pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 14 Februari 2014

JANGAN LAMBAT ATASI MASALAH HARGA GETAH...

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan segera bertindak menyelesaikan kemelut penurunan harga getah yang semakin meruncing pada ketika ini dan dilihat seperti akan berterusan.

Setiausahanya Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, pihaknya mendapat aduan bahawa ramai penoreh getah kini berdepan keadaan sukar untuk meneruskan kehidupan mereka selepas harga getah jatuh kepada paras paling rendah dalam sejarah 10 tahun penurunannya.

"Kerajaan jangan tunggu sehingga 'Peristiwa Ubi Gadung 1974' berulang kembali baru hendak bertindak. 

"Peristiwa yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat keracunan selepas diberi makan ubi gadung oleh keluarganya akibat tidak mampu membeli makanan disebabkan harga getah rendah. 

"Hasil peristiwa ini jugalah menjadi pencetus kebangkitan rakyat pada tahun tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau juga, pihaknya juga menerima aduan bahawa ada pekebun getah di beberapa daerah di Kedah dan negeri-negeri lain yang tidak mampu membeli lauk pauk untuk sajian harian disebabkan hasil jualan getah yang merosot teruk. 

Malah katanya, suasana ini sangat serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak kerajaan untuk menanganinya.

"Keberanian pekebun getah di Baling yang keluar berdemonstrasi minggu lepas memberi petunjuk tekanan hidup di tahap maksima sedang melanda penduduk. 

"Tambahan pula kejatuhan harga getah ini berlaku di tengah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi di tahun ini. Oleh itu, sebelum terlewat kerajaan mesti bertindak segera menangani kemelut ini," kata beliau lagi.

Beberapa media sebelum ini melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 sekilogram dan berbeza-beza mengikut negeri.


Terbaru harga getah skrab di lapangan hari ini mencecah RM2.43 sekilogram di beberapa negeri termasuk Johor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008