dengan serta-merta mereka berada Dalam gelap-gelita;
38. dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;
39. dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Itulah fitrah yang dijadikan Allah S.W.T. Maka jika matahari, bulan dan bumi terus bergerak dalam aturan Allah S.W.T, maka siapakah manusia yang mahu menderhakai Allah S.W.T. Besar sangatkah saiz manusia hingga mereka menolak perintah Allah dan tiba-tiba mendabik dada dan berkata : “Aku layak untuk menentukan apa yang aku fikir baik untuk diriku.” Layakkah manusia untuk mempertikaikan syariah Allah S.W.T berbanding kebijaksanaan Allah S.W.T yang tidak bertepi. Panjang sangatkah usia manusia beribadah kepada Allah S.W.T, berbanding alam yang lebih dahulu dijadikan Allah S.W.T.Letih dan penatkah sangat manusia untuk mentaati Allah S.W.T, sedangkan alam ini terus menerus bekerja dan berjalan dalam ketaatan 24 jam sehari tanpa henti, kepada Allah S.W.T. Dan yang paling penting alam ini terus berfungsi dan memberikan manfaat kepada manusia yang tinggal di bumi, sedangkan manusia terus berlaku maksiat pada Allah S.W.T.
Maka dengan melihat gerhana yang berlaku pada malam ini, marilah kita menginsafi dan merasa kerdilnya diri kita dihadapan Allah S.W.T. Sebelum Allah S.W.T, menitahkan satu arahan kepada alam ini untuk berhenti berfungsi. Maka itulah saat yang paling menakutkan, di saat segala taubat tidak akan bermanfaat, di saat sedekah, dan segala ibadah sudah tidak memberi manfaat. Itulah kiamat.
Sidang Jemaah Sekalian,
Khatib juga berpesan kepada seluruh ahli jemaah, bahawa antara perkara sunat yang turut diajarkan oleh Nabi S.A.W kepada kita sepanjang gerhana ini juga ialah untuk kita memperbanyakkan zikir, berdoa dan bersedekah. Moga dengan segala amalan kita itu, moga-moga kita akan dihindarkan dari segala musibah dan malapetaka buruk di dunia ini dan di akhirat nanti.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَرْزُقَ كُلاًّ مِنَّا لِسَانًا صَادِقًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا مُنِيْبًا، وَعَمَلاً صَالِحًا زَاكِيًا، وَعِلْمًا نَافِعًا رَافِعًا، وَإِيْمَانًا رَاسِخًا ثَابِتًا، وَيَقِيْنًا صَادِقًا خَالِصًا، وَرِزْقًا حَلاَلاً طَيِّبًا وَاسِعًا، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَوَحِّدِ اللَّهُمَّ صُفُوْفَهُمْ، وَأَجْمِعْ كَلِمَتَهُمْ عَلَى الحَقِّ، وَاكْسِرْ شَوْكَةَ الظَّالِمِينَ، وَاكْتُبِ السَّلاَمَ وَالأَمْنَ لِعِبادِكَ أَجْمَعِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ 
اللَّهُمَّ رَبَّنَا اسْقِنَا مِنْ فَيْضِكَ الْمِدْرَارِ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الذَّاكِرِيْنَ لَكَ في اللَيْلِ وَالنَّهَارِ، الْمُسْتَغْفِرِيْنَ لَكَ بِالْعَشِيِّ وَالأَسْحَارِ.
اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِ السَّمَاء وَأَخْرِجْ لَنَا مِنْ خَيْرَاتِ الأَرْضِ، وَبَارِكْ لَنَا في ثِمَارِنَا وَزُرُوْعِنَا وكُلِّ أَرزَاقِنَا يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ.

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، َالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدُّعَاءِ.

عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008