pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 5 Februari 2014

YB. K 7 : SAYA MASIH SETIA BERSAMA PKR !

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang dari PKR, S Kesavan mendakwa surat kepada Speaker Dun Perak kononnya beliau keluar parti adalah tindakan sabotaj dari pihak tertentu yang cuba memburukkan imej beliau dan PKR.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan tidak timbul langsung soal keluar parti kerana beliau masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

"Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat

"Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya dalam satu surat rasmi hari ini.

Semalam, kecoh berita Adun itu keluar parti apabila satu surat palsu bertarikh 2 Februari 2014 yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak Datuk Seri S K Devamany, yang menggunakan namanya tersebar di internet termasuk di media-media sosial.


Surat mendakwa kononnya beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR secara rela hati berkuat kuasa Ahad lepas.

Menurut surat itu yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak.

Bagaimanapun PKR dalam satu kenyataan semalam telah menafikan perkara itu.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008