pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 23 April 2015

TOLAK DAN BANTAH GST : CUKAI YANG BEBANKAN RAKYAT, BUKAN CARA TERBAIK PULIH EKONOMI NEGARA!

TOLAK GST : KECEWA DENGAN SIKAP KERAJAAN TERUS MENZALIMI RAKYAT DAN INI BUKAN CARA TERBAIK ATASI MASALAH EKONOMI NEGARA

Sistem Cukai Baru Tersebut Jelas Tekan Rakyat Berpendapat Rendah, Harga Barangan Keperluan Naik dan Menteri Terus Beralasan


SELEKOH, BAGAN DATOH : Rakyat pada hari ini terus tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi berikutan sistem Cukai Barangan & Perkhidmatan ( GST – Good and Services Tax ) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan mulai pada 1 April lalu. Terdapat banyak pihak menyatakan rungutan serta bantahan akibat kesan buruk daripada sistem cukai terbaru itu yang dilaksanakan dalam Negara ini.

Berikutan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyatakan bantahan terhadap sistem percukaian GST yang jelas membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapat rendah. Pastinya ramai pihak terkena kesan yang negatif setelah GST ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Sdr. Ahmad Syukri bin Md. Suhot menjelaskan bahawa apa yang telah dan cuba dilakukan oleh pihak kerajaan sekarang ialah hanyalah usaha yang menambahkan penderitaan ekonomi rakyat dan Negara.

Walaupun dilihat ianya mungkin satu usaha pihak kerajaan untuk masalah kewangan dan ekonomi Negara namun ianya dilihat bukanlah cara yang terbaik buat masa kini.

“ Persoalan besar berlaku apabila, pihak kerajaan dalam usahannya memulihkan ekonomi Negara sedangkan pihak kerajaan jugalah melalui menteri-menterinya berlaku boros dan banyak membazir dalam masa yang sama.” Terangnya lagi yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.

Biarlah apa pun pihak kerajaan canang dan terangkan tentang GST ini, dengan kepelbagaian kaedah di media cetak atau massa namun realitinya ianya usaha yang salah dan silap.

Dalam masa sama juga, pihak kerajaan telah mempergunakan Majlis Fatwa Malaysia, Ulamak-ulamak pro – kerajaan, agensi-agensi agama kerajaan dan NGO-NGO agama untuk mengharuskan cukai sebegini dilaksanakan sesuka hati. Kononnya seolah-olah tindakan kerajaan itu tepat dan betul.


“ Kita juga mencabar pihak kerajaan dalam memastikan hukum sebenar pencukaian melalui cara GST ini. Yang mana tidak kira orang miskin atau kaya yang terlibat dengan GST. Ini adalah tidak betul sebagaimana dalam hukum Islam. Bahkan terdapat banyak pendapat ulamak-ulamak yang mengharamkan cukai ini kepada pihak yang tidak layak dikenakan.” Jelas Ahmad Syukri lagi.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008