Pertukaran Pengerusi MARA : Rakyat Wajib Tahu Hasil Siasatan
Rakyat masih lagi tertanya-tanya berhubung skandal pembeliah hartanah
milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia yang dikatakan
telah membayar RM13.7 juta lebih tinggi dari harga pasaran yang
sebenar. Pembelian tersebut didakwa oleh akhbar Australia, The Age
melibatkan kos keseluruhan RM65 juta untuk sebuah blok apartmen di
Melbourne.
Sekalipun bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa
pembelian tersebut berlaku sebelum beliau dilantik sebagai pengerusi,
namun ia bukannya satu jawapan terhadap tanda tanya yang sedang menjadi
persoalan di kalangan rakyat. Nyata sekali, kerajaan UMNO / Barisan
Nasional tidak pernah serius di dalam mengendalikan perbelanjaan wang
milik rakyat sehingga menyebabkan berlakunya ketirisan yang melibatkan
jutaan ringgit.
Terbaru
apabila Tan Sri Annuar Musa tidak disambung perkhidmatan sebagai
Pengerusi MARA walaupun baru dua tahun memegang jawatan tersebut, rakyat
semakin melihat bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan.
Sekalipu Annuar bukanlah individu pertama yang memegang jawatan tersebut
untuk tempoh dua tahun namun ia agak janggal jika dibandingkan dengan
dua penyandang jawatan tersebut sebelum ini.
Untuk rekod, bekas
Pengerusi MARA sebelum Annuar, Dato Seri Idris Jusoh memegang jawatan
tersebut selama 5 tahun bermula 2008 – 2013 manakala sebelumnya Dato
Seri Abdul Hamid Zainal Abidin pula selama 4 tahun bermula 2004 – 2008.
Justeru, menamatkan khidmat Annuar Musa yang hanya diberikan kepercayaan
selama dua tahun sahaja seolah-olah mengesahkan tanggapan rakyat bahawa
terdapat kelemahan yang ketara di dalam pengurusan kewangan MARA dan
proses jual beli hartanah sebelum ini.
Rakyat sedang
menanti-nanti jawapan terhadap isu ini. Penjenayah sebenar wajib
dihadapkan ke muka pengadilan tanpa sebarang pengecualian. Tiada maaf
kepada mana-mana pihak yang memperalatkan amanah rakyat demi kepentingan
poket peribadi.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
27 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan