pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 8 Januari 2014

RETREAT DPPK BD : GABUNGAN IDEA DAN PANDANGAN MANTAPKAN LAGI BAKAL PROGRAM DIANJURKAN SEPANJANG TAHUN .

DPPK BAGAN DATOH ANJURKAN RETREAT SUSUN DAN RANCANG PROGRAM SEPANJANG TAHUN.

TELUK INTAN, 26 Dis : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya menganjurkan sebuah program retreat sebagai persediaan dan menyusun aktiviti serta program sepanjang tahun 2014 ini. Sebagai langkah awal menghadapi tahun baharu, pihak Dewan Pemuda PAS yang diketuai Ustaz Mustofa Saifuddin  mengambil kira penyusunan program dan taqwim adalah penting agar tidak berlaku kecelaruan serta pertindihan program akan datang.

Bertempatkan di Restoran Little Kitchen, Taman Melor, Teluk Intan, bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang tersebut telah menghimpunkan seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan bagi membincangkan perjalanan aktiviti dewan itu sepanjang tahun 2014. Namun, terdapat beberapa orang Ahli Jawatankuasa tidak dapat menghadiri program itu kerana mempunyai keuzuran .

Namun ianya tidak menghalang perjalanan dan kelancaran retreat kali ini untuk terus dijayakan. Pelbagai pandangan dan idea daripada setiap Ahli Jawatankuasa telah menyumbangkan keberhasilan aktiviti dan program.


Pada permulaan program retreat kali ini telah diisikan oleh pengucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mustofa Saifuddin. Beliau amat mengharapkan kerjasama daripada semua Ahli Jawatankuasa agar memberi pandangan dan idea supaya lebih memudahkan perancangan program serta aktiviti disusun.

Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Datoh juga mengharapkan hasil yang baik dalam perbincangan seterusnya membawa keuntungan kepada Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim menerima sijil watikah perlantikan sebagai penyandang jawatan tersebut. Maka dengan penerima sijil tersebut sebagai tanda rasminya untuk melaksanakan tugasan serta amanah.

Tuan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Datoh, Tuan Nurol Amin Ithnan menerima sijil watikah perlantikan daripada Ustaz Khairy Jamaluddin.

Turut hadir bersama, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Shamsul Alauddin yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Pasir Salak telah menambah seri dan semangat.








Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008