pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 10 Ogos 2011

LONDON : RUSUHAN MEREBAK DI TIGA BANDAR UTAMA


Rusuhan merebak di tiga bandar Britain

SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah kedai perabut di Croydon, selatan London semalam.


LONDON, Britain - Keganasan merebak ke seluruh bandar raya ini dan sekurang-kurangnya tiga bandar lain semalam ketika polis bertempur dengan ribuan perusuh dan perompak yang memaksa Perdana Menteri David Cameron pulang ke Britain untuk berdepan dengan krisis itu.
Cameron menamatkan percutiannya di Itali dan kembali ke Britain untuk mempengerusikan mesyuarat semalam dengan Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan mengenai rusuhan itu.
Banyak bangunan dibakar di Croydon, Peckham dan Lewisham, selatan bandar ini dengan kumpulan penjarah meronda jalan-jalan raya di Hackney di timur, Clapham di selatan, Camden di utara dan Ealing di barat.
Selain bandar raya ini, rusuhan turut berlaku di bandar raya Liverpool, Birmingham dan Bristol.
Polis Scotland Yard memberitahu, ia telah mengerahkan 1,700 anggota tambahan untuk menangani kekacauan di sini iaitu yang terburuk sejak beberapa tahun lalu. Polis turut menggunakan sejumlah kereta berperisai untuk menyuraikan perusuh.
Beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan memasuki Hackney untuk cuba mengawal keganasan di daerah berkenaan yang terletak cuma beberapa kilometer dari lokasi temasya Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung.
Menjelang malam, pasukan polis membawa baton memaksa kumpulan belia berundur manakala penduduk tempatan yang berharap untuk pulang ke kediaman mereka tersekat di belakang kepungan polis.
Di Croydon, sejumlah bangunan di seluruh blok terbakar termasuk sebuah premis perniagaan berusia 100 tahun yang menjual perabut dengan api terus marak.
Penduduk setempat dipindahkan kerana api yang merebak manakala akhbar Guardian memetik seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian sebagai berkata: "Kami tidak boleh bertahan, ia semakin teruk."
Keganasan bermula pada Sabtu lepas di kawasan penempatan berbilang etnik di Tottenham, utara bandar raya ini selepas seorang lelaki kulit hitam berusia 29 tahun di tembak mati oleh polis dua hari sebelum itu.
Menurut Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May, situasi yang berlaku di negara itu tidak pernah dilihat sejak lima tahun lalu.
"Kami perlu menamatkan dan kami perlu mengakhirinya dengan segera," katanya kepada stesen televisyen Sky News.
Menurutnya, lebih 450 orang ditangkap di London sejak rusuhan berlaku selama tiga hari berturut-turut.
Scotland Yard menyatakan, bilik-bilik penjara sudah penuh dengan para banduan di London dengan para tahanan dipindahkan ke balai polis lain.
Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di London kelmarin tetapi mereka masih gagal untuk mengekang keganasan. - Agensi

PERUTUSAN RAMADHAN : PESURUHJAYA PAS PERAK


PERUTUSAN RAMADHAN PJ PAS PERAK

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Selasa, 9 Ogos 2011

CERAMAH : BADAR AL - QUBRA


PAS BAGAN DATOH AKAN MENGANJURKAN :

CERAMAH : BADAR AL - QUBRA


BERSAMA :
YB. SALAHUDDIN B. AYUB
[ Naib Presiden PAS & Ahli Parlimen Kubang Kerian ]

Pada: 15 Ogos 2011 / 15 Ramadhan 1432
Hari : Isnin /  Masa : 9.30 mlm 
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan, Selekoh

" Semua Dijemput Hadir " 

Isnin, 8 Ogos 2011

RAKYAT LIBYA KEKURANGAN KETIKA BERPUASA ?


Rakyat Libya berpuasa dalam kekurangan 

TRIPOLI - Kekurangan sumber tenaga dan petrol terutama pada bulan Ramadan ini meningkatkan kekecewaan penduduk di ibu negara Libya terhadap campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di negara itu. 

Penduduk Tripoli, bandar kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terpaksa berhadapan catuan elektrik yang semakin kerap sejak beberapa minggu lalu. 

Kebanyakan rumah tidak dapat menggunakan penghawa dingin dan peti sejuk semasa kemuncak musim panas serta bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka sempena Ramadan. 

Bekas Menteri Kesihatan Libya, Mohamed Abu Ajeela Rashid yang kini menjadi pegawai perubatan di sebuah hospital di Tripoli berkata, kekurangan tenaga elektrik menyebabkan masalah serius di bandar itu. 

“Sabtu lalu, bekalan diputuskan semasa saya sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada lampu telefon bimbit untuk meneruskan pembedahan,” katanya.

ISRAEL BERLAKU REVOLUSI ?


Revolusi Israel? 

TEL AVIV - Sekurang-kurangnya 250,000 penduduk Israel berarak di seluruh negara, kelmarin bagi menuntut penurunan kos sara hidup dalam demonstrasi besar-besaran yang dilihat semakin buruk dan dianggap menyerupai revolusi Arab di beberapa negara Timur Tengah yang berlaku pada awal tahun ini. 

Menurut polis, penduduk di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan bandar-bandar lain di seluruh Israel menyertai protes itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung dasar ekonomi negara. 

Sejak tiga minggu lalu, protes di negara dengan penduduk seramai 7.7 juta itu semakin berkembang, bermula dengan sekumpulan pelajar universiti mendirikan khemah di Tel Aviv sebelum bertukar kepada gerakan besar-besaran disertai rakyat kelas pertengahan negara itu. 

Dasar ekonomi membebankan diguna pakai Israel menyebabkan jurang pendapatan negara yang tinggi antara kelas atasan dan pertengahan serta peningkatan harga rumah melampau. 

Pentadbiran Israel dilihat mula gerun dengan kebangkitan rakyatnya dan cuba menenangkan keadaan dengan berjanji mengambil langkah menurunkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan merancang membentuk kumpulan khas dalam Kabinet bagi membincangkan tuntutan penunjuk perasaan itu.

PERTAHANKAN JAIS : DEWAN ULAMA' PAS


Dewan Ulama pertahan Jais 

SHAH ALAM – Tiada gunanya kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seandainya jabatan terbabit tidak dapat melaksanakan tanggung jawab mencegah umat Islam di negeri itu daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam. 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, beliau menyokong sekiranya tindakan Jais (menyerbu gereja di Damansara Utama) berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana Jais berhak bertindak sedemikian. 

Menurutnya, sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan awal sepatutnya dilakukan. 

“Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah jabatan agama itu sendiri (Jais). Kalau Jais tidak dapat bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai. Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan. 

“Jais bertindak mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu bukan kerja polis,” katanya. 

Mengulas mengenai umat Islam yang berada di gereja pada malam itu katanya, umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah. 

“Mereka sepatutnya berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan,” katanya. 

Beliau berkata, walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi. 

“Ada pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya. Jadi perlu diperjelaskan kepada pemimpin masyarakat dan umum mengenainya,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana beliau berhak berbuat demikian.

KEDAI TERBAKAR LAGI

Deretan tiga kedai terbakar 
BAGAN DATOH - Bekalan perabot untuk jualan musim perayaan musnah sepenuhnya apabila kedai yang digunakan sebagai tempat simpanan hangus dalam satu kejadian kebakaran, di sini, awal pagi, semalam.

Peniaga, Ng Boon Sai, 45, berkata, dia menerima panggilan daripada seorang rakan pada kira-kira jam 6.30 pagi memaklumkan kedai yang diwarisi daripada datuknya itu hangus dijilat api.

Katanya, setelah mendapat panggilan itu, dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan kedainya itu.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya hanya dapat melihat kedai yang telah berusia 80 tahun itu hangus dalam kebakaran.

“Kedai ini telah diserahkan kepada saya oleh datuk untuk diuruskan dan ia telah diubah suai menjadi gudang perabot serta barangan elektrik,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Boon Sai berkata, dia masih belum tahu anggaran kerugian daripada kejadian itu dan menerima semuanya sebagai satu dugaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Rahmat Nazlan berkata, panggilan mengenai kejadian diterima pada 6.01 pagi dan pasukannya tiba di tempat kejadian pada 6.21 pagi.

“Ketika pasukan bomba sampai di tempat kejadian, kebakaran di deretan kedai itu sudah mencecah hingga 90 peratus dan telah merebak hingga ke kedai yang ke-tiga.

“Seramai 29 anggota serta satu pegawai, bersama dua jentera turun ke tempat kejadian dan kami juga turut dibantu pasukan Bomba Sukarela Bagan Datoh yang turun dengan sebuah jentera,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan dan dikawal sepenuhnya pada jam 10.28 pagi dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kebakaran telah bermula di bahagian belakang kedai pertama sebelum merebak ke dia buah kedai lagi.

“Anggaran kerugian untuk ketiga-tiga buah kedai terlibat sekitar RM400,000 dan ini merupakan kejadian ke-dua berlaku di sini dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

SUARA ANAK - ANAK GAZA

Kanak-kanak Gaza bersuara 

GAZA - Sekumpulan kanak-kanak Palestin mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Gaza kelmarin bagi membantah kekurangan bekalan ubatan yang semakin kritikal untuk merawat Talasemia iaitu sejenis penyakit akibat sel darah merah tidak normal. 

Puluhan budak berkumpul di luar kawasan hospital di Gaza melaungkan slogan menuntut pertubuhan antarabangsa untuk menggesa Israel mempercepatkan kemasukan bekalan ubat ke negara tersebut. 

Mereka turut mengkritik tindakan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berpusat di Tebing Barat kerana didakwa tidak menghantar bekalan ubat mencukupi dan sengaja melambatkan proses penghantaran. 

Dr Mohammed Abu Sha’ban berkata, terdapat 75 pesakit Talasemia terdiri daripada kanak-kanak yang kini dirawat dan sedang bertarung nyawa. 

“PA seakan tidak lagi memainkan peranan menghantar bekalan ubat dan peralatan perubatan ke Gaza,” menurutnya lagi. 

Sistem penjagaan kesihatan di Gaza semakin merosot selepas rejim Zionis mengenakan sekatan bekalan perubatan dan makanan untuk melemahkan kerajaan Hamas.

MAT SABU BEBAS TUDUHAN

Keputusan bebas Mat Sabu kekal 

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi yang melepaskan dan membebaskan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu daripada pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahim menolak rayuan dikemukakan pihak pendakwaan terhadap Mohamad, 57, yang didakwa menghalang tugas Superintendan Mohd Nasir daripada menangkapnya di Plaza Tol Bukit Tambun kira-kira jam 7.45 malam pada 9 Disember 2007. 

Mohamad yang didakwa mengikut Seksyen mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Zamani dalam keputusannya berkata, kegagalan pihak pendakwaan memasukan perkataan ‘secara sukarela’ dalam kertas pertuduhan menyebabkan pertuduhan itu rosak. 

Sebelum ini, Mohamad didakwa bersama sembilan lelaki lain, Mohd Binyamin Ishak, 48; Fuadzi Suharat, 48; Md Lazim Osman, 54; Abdul Razak Ramili, 46; Mohd Subri Mohd Said, 46; Zamarul ‘Aini Abdul Malik, 40; Zainul Azrun Zainal Abidin, 39; Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51. 

Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan menolak pegawai serta anggota polis menjalankan tugas. 

Bagaimanapun, pihak pendakwaan hanya membuat rayuan terhadap pembebasan Mohamad. 

Mohamad diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkipli, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim. 

Sementara itu, Mohamad lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika ditemui di luar mahkamah menyuarakan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan. 

“Terima kasih atas usaha peguam kami yang bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela saya untuk menang dalam kes ini, Sesungguhnya kebenaran telah terbukti,” katanya.

Jumaat, 5 Ogos 2011

TAZKIRAH JUMAAT : AKHLAK TERPUJI - 3

Siri 3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud : " Bahawa kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur, jika kami berikan satu lembah emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas sekalipun, namun dia tidak juga berasa cukup lalu memintanya lagi."

Sementara dalam kumpulan riwayat ( Al - Futahal Makiyyah ) Allah SWT berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya manusia itu kebanyakkannya berada di dalam kecukupan tetapi mereka masih mencari akan apa yang membawanya kepada kedurhakaan, sesungguhnya manusia itu juga tidak pernah berasa cukup dengan sedikit, tetapi tidak pula mereka berasa puas dengan yang banyak."


Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat bernama Abu Sa'labah yang hidup dalam keadaan miskin, tetapi terkenal sebagai seorang cukup taat mengerjakan sembahyang berjemaah bersama nabi serta sahabat.

Nabi Muhammad SAW hairan kerana Abu Sa'labah tidak pernah mahu ikut bersama jemaah lain untuk mengaminkan doa dibacakan Baginda setiap kali selepas selesai menunaikan solat.

Pada suatu hari ketika Abu Sa'labah hendak bangun meninggalkan jemaah yang sedang mengaminkan doa, tiba - tiba Rasulullah SAW memanggilnya seraya bertanya : " Wahai Sa'labah, mengapakah aku lihat engkau tidak pernah mahu menunggu bersama orang lain untuk mengaminkan doaku?"

Akan bersambung dalam siri akan datang..


Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 4 Ogos 2011

ISRAEL SERANG GAZA : MENTERI



Menteri Israel mahu serang Gaza 

TEL AVIV - Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitch menggesa negara itu melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Genting Gaza sebagai serangan balas terhadap bedilan roket dari Gaza.

Cadangan biadap itu dibuat Aharonovitch selepas menuduh pejuang Palestin melancarkan roket ke bandar Ashkelon sehingga menyebabkan seorang wanita cedera ringan akibat terkena serpihan roket, Isnin lalu.

“Perbezaan antara serangan yang menyebabkan kecederaan ringan dan serangan membunuh puluhan orang di tadika adalah kecil,” kata menteri rejim tidak berperikemanusiaan itu.

Israel melancarkan perang besar-besaran ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga menyebabkan 1,500 penduduk Palestin terkorban dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

PR : SPR TIDAK BOLEH DIYAKINI

Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR 
PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meragui penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi disebabkan masalah kemas kini.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub (gambar) yang mengetuai sidang media di pejabat Pakatan Rakayat itu berkata, perkara itu tidak masuk akal kerana mana mungkin SPR tidak mengetahui tentang permasalahan itu.

Bagaimanapun perkara itu diulas, Setiausaha Pas Selangor Khairuddin Othman kerana beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

Menurutnya, SPR malam kelmarin menafikan terdapat pendu�duk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.”

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, kesilapan berpunca kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Khairuddin, jawapan diberikan Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana, masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Tambah beliau, timbul persoalan kenapa sistem dalam talian tidak dikemas kini secara automatik sejurus maklumat diperoleh.

“Kalau tidak kemas kini, SPR kena kaji sistem itu,” katanya.

Khairuddin yang juga pengamal undang-undang, mendakwa mengenal pasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras, namanya masih tercicir dalam daftar pemilih.

SAYA TIDAK HIDAP BARAH : NIK AZIZ

Nik Aziz nafi hidap barah 

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan mengidap penyakit barah kelenjar seperti dakwaan sebuah blog. 

Menurut beliau, kesihatannya pada masa ini amat baik dan boleh menjalani ibadat puasa seperti biasa. 

“Itu dakwaan blog tak betul tu, saya tak ada apa, saya cuma ada tiga saluran tersumbat dan saya menjalani rawatan tiga bulan sekali. 

“Alhamdulillah kolesterol pun baik, turun, musim durian kolesterol turun, jadi dakwaan itu tak betul,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam. 

Terdapat blog yang mendakwa Nik Abdul Aziz mengalami barah kelenjar dan perkara itu disahkan pakar Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, baru-baru ini. 

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas itu pernah menjalani rawatan koronari angioplasti bagi membuka saluran darah yang tersumbat. 

Ketika diminta mengulas cabaran dibuat Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim berhubung pertemuan antara beliau dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah untuk mempelawa sebagai Ketua Pembangkang, Nik Abdul Aziz berkata, pendapat orang ‘melompat parti’ itu tidak perlu dilayan. 

“Dia siapa? Saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya, dia ni orang ‘melompat’ yang saya anggap sebagai sampah, tempat serangga bersarang,” katanya.

PESANAN TERAKHIR SYED QUTB


Seandainya kau tangisi kematian ku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu,
Maka di atas tulangku yang hancur luluh inilah
Nyalakan obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
Taman - taman di Syurga Tuhan ku bangga menerima ku
Burung - burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinar fajar lagi.
Biarlah rohku terbang mendapat rindu - Nya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana fajar sedang memancar.

( pesanan terakhir Syed Qutb.)

Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang 21/2/2011 yg lalu.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Rabu, 3 Ogos 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat - umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :


1 ) Bau mulut orang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah SWT.


2 ) Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka,


3 ) Allah SWT  memperindahkan syurga - Nya setiap hari dan berfirman : ' Hampir - hampir hamba - Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' ( Mereka sanggup bersusah payah di dunia dan akhirat )


4 ) Syaitan - syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan - bulan selain Ramadhan.


5 ) Mereka akan mendapat keampuanan pada akhir malam ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya )."


Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda saw : " Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?" Baginda menjawab : " Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya."


( Riwayat Ahmad )

RAMADHAN BULAN HIDAYAH

Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai " bulan puasa" . Kadang - kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal daripada bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan - tuntutan sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalamk memahami tuntutan Ramadhan.


Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa dan kerana itulah matlamat daripada ibadah puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati denga izin Allah swt. Hati yang mendapat hidayah Allah SWT akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al -Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota - anggota yang lain.



Petikan Ucapan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nik Mat - Mursyidul Am PAS

PALESTIN CUBA DIHALANG ISRAEL

Israel cuba halang Palestin 

TEL AVIV - Israel memaklumkan kononnya sedia membincangkan had sempadan dengan Palestin bagi membantu kuasa Barat menghidupkan semula rundingan damai yang tergendala, menurut Tel Aviv, kelmarin. 

Tindakan licik rejim Zionis itu dilihat sebagai usaha menghalang Palestin daripada meneruskan rancangan untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mewujudkan sebuah negara merdeka, September depan. 

Israel dan kuasa Barat kononnya bimbang tindakan Palestin yang diambil tanpa persetujuan Tel Aviv itu akan mencetuskan keganasan baru antara kedua negara. 

Rundingan damai berusia puluhan tahun antara Israel dan Palestin tidak pernah mencapai matlamat kerana kedegilan dan keangkuhan rejim Zionis yang enggan mengembalikan tanah dirampas daripada penduduk Palestin sejak 1967.

REJIM ZIONIS MENGGANAS

Israel terus mengganas 

RAMALLAH - Kekejaman rejim Zionis terbukti tidak mengenal waktu apabila tentera Israel menembak mati dua penduduk Palestin di Tebing Barat, semalam, iaitu pada hari pertama umat Islam seluruh dunia memulakan ibadah puasa. 

Pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di kem pelarian Qalandiya berhampiran Ramallah semasa tentera rejim mengadakan pemeriksaan rutin di kawasan itu. 

Menurut pegawai perubatan Palestin, dua lelaki berumur 23 dan 25 tahun itu ditembak di kepala dan perut. Jurucakap tentera rejim mengesahkan kejadian itu yang kini masih dalam siasatan. 

Sementara itu, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah seorang tentera Lebanon di sempadan kedua negara, semalam selepas menuduh askar itu menembak ke arah mereka. 

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan oleh pihak tentera Israel dan tidak dapat dipastikan sama ada askar Lebanon itu cedera dalam kejadian tersebut.

Selasa, 2 Ogos 2011

TAZKIRAH JUMAAT : AKHLAK TERPUJI - 2

Siri 2 :

Malah, selain ganjaran pahala, amalan zakat menjadikan umat Islam bersifat rendah hati dan mereka yang rendah hati tergolong dalam golongan sangat dikasihi Allah SWT. Sejarah Islam sudah menunjukkan bukti jelas bahawa orang yang tamakkan dunia akan menerima pembalasan daripada Allah SWT, bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat seperti berlaku terhadap Qarun seorang hartawan yang hidup pada zaman Nabi Daud a.s.


Disebabkan sifat tamak dan haloba atas rezeki yang Allah SWT kurniakan, Qarun bersama hartanya ditelan bumi. Begitu juga Firaun yang bongkak hingga mengaku dirinya tuhan akhirnya mati dihanyutkan arus lautan yang bergelora.

Marilah kita menyedari hakikat bahawa segala kekayaan dimiliki seseorang adalah satu ujian daripada Allah SWT untuk melihat sejauh mana kesyukuran serta ketaqwaan kita dalam menerima anugerah itu.


Bagi yang tebal rasa keimanannya tentu saja mereka akan menerima segala kekayaan dan harta benda itu sebagai pemberian yang perlu disyukuri, mankala mereka yang tamak dan haloba sering berasa tidak pernah cukup lalu akhirnya kekayaan menjadikan ia bertambah sombong, bongkak, kikir dan kedekut serta berpaling menjauhkan diri daripada Allah SWT.

Oleh itu, sifat rendah diri amat ditekankan di dalam hati Islam kerana sifat rendah diri boleh menjadi benteng mencegah daripada rasa tamak haloba terhadap dunia.

Akan bersambung pada siri akan datang...

Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh.


jambori amal kuala kangsar 2008