pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 30 April 2015

PJ PAS PERAK : TUAN GURU PRESIDEN PAS SELAYAKNYA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG.

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAYAKNYA DIANGKAT SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG
Situasi politik menjelang suasana semasa dan persiapan menghadapi PRU14 memerlukan ikon yang boleh menjadi "enabling factor" untuk menumbangkan dominasi UMNO/BN.
Sekali lagi saya tegaskan rakyat sudah muak dengan UMNO. Persoalannya kepada siapakah kuasa pemerintahan akan diserahkan? Siapa yang akan mendominasi? Adakah di sana jaminan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa?
Adakah wujudnya keadilan dalam agihan kekayaan negara? Adakah sistem pentadbiran negara akan lebih transparent? Apakah pengganti UMNO/BN boleh dipercayai dalam memikul amanah ini?
Dengan apa alasan sekalipun landskap politik Malaysia, tidak boleh meminggirkan survival Melayu dan Islam. Inilah benteng terakhir UMNO/BN. Parti bukan Melayu dalam komponen BN tidak bersetuju, tetapi mereka harus "bersetuju di atas perkara yang mereka tidak bersetuju" demi mengekalkan kuasa BN.
Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.
Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju".

"PAS MELANGKAH DENGAN BERRINSIP, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

* Catatan Kempen PRK P091 dari Felda Kratong 4 ke Markas Induk, Bandar Muazam Shah.

Terus beristiqamah
Hj. Razman Hj. Zakaria 
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015 
11 Rejab 1436

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008