pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 15 Oktober 2012

PROJEK PRU : BARU NAK BINA SEKARANG. PROJEK ADA MAKNA!


PROJEK HANGAT PRU 13 : KERJA-KERJA PEMBINAAN DERETAN RUMAH KEDAI DI SELEKOH TANDA “ GULA- GULA KABURI MATA RAKYAT ”.

Pemuda PAS Kawasan dakwa projek itu lewat dilaksanakan kerana bermasalah tetapi kini baru diteruskan sebagai daya tarikan undi.

BAGAN DATOH ( SELEKOH ) : Inilah yang dianggap rakyat sebagai projek gula – gula untuk rakyat ketika mana hampirnya pilihan raya. Mungkin sudah menjadi budaya pihak UMNO/ BN dengan menggunakan kerajaan dalam menarik sokongan rakyat. Ketika ini kerja- kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan deretan rumah kedai di atas tanah kerajaan di pekan Selekoh.


Projek cadangan membina 9 unit kedai / pejabat 2 tingkat tersebut sedang segera dibina di atas tanah kerajaan terletak di pekan Selekoh dengan pemiliknya oleh sebuah syarikat bernama SAJ Sendirian Berhad yang beralamat di Taman Subang Jaya Permai, Selangor.


Walaupun ianya seolah – olah kelihatan satu projek biasa, namun ianya adalah satu projek yang sekian lama rakyat nantikan. Kira – kira 5 tahun lalu, Ahli Parlimen Bagan Datoh iaitu YB. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan majlis pecah tanah di atas tapak projek tersebut. Tetapi baru kini projek dan proses pembinaannya bermula memandangkan rakyat mula memperkatakan ianya hanyalah satu projek fantasi kerajaan.


Penduduk turut juga mendakwa, kelewatan projek itu adalah disebabkan terdapat krisis berkaitan hak milik tanah tersebut. Namun keputusannya adalah seperti dijangka bahawa pihak kerajaan akan berusaha untuk membina bangunan tersebut. Hasilnya adalah sebagaimana boleh dilihat oleh rakyat hari ini apabila pihak kerajaan melantik arketik, Ghazali Abdullah yang beralamat di Pandan Indah Commercial Centre, Kuala Lumpur meneruskan projek pembinaan ini.


Ahad, 14 Oktober 2012

BILA IMAM DAN AHLI KARIAH DI PAKSA HADIR MAJLIS BERSAMA PM !

SURAT " JEMPUT DAN PAKSA " UNTUK HADIR KE MAJLIS PERDANA MENTERI DI HILIR PERAK !







BONGKAR : PELABUHAN " PUAKA " DI BAROH SUNGAI!

JANJI 17 TAHUN DAHULU DITEPATI TAPI TIDAK SEMPURNA SEBAGAI JANJINYA!

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menyatakan bahawa Ahli Parlimen di sini gagal tunaikan janjinya.

BAGAN DATOH ( Sg. Sumun ) : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh menyatakan rasa kesalnya terhadap pembangunan industri pelabuhan di sini sebagaimana yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen, Datuk Seri Hj. Ahmad Zahid Hamidi. Hasil lawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS ke tapak pelabuhan terbabit, mendapati bahawa keadaan di Pelabuhan Hutan Melintang ini adalah mengecewakan dan mendukacitakan rakyat di kawasan ini.


Mengikut janjinya dahulu, tujuan pembangunan pelabuhan tersebut adalah sebagai menarik pelabur asing dalam urusan peniagaan serta memajukan industri perkapalan dan perikanan di sekitar Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Namun setelah hampir 17 tahun, hanya industri perikanan dan pengangkutan ke seberang iaitu ke pulau Sumatera, Indonesia dapat di jalankan di sini itupun dalam keadaan yang sederhana.


Menurut Ketua Lajnah Buruh dan Peladangannya,Mazlan Adha Jalal berkata bahawa mungkin projek jutaan ringgit itu pastinya tidak memberi manfaat dan faedah kepada rakyat setempat. Walaupun tersergam gagah berdirinya pelabuhan tersebut, namun aktiviti mendapatkan keuntungan tidak dapat di jalankan atas beberapa sebab yang rakyat sendiri tidak pasti.


Keadaannya yang kotor dan semak samun di sekitar pelabuhan itu sendiri mendatangkan rasa kurang selesa penduduk sekitar. Penduduk juga turut melahirkan rasa kebimbangan sekiranya tapak pelabuhan itu dijadikan sebagai tempat aktiviti tidak sihat anak muda khususnya seperti hisap dadah dan maksiat lain. Selain itu, penduduk juga turut percaya sekiranya terdapat aktiviti penyeludupan barangan dan pendatang asing ke sini.


Berikutan itu, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh memohon jasa baik pemimpin dan wakil rakyat kawasan ini agar mengambil kira permasalahan berkaitan pelabuhan yang di bina dengan harga yang mahal tersebut.

UMNO MAKIN PANAS PUNGGUNG : TAMRIN AJAK AHLI UMNO TINGGALKAN PARTI ITU !

ANAK KEPADA BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI ITU MENGAJAK AHLI UMNO UNTUK SAMA- SAMA TINGGALKAN PARTI " SYAITAN YANG DIKENALI "

Rasa malu dan meluat pada UMNO, kebaikan pimpinan PAS antara punca Tamrin Ghafar keluar

BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Dengan nada sedih, melihat kepincangan dalam UMNO sekarang ini, sempat Dato' Tamrin Ghafar mengajak serta menyeru kepada seluruh penyokong dan ahli UMNO untuk meninggalkan parti tersebut ketika mengakhiri ucapan ceramahnya di majlis ceramah politik dan penjelasan anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh di sini, kelmarin.


Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Sdr. Madhi Hasan.

Ustaz Misbahul Munir, juga merupakan Timbalan 2 Pesuruhjaya PAS Perak berucap di majlis meningatkan agar rakyat khususnya di kawasan tersebut bersiap sedia dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.Kemungkinan akan berlakunya pilihanraya itu dalam masa terdekat adalah menjadi kayu ukur persediaan para jentera pilihan raya kawasan. Beliau turut menjelaskan beberapa isu terkini terutamanya berkaitan parti apabila ada pihak cuba memecah belahkan kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat.


Beliau yang juga merupakan Setiausaha Jabatan Penerangan PAS Pusat, mengalu - alukan kehadiran Dato' Tamrin dan Hairie Othman walaupun tidak dapat hadir sebagaimana jadual asalnya untuk masuk dan bersama perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam mengambil alih kuasa pentadbiran negara ini.


Sementara itu, Sdr. Madhi Hasan selaku Ketua Cabang PKR Bagan Datoh meminta rakyat Bagan Datoh menilai kewibawaan Ahli Parlimen kawasan tersebut juga merupakan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh beliau menjadi wakil rakyat dan menteri. Pelbagai skandal kewangan melibatkan kementeriannya membuktikan beliau tidak layak lagi diberi mandat dalam pilihan raya nanti. Beliau juga menyentuh beberapa isu tempatan khasnya masalah rakyat berkaitan harga kelapa sawit dan kelapa serta pisang di sini.


Pihak penganjur pada malam tersebut turut memohan maaf atas ketidakhadiran penceramah jemputan iaitu Sdr. Hairie Othman merupakan seorang selebriti dan pelakon drama dan filem yang telah mengiystiharkan masuk dan menyokong PAS beberapa bulan terdahulu.


Penceramah jemputan pada malam tersebut hanya bekas Ahli Parlimen Batu Berendam juga Pengerusi MARA, Dato' Tamrin Ghafar dapat hadir. Beliau berceramah dengan mendedahkan beberapa isu dalaman UMNO serta pengakuan beliau sepanjang bersama UMNO tidak dapat di nafikan banyak dosa dan kesalahan dilakukan kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia.

Beliau turut memuji sifat pimpinan dan ahli PAS yang diakui beliau sebagai ikhlas dan taat kepada Allah SWT menyebabkan PAS kekal sehingga kini. Keberkatan dalam perjuangan adalah penting kerana di situ akan mencapai kejayaan sebenar. Ianya tidak berlaku dalam UMNO pada hari ini. Malahan pemimpin UMNO sendiri melanggar perlembagaan parti sehingga lari dari matlamat asal perjuangan dan melanggar syariat Islam yang hakiki ujar bekas ahli dan pemimpin UMNO tersebut.




Sabtu, 13 Oktober 2012

PANAS : AKU PUN BEKAS UMNO..BANYAK HAL DALAM UMNO AKU TAHU!

PENDEDAHAN BEKAS AHLI PARLIMEN BATU BERENDAM ITU MEMBIMBANGKAN PIMPINAN UMNO/ BN HARI INI.

Dato' Tamrin Ghafar menjelaskan mengapa beliau keluar UMNO dan sertai PAS, beliau juga mengajak rakyat khususnya ahli UMNO untuk tinggalkan parti itu.

BAGAN DATOH , Selekoh : Seolah - olah ianya sudah menjadi mimpi buruk UMNO/ BN khususnya pemimpin parti apabila ramai dikalangan bekas pimpinannya mula menyertai parti di dalam Pakatan Rakyat ( PR ). Secara tidak langsung, ianya mengambarkan bahawa UMNO/ BN tidak mampu mempertahankan kuasa politik di negara ini.


Terbaharu, PAS Kawasan Bagan Datoh telah menganjurkan siri ceramah politik dan pendedahan kepada rakyat berkaitan isu- isu semasa serta pengakuan bekas pimpinan UMNO kerana menyertai PAS untuk meninggalkan parti asalnya itu. Antaranya yang kerkini, Dato' Tamrin Tun Ghafar merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam juga bekas Pengerusi MARA yang telah mengumumkan keputusannya keluar daripada UMNO untuk menyertai PAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya di sini semalam.


Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO pada satu ketika dahulu bersama- sama Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak meluahkan perasaan kecewanya terhadap perjuangan UMNO ketika ini serta mendedahkan mengapa beliau meninggalkan parti yang pernah diperjuangkannya selama ini.

Dilahirkan dalam keluarga yang berjuang untuk UMNO tidak menghalang Tamrin hari ini duduk dan berdiri di atas pentas perjuangan PAS yang pernah menjadi musuh politiknya dahulu satu ketika dahulu. Beliau turut memohon maaf kepada pimpinan dan ahli PAS selama ini kerana menjadi musuh dan PAS sebagai bahan kutukan UMNO ketika bersamanya.


Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu mendedahkan sebab dan punca beliau mengundurkan diri daripada perjuangan UMNO untuk bersama PAS. Antara penyebab utamanya, perjuangan UMNO pada hari ini adalah sudah lari daripada landasan sebenar. Pelbagai keburukan serta akhlak tidak baik dikalangan pemimpin UMNO memberikan gambaran jijik kepada rakyat.

Menurutnya, era kerosakkan UMNO adalah bermula apabila Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad memimpin parti tersebut pada awal 70- an selepas Tun Hussein Onn. Tun Mahathir memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang penuh keegoan dan keras kepala kerana beliau tidak boleh ditegur dan dinasihati. Maka berlaku krisis dalam pimpinan parti sehinggakan berlakunya pengharaman UMNO sehinggalah muncul UMNO baharu di bawah kuasa Mahahtir ketika itu.

Pengalaman sebagai anak dan ahli UMNO hampir 30 tahun lebih, menjadikan beliau cukup masak dan kenal siapa UMNO sambil menyetujui kata -kata Tun Dr. Mahathir yang mendakwa UMNO sebagai " Syaitan yang dikenali " dan UMNO ibarat orang gila.    

Khamis, 11 Oktober 2012

SOKONG PENUH HARON DIN : DPPM


Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din (gambar) di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.

“Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.
Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.
Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan  Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.
Timbalan Mursyidul Am PAS  telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan  apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap dan komprehensif.  Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.
Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dihubungi oleh wartawan  berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar.
Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam  bukunya yang bertajuk ‘Tinder Box: The Past and The Future of Pakistan’. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek.
Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris  serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh  Islam.
Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan.
Pada masa yang sama, kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik.

AKIBAT TERLALU " KEBARATAN " ARTIS HILANG PEDOMAN : PEMUDA PAS BAGAN DATOH

KERANA SUKA SANGAT IKUT BUDAYA YAHUDI AKHIRNYA HUKUM AGAMA DILANGGAR

Pemuda PAS Bagan Datoh kecewa dan mengecam segelintir golongan artis di negara ini terlalu taksub " kebaratan " dan pula mendapat sokongan pihak atasan sebabkan artis ini sesat ke mana

BAGAN DATOH : Seolah - olah sudah menjadi budaya dan kemestian bagi segelintir golongan selebriti atau artis Melayu dan Islam di negara ini berpakaian menjolok mata dengan mendedahkan aurat di khalayak ramai. Demikian ulasan pemuda PAS kawasan ini, apabila baru - baru ini timbul kontroversi berkaitan dua orang artis  iaitu pelakon wanita tanah air, Nabila Huda dan Erin Malik yang berpakaian tidak senonoh dengan mendedahkan sebahagian besar tubuhnya.

Nabila Huda yang berpakaian tidak sopan ketika hadir sebuah program.

Walaupun terbaharu dalam akhbar, Nabila Huda telah memohon maaf secara terbuka kepada semua peminat tidak bererti beliau boleh meneruskan budaya berpakaian sedemikian rupa. Beliau sendiri mengatakan tidak akan serik berpakaian yang mendedahkan tubuhnya sekiranya ia perlu buat demikian.


Selain Nabila, seorang lagi pelakon wanita muda yang baru berusia 18 tahun, Erin Malik juga terpalit dengan kontroversi terbaharu apabila beliau didakwa dan mengaku telah memuat naik gambar seksinya yang berpakaian kurang sopan ke dalam laman Twitter peribadinya. Berikutan pendedahan gambar beliau yang hanya memakai gaun malam nipis, beliau telah menerima banyak komen negatif daripada hampir 60,000 pengikutnya di Twitter.


Berikutan itu pula, ada persatuan seni yang kononnya ingin membela golongan artis yang berkontroversi tersebut. Mendakwa seolah - olah artis ini tidak bersalah sepenuhnya tetapi sebaliknya pihak penganjur pula dipersalahkan.

Apapun sebenarnya, pihak pemuda PAS mengecam dan kecewa dengan perangai serta ahlak segelintir artis atau aktres yang kononnya menjadi idola kepada masyarakat umum di negara ini. Hakikatnya memang terdapat ramai lagi golongan artis dinegara ini tidak layak dijadikan contoh kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi budaya asing dan bertentangan dengan syariat Islam.

Selain individu artis itu sendiri, dapat kita perhatikan bahawa golongan ini telah banyak mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan dan atasan. Malahan mereka turut dilayan istimewa dalam semua sudut terutamanya kewangan dan kerjasama yang baik.

Pemuda PAS Bagan Datoh turut melahirkan rasa kesal kepada pihak kerajaan apabila tidak mengawal budaya hiburan yang melampau sehinggakan anak muda serta masyarakat lalai dan alpa. Sehinggakan melanggar hukum -hakam syariat Islam dan mengabaikan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Selasa, 9 Oktober 2012

LIQA' FIKRI : TARBIAH : ASAS KEKUATAN DAN KEYAKINAN DALAM MEMENANGI KEADILAN ISLAM SEBENAR.

KEYAKINAN SEBENAR HANYALAH KEPADA ISLAM SEBAGAI AKIDAH PERJUANGAN HAKIKI

Matlamat untuk mencapai kejayaan dan kemenangan hakikatnya hanyalah kepada pencapaian tuntutan Islam

BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Sebagai sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan agama Allah SWT di negara ini, PAS menekankan kepada seluruh ahlinya agar mendalami ilmu agama terutamanya ilmu asas berkaitan akidah, ibadah dan akhlak. Selain itu, ahli PAS juga dituntut memahami ilmu siasah ( politik ) dan ilmu fardhu kifayah yang lain sebagai kekuatan ahli jemaah dalam melakukan gerak kerja dakwah dan politik.


Ustaz Syed Abdul Kadir ketika memulakan pembentangan kertas kerjanya.

Bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh malam semalam, telah berlangsungnya kuliah agama bersama AF. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre yang membentangkan kertas kerja berjudul Kemenangan Islam: Faktor Penentu dan Pembantu. Dalam pembentangan tersebut, beliau amat mengingatkan kepada seluruh ahli PAS sebagai pejuang Islam perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Katanya, tiada makna sekiranya kemenangan Islam itu dicapai dengan tidak disertakan dan diisi kefahaman agama dan akhlak Islamiah yang lengkap. Ini adalah saranan ajaran Islam sendiri sebagaimana banyak dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al -Quran dan hadis Rasulullah SAW.



Namun realitinya, pejuang Islam perlu menanam keyakinan yang sepenuhnya dan tinggi kepada Allah SWT yang menentukan kejayaan sesuatu matlamat. Dakwa beliau lagi, hari ini ramai umat Islam yang lebih yakin dengan usahanya sendiri serta manusia berbanding Islam itu. Ini merupakan satu perkara bahaya terutamanya bagi pejuang Islam di dalam PAS.


Kelihatan Ustaz Misbahul Munir, YDP PAS Kawasan Bagan Datoh turut hadir majlis tersebut.

Tidak mahu kemenangan Islam dicapai dengan hanya sia -sia, Allah SWT dan  Islam mestilah diletakkan di atas sekali sebagai tempat keyakinan dan bergantungan. Jelas Ustaz Syed Kadir lagi, hari ini ramai manusia lebih yakin di atas usaha sendiri serta bantuan manusia. Ramai ahli PAS juga taksub dan kagum dengan contoh luar yang lebih dianggap hebat dan diyakini.

Agama Islam bukanlah satu ideologi atau satu pemikiran berdasarkan dan mengikut akal manusia semata- mata. Sebaliknya, segala berkaitan Islam mestilah berdasarkan wahyu iaitu Al - Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Begitu juga dalam perjuangan di jalan Allah SWT. Sebagai langkah menegakkan agama suci Islam di muka bumi maka perlunya landasan wahyu yang datangnya daripada Allah SWT.



Beliau turut mengingatkan kepada semua ahli PAS dan pejuang Islam, perlulah tanamkan akhlak yang mulia sebagaimana contoh dibawa Nabi Muhammad SAW. Selain itu, amalan harian seperti ibadah wajib dan sunat perlulah dijadikan kebiasan hidup. Antaranya solat berjemaah, membaca Al - Quran, berzikir dan mengikuti majlis-majlis ilmu sebagai pemantapan rohani seorang pejuang di jalan Allah SWT.  

PRU 13 : YAKIN PR AKAN TAWAN PUTRAJAYA, LANTIK NAJIB DUTA MONGOLIA!

DS. ANWAR IBRAHIM BERKEYAKINAN PR MAMPU MENANG UNTUK MENGAMBIL ALIH PUTRAJAYA

Beliau berucap ketika dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri Perak pada 7 Oktober lalu di Parit 1, Sg. Sumun.

BAGAN DATOH ( Prt.1, Sg. Sumun ) : Dengan nada yang menyakinkan dan bersemangat, pimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) menyatakan bahawa pilihan raya umum ke 13 nanti pastinya rakyat mampu menukarkan kerajaan yang ada sedia hari ini. Ini berdasarkan kefahaman dan pengetahuan rakyat apabila pelbagai saluran mampu menyampaikan maklumat sebenar ketika mana sesuatu isu berlaku di sekitar negara.

DS.Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya penuh keyakinan di sini kelmarin.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyakinkan rakyat perlunya ada sedikit keberanian lagi dalam usaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat. Bukanlah niat pemimpin PR hari ini mengajak rakyat membenci kerajaan, tetapi adalah untuk menyedarkan dan mengajak seluruh rakyat menolak sebuah pemerintahan yang zalim ke atas rakyat diperintah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah politiknya dalam siri Jelajah Rakyat Merdeka di sini kelmarin. Menurut beliau lagi, Perdana Menteri hari ini amat bimbang dan risau untuk membubarkan Parlimen kerana keadaan sekeliling yang menekan beliau berbuat demikian. 

DS. Anwar menyampaikan baju T-Shirt kepada petugas Pilihan raya Parlimen Bagan Datoh.

Ketika mana beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional ( BN ) dari Sabah akan mengumumkan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat ( PR ), Datuk Seri Najib turut terpaksa berhadapan beberapa masalah dalaman Kabinet Kerajaan dan Umno/ BN itu sendiri.

Datuk Seri Anwar turut mengulas mengenai pembentangan bajet 2013 oleh Perdana Menteri baharu- baharu ini. Sambil melabelkan bajet tersebut sebagai paling lemah, beliau juga berpendapat bahawa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri paling penakut apabila tidak menghadiri sesi perbahasan bajetnya itu di Parlimen. Malahan ujar beliau, tiada seorangpun menteri yang berani hadir ketika persidangan tersebut berlangsung.


Ahli Parlimen Permatang Pauh juga Ketua Umum PKR itu mengajak rakyat supaya berani berubah ke arah yang lebih baik. Jadikan Pilihan raya Umum ke 13 nanti sebagai penamat riwayat Umno/ BN merupakan kerajaan yang zalim dan kejam. Beliau turut menyakinkan rakyat dengan menjelaskan beberapa langkah serta tawaran istimewa kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat ( PR ) mentadbir negara ini.

Antara janji PR tersebut ialah penurunan harga minyak petrol sebagaimana yang sering kali beliau dan pimpinan PR nyatakan kepada rakyat. Selain itu pemansuhan  PTPTN kepada mahasiswa serta pendidikan percuma kepada seluruh anak - anak Malaysia menjadi matlamat Pakatan Rakyat sekiranya mentadbir negara. Walaupun segala tawaran dan perancangan Pakatan Rakyat ( PR ) untuk rakyat ini sering kali dipertikaikan dan dianggap boleh membankrapkan ekonomi negara, namun PR ada jawapan bagi persoalan tersebut ujar Ketua Umum PKR itu.


Selain penjelasan tawaran Paktan Rakyat tersebut, Datuk Seri Anwar juga menjelaskan beberapa isu politik semasa sebagai penerangan kepada rakyat. Walaupun beliau baru pulang dari luar negara ( Perancis ) kerana menerima jemputan seorang peguam berkaitan isu pembelian Kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan , beliau tetap turun untuk bersama rakyat.


Isnin, 8 Oktober 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT : RAKYAT BAGAN DATOH SAMBUT MERIAH !

SIRI JELAJAH DITERUSKAN KE NEGERI PERAK : ANWAR ANGGAP BAGAN DATOH BUKANLAH KUBU KUAT UMNO LAGI

Kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) ke Bagan Datoh dalam siri ini disambut meriah, tiada ganguan dan tindakan liar oleh pihak tertentu

SG. SUMUN : Siri Jelajah Merdeka Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan lagi. Kali ini, negeri Perak telah menjadi sasaran dan destinasi rombongan bas jelajah tersebut. Bermula seawal pagi, para rombongan telah menjelajah di beberapa buah tempat yang telah diatur pihak Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Perak.


Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramahnya di sini malam tadi.

Kehadiran Ketua Pembangkang di Parlimen itu, di sambut hebat oleh penduduk di sekitar Bagan Datoh. Walupun pada jangkaan awal kemungkinan wujud ganguan dan tindakan liar dari pihak tertentu, seperti di tempat lain sebelum ini namun segalanya tidak berlaku malahan ianya berjalan dengan baik dan lancar sebagaimana di rancang.


DSAI duduk bersama hadirin setelah tibanya di lokasi ceramah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh melihat perkembangan politik di Perak khususnya di Parlimen Bagan Datoh telah memberikan gambaran bahawa rakyat sudah sedar dan mahu berubah. Berdasarkan kehadiran serta sambutan rakyat dalam program jelajah yang diketuainya itu, memberi petunjuk jelas bahawa rakyat tidak mahu lagi dizalimi oleh Umno/ BN.


Pengerusi PKR Perak, Dr. Mohd Nor Manuty menyampaikan ceramahnya.

Ketua Umum PKR itu juga berkeyakinan bahawa kawasan- kawasan yang didakwa sebagai kubu kuat Umno/ BN akan jatuh dan tewas dalam Pilihan raya umum akan datang. Ini adalah satu kenyataan apabila ramai sudah pemimpin- pemimpin Umno/ BN sendiri sudah tidak percaya dan yakin dengan partinya itu sendiri.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta dan hadir.

Selain Datuk Seri Anwar, turut serta dan hadir ke program jelajah ke Bagan Datoh ialah pimpinan Pakatan Rakyat lain. Antaranya, Dr. MohdNur Manuty ( Pengerusi PKR Perak ), Sdr. Mustafa Kamil Ayub ( PKR Pusat ), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ( PKR Pusat ), Dr. Lee Boon Chye ( MP Gopeng- PKR ), YB. S.Kesavan ( ADUN Hutan Melintang ), Ustaz Misbahul Munir Masduki ( YDP PAS Bagan Datoh ) dan Sdr. Madhi Hasan ( Ketua Cabang PKR Bagan Datoh ).


Sebahagian hadirin yang menyaksikan ceramah DSAI penuh semangat.

Kelihatan bas yang digunakan oleh DSAI dan rombongannya dalan program jelajah ini.


Ahad, 7 Oktober 2012

TOKOH AGAMAWAN KELAHIRAN BAGAN DATOH


Tokoh agama tempatan Bagan Datoh


kiai
Ulama Nusantara – Kiai Yasin Thoha

Rasa amat kagum setiap kali membaca kolum ‘Ulama Nusantara’ yang tersiar dalam akhbar sisipan UM (i.e., Mega). Kolum tersebut menyiarkan maklumat biografi mengenai tokoh ulama silam nusantara hasil kajian oleh Allahyarham Wan Saghir. Walau pun Allahyarham telah kembali ke pangkuan Ilahi namun kolum tersebut masih hidup dengan limpahan peninggalan kajian beliau.

Pada minggu lalu ruangan tersebut menyiarkan mengenai tokoh agama Kiai Mohd Yasin Thoha Al-Bakri dari Bagan Datoh Perak. Kiai Mohd Yasin telah meningal dunia pada tahun 1978 dan dikebumikan di kampungnya – Kg Sungai Batang Baruh. Selain Kiai Mohd Yasin terdapat beberapa tokoh agama setempat (i.e., di Bagan Datoh) yang sama-sama seangkatan dengan Kiai yang menjadi rakan seperjuangan beliau. Mereka adalah Tuan Guru Dato’ Haji Ghazali (Batu 26), Tuan Guru Haji Abdul Rahman (Teluk Penikam), Tuan Guru Kiai Radin Haji Siraj (Sg Nipah Darat), Tuan Guru Hj Abdullah (Sg Nipah Baroh), Tn Guru Hj Abbas (Sg Tiang Darat), Tn Guru Hj Masduki,  Tuan Guru Hj Radzi (Selekoh), Tuan Guru Sheikh Hj Arshad (Batu 20), Tuan Guru Hj Adnan (Tg Bayan) dan Tuan Guru Sheikh Zubir (Kuala Kangsar).

Kini perjuangan mereka disambung oleh diwarisi oleh anak-anak dan generasi kedua tokoh berkenaan. Madrasah Tn Guru Hj Ghazali Batu 26 di sambung oleh Tn Hj Hashim Anang (menantu), Kiai Yasin Thoha diwarisi anaknya Hj Mohd Arif Zaki, Tn Hj Masduki pula diteruskan oleh anaknya Ustaz Misbahul Munir (Setiausaha Politik YAB MB Perak).

tk-penikam
Tanah perkuburan Kg Teluk Penikam Bg Datoh

SEJARAH PAS : ULAMA' PAS DARI PERINGKAT AWAL LAGI.


PENGLIBATAN ULAMA’ DALAM PAS PADA PERINGKAT AWAL



Gerakan kesedaran Islam di Tanah Melayu bermula dengan pulangnya pelajar-pelajar Melayu yang pernah mendapat didikan di Timur Tengah khususnya di Mesir . Pengaruh ini menjalar masuk ke alam Melayu apabila Syed Sheik bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Tahir Jalaludin al-Azhari yang pulang daripada Mesir. Mereka banyak menerima idea-idea pembaharuan daripada Sheikh Muhammad Abduh seorang pemimpin kebangkitan Islam yang terkenal di Mesir.
Apabila Syed Sheik al-Hadi pulang dari Kahirah pada tahun 1904, beliau telah menerbitkan majalah al-Imam di Singapura pada tahun 1906-1908 bersama rakannya Syed Sheik bin Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Toha dan lain-lain lagi.
Al-Imam berjaya mencetuskan perubahan minda para pembaca di Tanah Melayu zaman tersebut. Kemudian mereka menerbitkan akhbar-akhbar seperti Neraca (1911-1915), Tunas Melayu 1913, Ikhwan 1926 dan Saudara 1928. Akhbar ini menanamkan semangat anti penjajah melalui sindiran, kritikan dan teguran bangsa Melayu di bumi sendiri. Keluaran pertamanya pada 23hb. Julai, 1906. Idea-idea Islam yang syumul dan lengkap ditulis dalam penerbitan mereka.(Abdul Rahman Abdullah, 1987: 154-155, William, R. Roff, 89-90, Dr. Haji Abdullah Ishak, 1990, 201-202, Haji Mohd. Fakharddin Dato’ Haji Ahmad Gahzali, 2003: 3)
Majalah ini telah meniupkan kesedaran kepada golongan agama untuk bangkit menentang penjajah. Golongan ini telah menggerakkan mereka yang berpendidikan agama kearah pembentukan organisasi politik . Mereka menyeru masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam untuk meninggikan ekonomi dan politik orang Melayu. (Wan Hashim Wan Teh, 1988:37-38, William, R. Roff, 1980: 58)
Sekitar tahun 1931 perkembangan politik tanah air terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpuln pertama ialah puak kanan yang terdiri daripada mereka yang berpelajaran Inggeris dengan slogan Malaya untuk orang Malaya_. Golongan kedua ialah puak kiri yang berjuang untuk kemerdekaan orang Melayu dengan konsep penyatuan Melayu Raya_ dipelopori oleh Ibrahim Yakob dan Ishak Haji Mohammad.( Shahrom Husain, 1985 :67-68). Kemudian Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Malaya (KMM) untuk kemerdekaan Malaya dan Indonesia, kemudian KMM telah diharamkan oleh Jepun walaupun pada peringkat awal Jepun memberi kerjasama. Sebagai gantinya Jepun telah menubuhkan Pembebasan Tanah Melayu (PETA). Apabila Jepun menyerah kalah maka hasrat untuk merdeka tidak tercapai. (Shafie Ibrahim, 1981:3)
Hasil daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan agama di Gunung Semanggul.
Hasil daripada gerakan ini maka melahirkan Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggul. Ia adalah parti politik pertama yang berlandaskan Islam dan mempunyai matlamat yang jelas yang dipelopori oleh golongan agama di Gunung Semanggul.
Apabila KMM (Kesatuan Melayu Muda) ditubuhkan di cawangan Gunung Semanggul menjelang tahun 1940an. Pelajar-pelajar Ma’had Ehya telah menyertai KMM. Penyertaan penuntut–penuntut Ehya’ Syarif dalam Gerakan Kesatuan Melayu Muda bukan setakat menjadi ahli, tetapi beberapa orang daripada mereka telah menjadi pemimpin KMM cawangan Gunung Semanggul dan seluruh Perak Utara. (Nabir Abdullah, 1976:76)
Penyertaan secara aktif di dalam politik dan persatuan di kalangan para pelajar Ehya’ pada waktu itu adalah hasil pembawaan guru-guru yang mengajar mereka. Di kalangan guru-guru inilah yang membentuk ideologi pelajar kerana mereka telah menghuraikan fahaman perseorangan (personal ideology) seperti pendapat, sikap, nilai dan bentuk pemikiran kepada para pelajar. (James C, Scott, 1968:31)
Inilah juga yang dilakukan oleh ustaz Abu Bakar al-Abaqir yang menggalakkan anak muridnya terlibat dengan kegiatan memajukan agama dan bangsa.
PKMM[1] telah ditubuhkan pada 17hb. Oktober 1945 di Ipoh ia dipimpin oleh Mukhtarudin , Burhanuddin al-Helmi dan Islak Haji Muhammad dan sayapnya ialah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Insaf (AWAS) dan Barisan Petani Malaya (BATAS). (Shafie Ibrahim, 1981:3)
Golongan agama telah menjadikan PKMM sebagai wadah perjuangan pada waktu itu kerana belum ada lagi wadah yang mereka hendak pejuang untuk menentang penjajah dan dapat mencapai kemerdekan. Menurut Khaidir Khatib para ulama’ dari peringkat awal lagi mereka tidak sudi kalau kegiatan mereka dikongkong dan mereka menjadi boneka sahaja. (Faridah Ali, 1974/75: 15)
Atas galakan PKMM melalui Dr. Buranuddin al-Helmi maka Hizbul muslimn ditubuhkan pada 14hb. Mac 1948. Hizbul Muslimin merupakan satu landasan baru dalam kehidupan masyarakat Melayu, bahawa Islam boleh berperanan dan menjadi ejen perubahan masyarakat (Firdaus Haji Abdullah, 1980:6). Selepas perang dunia kedua ideologi Islam sebagai asas mula bertapak di sekolah-sekolah agama seperti di Mahad Ehya’ al-Syarif yang terkenal sebagai pusat pejuang-pejuang yang beroreintasikan agama. (Firdaus Haji Abdullah, 1980: 6). Kesannya Ma’had telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh pejuang seperti Osman Hamzah, Yunus Yatimi, Asri Haji Muda. Sekolah ini telah mengajar tentang pelajaran yang boleh menimbulkan kesedaran bahawa bangsa Melayu mundur kerana meninggalkan Islam. (Firdaus Haji Abdullah, 1980:6)
Apabila Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah Inggeris[2] maka ramai di kalangan tenaga penggeraknya telah menyertai Pas yang pada ketika itu lebih mirip kepada nasionalis daripada Islam. Empat anggota Hizbul Muslimin telah menyertai Pas adalah Ustaz Osman Abdullah, Ustaz Baharudin Abdul Latif, Ustaz Khadir Khatib, Haji Yunus Yatimi dan Dato’ Mohd. Asri Haji Muda. (Wan Hashim Wan Teh, 51, Firdaus Abdullah, 1980: 46, John Funston, : 91, William R. Roff: 156)
Walau bagaimanapun Pas bermula sebagai pergerakan elit agama di Pantai Barat Semenanjung. Namun ia tersebar pesat di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu kerana majoriti penduduknya orang Melayu. Di kedua-dua negeri tersebut Pas mendapat sokongan daripada para haji, ahli Umno yang telah keluar parti, penyokong PKMM yang masih ada serta mereka yang terpelajar daripada pendidikan Melayu dan Arab. (R.S. Milne & K. Diane Mauzy, : 185) Penglibatan di kalangan mereka yang berpendidikan agama kerana dilihat dari dasar dan komitmen Pas yang memaktubkan beriktiar melaksanakan hukum-hukum Islam. Perletakan dasar perjuangan Islam ini adalah satu perkara yang penting untuk ulama’ melibatkana diri dalam Pas dan merealisasikan Islam sebagai al-Din.
Pas yang merupakan lanjutan daripada perjuangan Hizbul Muslimn yang diharamkan oleh Inggeris, ahlinya terdiri daripada mereka yang berpendidikan agama.
Begitu juga yang dicatat oleh Nabil Abdullah, orang yang mencadangkan nama Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dari Persatuan Ulama, adalah dari kalangan orang yang terlibat dengan Hizbul Muslimin iaitu Osman Hamzah. Malahan bentuk dan tujuan perjuangan parti itu juga ditentukan sedikit sebanyak oleh mereka yang biasa berjuang dalam Hizbul Muslimin. Oleh kerana itulah kita katakan bahawa Pas adalah lahir dari runtuhan Hizbul Muslimin[3] yang banyak berdamping dan menerima sokongan anggota PKMM dan sekutunya.(Nabil Abdullah, 1976: 210)
Kalau dilihat daripada permulaan saat penubuhan Pas sehingga kemerdekaan mendapat sokongan yang kuat dari kalangan orang agama. Memang Pas ditubuhkan oleh mereka yang menghendaki Islam dapat ditegakkan dinegara ini. (Ahmad Kamar, 1979:30). Beberapa persidangan yang di adakan pada peringkat awal telah melibatkan tokoh-tokoh yang berlatar belakang agama seperti Haji Ahmad Fuad Hassan, Haji Mohammed Ghazali Abdullah, Haji Hussain Che’ Dol. Mereka merupakan tokoh pejuang dan ulama’ yang memperjuangkan Pas pada peringkat awal.[4]
Penglibatan yang aktif di kalangan mereka yang terlibat dengan Hizbul Muslimin yang berpengkalan di Ma’had Ehya’ al-Syarif adalah bukti penglibatan golongan agama di dalam Pas. Tempat-tempat seperti ini yang menjadi pengkalan yang menyebarkan Islam dan ideolagi yang diperjuangkan oleh Pas kebetulan selari dengan apa yang diajar oleh Tok Guru pondok walaupun pondok ini bukan tajaan Pas. Dengan ini memudahkan Pas mengembangkan pengaruhnya di kawasan pondok. Misalnya tiga orang pelajar Ma’had Ehya’ Sayarif, Baharudin Abdul Latif, Othman Hamzah dan Yunus Yatimi yang telah menghadiri ke mesyuarat perasmian PKMM di Ipoh pada 10 November hingga 3 Dis 1945. Mereka ini kemudian bergerak dalam Angkatan Pemuda Insaf (API) dan seterusnya dalam PAS. (Firdaus Abdullah, 1985: 33) Lahirnya persidangan di kalangan tokoh agama dalam Umno pada waktu itu adalah hasrat murni mereka untuk melihat Islam dapat ditegakkan dengan baik dengan adanya persidangan ulama’ Malaya di Muar pada 21 Feb 1950 manakala 15 Ogos 1951 di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Seberang Perai adalah menefestasi keinginan ulama’ pada waktu itu untuk berorganisasi. Hasrat ini dapat dilihat daripada yang disebut oleh Haji Ahmad Fuad yang merasakan perlu ulama’ bersatu dan meyesal kerana ulama’ tidak bersatu. (Shafie Ibrahim. 1981: 14). Ini dapat dilihat daripada ruh penubuhan Pas di kalangan ulama’ dalam Umno merasakan perlu satu pertubuhan yang mengumpulkan semua ulama’ dalam satu kesatuan untuk menjadi satu barisan yang kukuh dalam menentang kemunkaran yang dilakukan oleh Umno seperti mengajurkan loteri, mengadakan fun fair yang dianggap oleh oleh ulama’ mengotorkan kesucian Islam.(Nakhaei 1987 : 45)
Penubuhan Pas pada peringkat awal adalah menjadi wadah kepada ulama’ untuk berorganisasi dan dapat membentuk satu jamaah yang mampu untuk melawan kemungkaran pada ketika itu. Pada waktu itu sudah ada keinginan ulama’ untuk mewujudkan sebuah parti politik Melayu Islam baru yang menggabungkan ulama’ dalam satu wadah.. Mereka hendak menjadikan Pas sebagai sebuah badan yang bebas jika boleh menyamai dengan Parti Masyumi di Indonesia. (Safie Ibrahim, 1981:4)
Sejak daripada persidangan kedua lagi sudah ada idea untuk Pas berdiri dengan sendiri yang bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Supaya ulama’ dapat berbicara dengan bebas dan tidak terikat dengan badan induk yang ada. Ini adalah kerana ulama’ sedar mereka perlu ada organisasi untuk bergerak sebagai nadi kepada ummah. Walaupun hajat ini tidak kesampaian untuk dilaksanakan seperti dalam artikel 22 bab 1 draf perlembagaan Pas yang menyebut bahawa sesiapa yang memegang ahli jawatankuasa eksekutif Pas tidak boleh dalam masa yang sama memegang jawatan dalam mana-mana parti politik lain. Oleh kerana artikel ini akan -menjejaskan mereka yang masih sayang pada Umno maka ada cadangan supaya artikel ini dimansukhkan.(Nasarudin Mat Isa, 2001:16)
Sambutan ini juga berkait rapat dengan tokoh kepimpinan pada waktu itu seperti Haji Ahmad Fuad yang memang terdedah dengan gerakan agama dan bakat kepimpinan. Beliau merupakan seorang yang bijak dan pintar. Bakat kepimpinan dan pendedahan kepada gerakannya sejak daripada kecil. Namanya sebenar Dahmat bin Hasan bin Bilal Mat Salleh. Digelar Dahmat al-Bariak setelah tamat pengajian di peringkat Qismul ‘Ali (1937) di Ma’had al-Ehya’ as Syarif kerana kecemerlangan akademiknya. Kemudian namanya ditukar kepada Ahmad Fuad oleh Sheik Hassan Yamani ketika belajar di Mekah. Beliau mula terdedah dengan gerakan politik Kaum Muda ketika berada di Ma’had al Ehya’ asSyarif Gunung Semanggul (1934-1937) dan Gerakan Islah ketika berada di Mekah (1937-1939).. terlibat dalam penentangan terhadap British di Palestin ketika berada di Mekah. (Nabil Abdullah, 1976: 61,Mohd. Fadli Ghani 2003c:1) (Othman Hamzah, 1987:50). Pengalaman yang ada pada Tuan Haji Ahmad Fuad seorang ulama’ dan seorang yang tekun dan berkarismatik adalah penyumbang utama kearah kelahiran Pas pada peringkat awal. Kepimpinan beliau (15 ogos 1951-Sep 1953) dianggap sebagai printis membawa golongan agama dalam organisasi untuk meningkatkan kedaulatan Islam. Kebetulan beliau merupakan Pengerusi Badan Agama Umno, maka mempercepatkan penubuhan Pas.. (Muhaimin Sulam, 2003: 70)
Sebagai seorang yang memiliki latar belakang pendidikan agama satu kelebihan untuk membawa Islam sebagai visi perjuangan politik. Di samping itu beliau memahami bahawa bangsa Melayu perlukan negara yang berdaulat. Kebetulan pada ketika itu Umno merupakan satu wadah politik kepada orang Melayu kerana parti yang berhaluan kiri telah diharamkan oleh penjajah. Beliau merasakan tidak selesa dengan beberapa pendirian Umno. Maka beliau telah memikirkan hanya melalui satu persatuan yang menyuarakan aspirasi Islam yang boleh menjadi pengimbang kepada Umno. Semasa penubuhan Pas di peringkat awal, beliau menggunakan mekanisme yang wujud dalam Umno untuk memudahkan kerja penubahannya. Ini termasuk menghubungi para sultan , mufti, alim ulama’ dari seluruh Negara.(Muhaimin Sulam 2003:72-73)
Dasar Pas yang meletakkan Islam merupakan asset yang paling penting memperkembangkan pengaruh Pas. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diberikan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam.[5] Kerana dasar Islam yang diperjuangkan oleh Pas telah menarik minat orang Melayu yang sinonim dengan Islam terutama di kalangan ulama’. (K.J. Ratnam 1985: 145, Fred R. Von Der Mehden 1982: 184, Judith Nagata 1987: 121), Islamic Revival And the Problem Of Legitimacy among Rural Religious Elites in Malaysia, edit Bruce Gale, Pelanduk Publications dlm Readings In Malaysian Politics, 1987 113-133)). Sebab itu setiap kali pilihanraya isu Islam[6] telah dieksploitasikan untuk kejayaan dalam pilihanraya bagi mencari sokongan. Isu agama adalah yang paling berkesan pada orang Melayu. Segala bantuan dan pembinaan yang melambangkan syiar Islam akan ditonjol kehadapan untuk membuktikan kepada orang Melayu bahawa merekalah calon yang patut dipilih.
Pas yang telah menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan politiknya dengan mudah dapat meresapkan pengaruhnya di kalangan penduduk luar bandar terutama di negeri yang majoritinya terdiri dari kalangan orang Melayu seperti Kelantan dan Terengganu dan Kedah.[7] Di sebabkan Islam dan Melayu menjadi intisari peribadi bangsa Melayu dalam erti kata konsep Melayu itulah Islam dan Islam itulah Melayu sudah diterima umum dan konsep ini menjadi modal besar Pas tambahan pemimpinnya pula terdiri dari kalangan orang-orang berpendidikan Islam.(Yahya Ismail, 1978: 99)
Pas juga melebarkan pengaruh di kawasan pengajian agama. Sentimen pegangan agama di kalangan orang Melayu yang begitu kuat dieksploit oleh Pas untuk menarik sokongan di kalangan mereka. Ini dapat dilihat dengan penubuhan sayap parti iaitu Dewan Pemuda dalam Pas diamanahkan kepada ulama’ iaitu Ustaz Haji Ahmad Badwi Abdullah yang kelulusan Makkah. Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas yang bermesyuarat pada 3 April 1952. untuk beliau menubuhkan Dewan Pemuda Islam sebagai sebuah jawatankuasa kecil (lajnah/biro) dalam Jawatankuasa Agung PAS). (Minit Mesyuarat Jawatankuasa Agung Pas, 3 April 1952:1). . Mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk melantik Ustaz Ahmad Badwi yang juga seorang ahli Jawatankuasa Agung Pas sebagai Ketua Dewan Pemuda Islam yang akan menjalankan kerja-kerja kepemudaan (Mohd. Fadli Ghani, 2003:2)
Malahan apabila Kongres yang dikenali sebagai Kongres pemuda Islam yang berlangsung pada 25 Ogos 1953 di Madrasah al-Ulum As Syariyyah Bagan Datoh, Perak yang kemudiannya bersetuju melantik Ustaz Othman Abdullah[8] sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas (Mohd. Fadli Ghani, 2001:12). Program yang dibuat di Madrasah al-Ulum dan mendapat kerjasama yang baik adalah satu bukti memang Pas mendapat sokongan dari kalangan ulama’ dan golongan agama, malahan Dewan Penuntut Madrasah al-Ulum banyak memainkan peranan untuk menggerakkan organisasi Dewan Pemuda Pas.(Mohd. Fadli Ghani, 2003:67) Malahan pergerakan Kesatuan Pelajar Agama Islam Se Malaya (KPAS) yang mendapat sokongan dari sekolah-sekolah agama rakyat terutama di Perak, Kedah, Seberang Perai, Selangor dan Kelantan.(Mohd. Fadli Ghani, 2003:68)
Kebanyakan Tuan Guru dan pondok menjadi power base Pas pada peringkat awal hingga kini.[9] Walupun pondok itu tidak berada di bawah kendalian Pas tetapi segala pembawaan tuan gurunya mempengaruhi dalam tindakan.[10] Mahathir Mohd. Khir dalam satu tulisannya telah menyatakan bahawa kaitan erat antara pondok, padi dan Pas. (Mahathir Mohd. Khir, 1992: 26-28). Penglibatan beberapa orang ulama’ dan Tuan Guru pada peringkat awal penubuhan Pas memberi impak yang besar kepada politik melayu. Daerah-daerah yang tebal dengan tradisi persekolahan pondok khasnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu telah menjadi sasaran parti itu. Di antaranya Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein merupakan mudir di Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah di Pokok Sena, Seberang Perai, Tuan Guru Haji Yahya Junid daripada Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Hilmiah Padang Lumat Kedah, Tuan Guru Haji Ahmad Kodiang, Tuan Guru Haji Hussein Che’ Dol, Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi pengetua Madrasah al-Masriah, Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution Tanjung Pauh Jitra, Taun Guru Haji Osman Yunus daripada Pondok Al-Nahdhah Bukit Besar Kedah, Di Kelantan antara tuan guru yang terlibat dalam Pas pada peringkat awal ialah Tuan Guru Haji Daud Pondok Meranti Pasir Mas, Tuan Guru Haji Hussein Rahimi dan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari Madrasah Al-Ahmadiah Bunut Payung, Tuan Guru Haji Abdul Ghani dari Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban Pasir Mas, Tuan Guru Haji Abu Bakar dari pondok Bukit Tiu, Tuan Guru Haji Omar dari pondok Kg Baru Pak Husein, Tuan Guru Haji Hassan dari pondok Lemal, Tuan Guru Haji Mohd. Nor dari pondok Teliar, Tuan Guru Haji Harun juga dari Pondok Lemal dan Tuan Guru Haji Mustafa dari pondok Pasir Tumbuh dan Tuan Guru Haji Hassan dari pondok Ketereh yang sebelumnya seorang penyokong Umno menyertai Pas pada tahun 1958. Dengan penglibatan mereka ini juga telah dijadikan modal kempen pilihanraya di kalangan aktivis Pas, salam dan pesanan Tok Guru menjadi modal untuk memenangi hati pengundi dan rakyat yang selalu percaya bahawa guru-guru mereka adalah orang baik. (Muhammad Abu Bakar, 1985:326-327)
Di Trengganu beberapa tuan guru yang menjadi tumpuan Pas pada waktu itu untuk mengembangkan pengaruh Pas. Antaranya ialah Pondok Haji Abdul Latif di Besut, Pondok Haji Kadir di Padang Midin, pondok Haji Abbas di Tok Jiring, Pondok Haji Shafie Sulong di Durian Guling, Pondok Haji Zainal Abidin Dungun dan Pondok Haji Mat Shafie yang dikelolakan oleh Haji Mat Teresat. Muhammad Abu Bakar, 1997:163) Pada waktu itu Maahad Ehya’ al-Syarif yang merupakan tempat tumpuan ulama’ Hizbul Muslimin. (Burhanuddin Abdul Latif 1994:iii-iv) Kemenangan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein menjadi faktor penolak aktivis Pas membawa obor parti dalam masyarakat pondok (Muhammad Abu Bakar, 1985:324). Kemenangan ini juga berkait rapat dengan perjuangan Pas yang sama dengan Hizbul Muslimin yang pernah lahir di Gunung Semanggul dahulu yang mempunyai matlamat yang sama untuk menegakkan Islam apabila Negara merdeka. Suasana masyarakat yang dikelilingi dengan suasana agama maka bukan menjadi asing kepada Pas untuk menang. Kerana mereka memang diasuh supaya kepercayaaan dengan agama dan politik tidak boleh dipisahkan.(Nabil Abdullah: 232) Di dalam pertandingan tersebut calon Pas Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin mendapat undi sebanyak 8685 berbanding dengan calon Perikatan Mohd Sulaiman Haji Ahmad (haji Sulaiman Palestin) yang mendapat undi sebanyak 8235 manakala seorang lagi yang bertanding ialah Mohd. Jun bin Ngah dari Parti Kebangsaan Perak mendapat undi 3315.[11] (T.R. Smith, 1955: 69) Kemenangan calon Pas juga banyak disumbangkan oleh kepercayaan konsep durhaka dari anak murid pada tuan guru.(Nabil Abdullah, 1976: 229). Kemenangan ini juga kerana peribadi calon banyak menyubangkan tenaga dan masanya kepada pendidikan Islam yang merupakan anak ulama’ Tuan Hussain Kedah yang terkenal dan kebetulan beliau juga berketurunan banjar. (Muhammad Abu Bakar, 1997:163) Pas yang telah berjaya menarik perhatian ulama’ pondok melihat penyertaan mereka dalam politik sebahagian dari kehidupan beragama. (Muhammad Abu Bakar, 1985:326) Hal ini sangat menarik perhatian guru-guru agama kepada Pas. Kerana ia dipimpin oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan cita-cita untuk mendirikan hukum Islam.(Ahmad Kamar, 1979: 78 )
Menurut Means,
its formative period the PMIP relied heavily upon support of students and teachers in the religious pondok schools, where young Malays are instructed in the religious tenants of Islam (Means, 1970: 226)
Kemenangan Pas beberapa tahun sahaja apabila Pas ditubuhkan adalah merupakan kemenangan pengaruh pondok dan penampungan semangat kemelayuan di kalangan orang-orang Melayu yang begitu bimbang dengan kedudukan mereka akibat dasar pintu terbuka Inggeris dan pertambahan pesat penduduk Tanah Melayu dengan kemasukan China dan India. Semangat kemelayuan dan rasa bimbang ini masih menebal di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu. Pengaruh pondok merupakan pengaruh Islam. Pondok-pondok merupakan benteng mempertahankan akidah Islam di tanah Melayu. Apabila tok-tok guru pondok telah memberi sokongan bulat kepada Pas maka rakyat mudah dipengaruhi untuk memberi sokongan kepada Pas. (Nakhaei, 1987: 38-39)
Walaupun Pas ditubuhkan di Pulau Pinang tetapi berkembang di Kelantan, kerana di sana adanya pondok.[12] Pengaruh sisitem pendidikan pondok yang begitu kuat di Kelantan menyebabkan agama merupakan satu sentiment penting kepada rakyat Kelantan. Perkara yang berkaitan dengan agama akan mendapat tempat di hati rakyat sebab itulah apabila Pas yang menyokong konsep Islam telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan rakyat Kelantan. (Mohammad Agus Yusoff, 1994: 1) Pada awalnya ia berkembang di kawasan Melayu yang tepencil dan kurang maju. Namun begitu dengan adanya bantuan daripada pemimpin-pemimpin agama di peringkat kampung, guru-guru Melayu dan guru-guru agama maka parti itu mencapai banyak kejayaan dalam percubaan untuk menjelaskan tujuan politik dari sudut Islam. (Amaluddin Darus, 1977:34), (Ratnam, 1969:193). Disinilah letaknya kekuatan Pas kerana keupayaan pemimpin Pas mengeksploitasi _ Religious sentiments for political objectives_. (Means, 1970: 278), Begitu juga dengan Milne yang berpendapat sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang rofoundly conservative he driving force behind the parti comes from religion (Milne, 1967: 93)
Jasa besar yang dimainkan oleh tuan guru amat besar, walaupun ada kelemahan dalam penyampaian. Adalah tidak adil mengatakan guru-guru pondok menghalang kemajuan , kerana bagi beliau mereka adalah pejuang dan hulubalang yang telah berjuang sebelum kita berjuang dengan mempertahankan keyakinan umat kepada agama Allah sekalipun dalam bentuk dan cara yang sangat ketinggalan zaman. (Amaluddin Darus, 1977:42).
Penglibatan Dr. Burhanuddin al-Helmy[13] Prof. Zulkifli Muhammad[14], Dato’ Asri Haji Muda[15] dalam Pas juga impak dari pendidikan agama yang diterima sehingga mereka merasakan perlu melibatkan diri dengan Pas.
Penyertaan Dr. Burhanuddin diharap akan memberi kesan yang baik kepada Pas dalam persaingan politik nasional (SP 28/A/19 PAS 1955-1958. surat Hassan Adli kepada Othman Abdullah, 17 Disember 1956). Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Ustaz Hassan Adli adalah dua tokoh utama Dewan Pemuda Pas yang memainkan peranan utama untuk menarik Dr. Burhanuddin dan meyakinkan pimpinan Pas tentang kepimpinan Dr. Burhanuddin yang bebas dari pengaruh sosialis dan gerakan kiri (SP 28/A/19 PAS 1955-1958, surat Hassan Adli kepada Othman Abdullah, 17 Disember 1956). Bukan perkara baru minat dan dekatnya Dr. Burhanudin dengan perjuangan Islam, malah penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul adalah nasihat Dr. Burhanuddin walaupun beliau tidak kedepan tetapi yang menjadi perancang utama ialah beliau. Sewaktu beliau menjawat Pegawai Tinggi Jepun di markaz Taiping sering berulng alik ke Ihya’ dan sering berbincang bagaimana hendak memajukan pendidikan dan kemajuan bangsa.[16] Dr. Burhanuddin melarang tentera Jepun daripada menganggu pelajar dan warga Ihya’ dan menyelamatkan penduduknya daripada terlibat dengan pembinaan keretapi maut di Sg Kwai sempadan Burma -Thai (Nabil Abdullah, 1976:87dan 91) Sebaik sahaja Dr. Burhanuddin menjadi Yang Dipertua Agung Pas. Wakil Ketua Dewan Pemuda Pas Ustaz Burhanudin Latif telah menyampaikan sebuah al-Quran dan Undang-Unang Tubuh Pas kepada beliau sebagai satu simbolik perjuangan Pas yang menjadikan al-Quran sebagai panduan (Amaluddin Darus, 1977:93). Ustaz Jamaluddin Amini adalah orang yang betanggungjawab membawa Prof. Zulkifli Mohammad ke dalam Pas pada 1955 (Mohd Asri Muda, 1993:45)
Dr. Burhanuddin juga seorang ulama’ walaupun beliau dikenali sebagai nasionalisma kiri kerana kelantangan beliau dalam menentang penjajah. Kebolehan beliau dalam bahasa Arab dan menguasai Bahasa Inggeris adalah gambaran kehebatan beliau sebagai seorang ulama’ dan intelektual. Beliau yang pernah menuntut di Sungai Jambu Sumatra selama dua tahun untuk pendidikan agama Islam. Selepas ia kembali dari Sumatra bapanya menghantarnya pula ke sekolah Pondok di Pulau Pisang, Jitra Kedah. Beliau tidak lama tinggal di sana kerana menganggap pembelajaranya terlalu rendah dan kemudian beliau ke Madrasah al-Mashor al-Islamiah Pulau Pinang, dalam masa yang singkat beliau menguasai bahasa Arab. (Kamarudin Jaafar, 1980: 4). Semasa Pas di bawah kepimpinan beliau telah menekankan betapa pentingnya ahli-ahli memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Islam dan berkewajipan untuk menyebarkan ilmu tersebut kepada masyarakat dan seterusnya kepada negara sehinggalah kepada pembentukan sebuah Negara Islam. (Halim Mahmood, 1983: 36)
Kalau ditinjau daripada penglibatan Dr. Burhanuddin sebelum menjadi Yang Dipertua Agong Pas , ternyata beliau mewakili elemen Islam dalam pertubuhan yang diwakilinya. Atas dasar inilah pimpinan beliau yang dipinggirkan dalam PKMM dengan diberi jawatan penasihat sahaja. (Funstorn, 108-109, Wan Abd. Rahman, 1991:4) Komitmen beliau terhadap Islam telah membolehkan beliau berfungsi sebagai pemimpin utama kepada pertubuhan pelbagai kaum dan bangsa dalam AMCJA dan ini meletakkan beliau sebagai one of the first Malay leaders to head a multi-racial political alliance. Kalaulah beliau seorang nasionalis yang kental besar kemungkinan beliau tidak sanggup untuk mewakili pertubuhan yang mewakili kepentingan pelbagai bangsa seperti AMCJA (All Malaya Council For Joint Action) (Wan Abd. Rahman, 1991:4). Kesanggupan beliau memimpin AMCJA itu menunjukkan kelincahan beliau dalam menyatakan Islam kepada bangsa lain yang bukan menganut agama Islam.
Sikap beliau yang mengambil berat dalam menyatakan Islam jelas dapat dilihat semasa beliau memegang jawatan tertinggi bagi seorang Melayu iaitu Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayan Melayu yang berpejabat di Markaz Pentadbiran Jepun di Taiping. Semasa beliau memegang jawatan beliau menganjur dua kongres Islam. Beliau mengambil berat dan melindungi dan membantu Maahad Ehya’ al-Syarif sebuah puasat pendidikan Islam yang terkemuka dari segi sosial dan politik di Gunung Semanggol (Kamarudin Jaafar, 1980:5).
Pas begitu agresif ketika di bawah pimpinan Dr. Burhanudin al-Helmi (1956-1964). Beliau bekas pimpinan PKMM telah tidak menyertai mana-mana parti ketika dibebaskan dari tahanan pada tahun 1950. Beliau telah menyertai Pas pada bulan Disember 1956. Pada pandangan beliau Pas adalah parti Melayu yang berteraskan Islam dan memperjuangkan kebangsaan Melayu. Sehubungan dengan itu Dr. Burhanuddin menegaskan
hose who naively say that Pas is a party of Pak lebai should look around them, should turn to the middle East. As whether or not PAS is competent in its role in the struggle of national liberation, Middle East provides the example that a state, a nation cherished by every Muslim patriot will not be realised unless the national struggle has brought about genuine independence and sovereignty, unless the supreme task for national liberation has been genuinely fulfilled. (Dr. Burhanuddin al-Helmy, 1956: 5)
Pada awalnya Inggeris mengaggap Pas tidak begitu penting, tetapi dengan penyertaan Dr. Burhanuddin al-Helmi ia membimbangkan British. Ini kerana Burhanuddin adalah orang yang anti British dan bercita-cita pula untuk membentuk sebuah negara Islam. (Penal Pengkaji Sejarah Pusat Penyelidikan Pas, 1999:7)
Mesyuarat Agung kali pertama yang berlangsung pada 3 Januari 1953 bertempat di Dewan Madrasah Daeratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas telah membincangkan cadangan penubuhan Dewan Ulama’, bersama dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Dalam mesyuarat tersebut perwakilan Hilir Perak telah mencadangkan ketiga-tiga usul berkenaan penubuhan tiga dewan-dewan dan disahkan sekali gus dan disokong oleh perwakilan Bukit Besar kemudian disokong sebulat suara. Dewan Ulama’ yang mempunyai ahli yang terdiri dari kalangan ulama’ dan mempunyai satu peraturan yang dinamakan dia peraturan Dewan Ulama’ PAS yang menentukan segala tanggungan-tanggungan dewan ini dan segala hak-haknya, dan peraturan-peraturan ini hendaklah disahkan dalam mesyuarat jawatankuasa Kerja Agung PAS(Peringatan Mesyuarat Agung Pas Kali Pertama, 1953: 12)
Dengan tertubuhnya Dewan Ulama’ sebagai sebuah badan penting dalam parti bertujuan menyediakan tempat dan peluang kepada penglibatan besar di kalangan ulama’. Lebih hebat lagi apabila kemenangan di Kerian menyedarkan bahawa pondok merupakan sektor yang penuh berpotensi di sudut politik, dan perhubungan antara Pas dengan ulama’. (Muhammad Abu Bakar, 1985:321-322)
Kesimpulan
Penubuhan Pas adalah hasil kesedaran politik Islam untuk mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini. Mereka yang mempelopori pergerakan ini ialah dari kalangan orang agama yang begitu bersemangat menentang penjajah terutama aspirasi yang dibawa balik oleh anak murid Sheikh Muhammad Abduh di Timur Tengah. Mereka bangkit di tengah-tengah masyarakat dengan memberi kesedaran agama.
Peranan ulama’ dalam mencetuskan gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka telah memainkan peranan utama dalam perjuangan dalam mempertahankan kedaulatan negeri-negeri Melayu daripada pencerobohan kuasa penjajah. Pada waktu itu madrasah dan pondok menjadi benteng pertahanan untuk meniupkan kesedaran menentang penjajah melalui pembangunan akidah dan semangat jihad.
Walaupun Pas pada peringkat awal adalah merupakan badan setelit kepada Umno untuk mengumpul tenaga-tenaga ulama’ pada waktu itu dan masih tertakluk dengan undang-undang Umno. Tetapi dengan pindaan terhadap undang-undang tubuhnya secara langsung Pas menjadi sebuah pertubuhan politik yang menjadi saingan dengan Umno. Selepas itu beberapa ulama’ Umno yang pada mulanya berkecimpung dengan Pas telah keluar dan kekal dalam badan induk Umno. Walau bagaimanapun Pas telah diasaskan oleh sekumpulan ulama’ untuk menjadi parti alternatif kepada masyarakat melayu. Nama-nama seperti Tuan Haji Ahmad Fuad bi Hassan, Tuan Guru Guru Haji Hussin Che Dol, Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, Tuan Haji Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah, Tuan Haji Abdullah Abbas Nasution, Tuan Haji Ahmad Maliki merupakan tokoh ulama’ yang mempelopori kewujudan Pas pada peringkat awal.
Pas telah meneruskan dasar Hizbul Muslimin dan kebanyakan ahlinya telah berjuang di dalam Pas, malahan Pas melanjutkan cita-cita kepada Hizbul Muslimin dari segi asas perjuangannya. Pas telah menjadi ‘main stream’ pada ketika itu yang telah mengambil tempat Hizbul Muslimin dan PKMM yang diharamkan oleh penjajah. Kerana ideologi Pas yang lantang dan berani maka ia mendapat sokongan akar umbi yang terdiri dari kalangan ulama’. Kehadiran Pas dalam masyarakat Melayu pada ketika itu ialah untuk memenuhi ruangan kosong di dalam masyarakat bagi mengembalikan Islam yang telah dijajah dengan harapan Islam dapat dijadikan kuasa penyatuan dan mengangkat martabat bangsa.
Oleh kerana itulah Pas mendapat tempat di dalam instutusi pondok dan sekolah agama rakyat yang sebahagian besar mendokong fikrah perjuangan Pas. Hal ini sangat menarik guru-guru agama kerana Pas dipimpin oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan cita-cita untuk ,mendirikan hukum Islam.(Ahmad Kamar, 1979/80:78)
Oleh itu Pas mempunyai hubungan yang rapat dengan institusi pendidkan agama dan pondok. Terdapat pondok yang begitu akrab dengan Pas, sebagai contohnya hubungan Madrasah al-Ulum Assyariah Batu 20, Bagan Datoh, Perak. Dicatatkan dalam sejarah madarasah tersebut telah menggunakan markaz Pas cawangan Batu 20 untuk digunakan kelas pengajian bagi menampung kekurangan bangunan kelas di madarasah tersebut pada tahun 1950an.(Sobri Haji Said, 1978: 54)
Malahan sejak awal penubuhan lagi ia dipelopori oleh ulama’. Menurut Ustaz Baharuddin Abdul Latif yang menghadiri majlis penubuhan Pas telah mencatatkan sebuah manifesto al-Badawi yang disediakan oleh Haji Ahmad Badawi yang tajuk lengkapnya “Manifesto al-Badawi Ulama’ Kejalan Allah” ia menggambarkan azam dan tekad ulama’ untuk berjuang menegakkan Islam dan ajarannya.(Baharuddin Abdul Latif, 1994:xx)
Walaupun Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang biak di pantai timur, kerana di sana terdapatnya pondok dan sekolah agama. Perjuangan ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran mereka yang syumul dengan menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu Amaluddin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha mendekati tok-tok guru. pondok untuk memimpin Pas.(Amaluddin Darus, 1977:34)
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Konggres pertama PKMM pada 30hb. Nov hingga 3hb. Dis 1945 di Ipoh telah menetapkan supaya PKMM menuntut Malaya berkerajaan sendiri berdasarkan demokrasi, Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi dan mengadakan satu rupa bangsa (kerakyatan yang tunggal) di Tanah Melayu. Kedua menuntut kemerdekaan penuh yang berdasarkan demokrasi. Ketiga, Malaya pada akhirnya hendaklah bergabung dengan Indonesia. (Ahmad Azam, : 26-27)
[2] Pengharaman ini berkait rapat dengan tidak senangnya pihak berkuasa untuk melihat kepimpinan Islam akan bertapak di Tanah Melayu dan akan menggugat kepimpinan nasionalis pada waktu itu. (Muhammad Abu Bakar, 1994: 98)
[3] Walaupun ia lahir dari runtuhan Hizbul Muslimin tetapi dari segi faktanya memang Pas lahir dari rumah Umno. Ada di kalangan pemimpin Umo yang berjiwa Islam merasakan suatu kekosongan dalam bidang dan ruang gerakan politik jika Islam tidak disertakan sama. Mereka mahukan sebuah badan yang berdiri sendiri. (Mohd. Asri, 1993:37). Ada juga pandangan yang mengatakan bahawa kelahiran Pas tiada ada kaitan dengan Umno tetapi lahir dari kesedaran ulama’ dalam Umno (Nasharudin Mat Isa, 2001:9). Penulis lebih menerima pandangan yang mengatakan Pas lahir daripada Umno secara formal, kerana waktu itu berlaku kekosongan wadah Islam apabila penjajah mengharamkan Hizbul Muslimin. Kebetulan Dato’ Onn Jaafar merupakan kawan baik kepada ustaz Haji Ahmad Fuad telah mengamanahkan kepada beliau untuk mengemudikan bahagian agama pada peringkat awal. Manakala Ustaz Fuad merupakan bekas penuntut Ehya’ al-Syarif maka sudah tentu fikrah perjuangan Hizbul Muslimin masih membara dalam jiwanya dan fikrah inilah yang cuba diserapkan dalam Pas.
[4]Perlantikan Tuan Haji Ahmad Badwi Abdullah untuk menubuhkan Dewan Pemuda Islam sebagai jawatankuasa kecil (Lujnah/biro) dalam Jawatankuasa Agung Pas menunjukkan ulama’ diberi kepercayaan untuk menerajui Dewan Pemuda Pas (Minit Mesyuarat Jatankuasa Agung Pas, 3 April 1952:1). . Mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk melantik Ustaz Ahmad Badwi seorang ulama’ terkenal di Utara Tanah Melayu yang juga seorang ahli Jawatankuasa Agung Pas sebagi Ketua Dewan Pemuda Islam yang akan menjalankan kerja-kerja kepemudaan (Mohd. Fadli Ghani 2003:2)
[5] Pengaruh agama yang ada pada Dr. Haji Abbas Alias yang menjadi Yang Dipertua Pas kedua (1953-1956) kerana bapanya seorang Qadhi di daerah Sitiawan Perak. Bapanya rakan sekelas dengan Haji Ahmad Fuad. (Mohd. Fadli Ghani2003c:1)
[6] Isu Islam sangat berkesan dan menjadi focus dalam setiap pilihanraya dan menjadi hujah antara PAS dengan UMNO untuk menarik undi di kawasan Melayu. Lihat, K.J. Ratnam, Religion And Politics In Malaya, dlm. ,Reading On Islam Southeast Asia, pnyt. Ahmad Ibrahim, Sharom Siddique, Yasmin Hussain, Institute Of Southeast Asian Studies, Singapura, 1985, hlm. 145. Lihat, Fred R. Von Der Mehden, Malaysia Islam And Multiethnic Polities, dlm. Islam In Asia, Religion, Politics And Sosiety. Pnyt., John. L Esposito, Oxford University Press, N. York, 1982, hlm 184
[7] Dewan Masyarakat meletakkan dengan 3P (Pondok, Padi, Pas) kerana kawasan yang ada 3P ini adalah kawasan Melayu majoritinya. Lihat Mahathir Mohd. Khir, Politik Melayu, Satu Lawan Satu,_ Dewan Masyarakat. Jan, 1992 hlm. 26.
[8] Lulusan syariah dan undang-undang Islam dari Universitas Muhammadiyyah Padang. (Mohd Fadli Ghani, 2001: 12)
[9] Pada waktu itu sekolah agama dan pondok menjadi tempat Pas menjalankan operasinya. Ini dapat dilihat Kongres Pemuda Islam telah diadakan pada 25hb. Ogos 1953 di Bangunan Madrasah al-Ulum As-Syariyyah, Batu 20 Bagan Datoh, Perak. (Mohd. Fadli Ghani, 2003: 38)
[10] Pada waktu itu kebanyakan dari kalangan Tuan Guru yang terlibat dalam perjuangan dalam memantapkan iman dan akidah. Perjuangan secara organisasi pada masa itu masih belum wujud dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun pada ketika itu telah ada beberapa pertubuhan yang mulai bergerak mengikut aliran Islam, namun gerakannya masih disekitar daerah tertentu. (Mohd. Asri Haji Muda, 1993:32)
[11] T.R. Smith (Supervisorof elections), 1955:69 Report of The First Election of the legislative Council the federation of Malaya, Government Press, Kuala Lumpur, 1955, hlm. 69
[12] Penglibatan pondok dalam proses politik boleh dilihat sekurang-kurangnya dalam dua peringkat pertama ia memain peranan yang pasif iaitu sekadar menjadi kawasan politik yang di datangi oleh wakil-wakil politik untuk mencari pengaruh di dalam kawasan pondok. Kedua pondok sebagai pusat kegiatan parti politik dan menjadi taman melahirkan tokoh-tokoh politik dan menjadi rujukan kepada parti politik dalam soal agama. ( Mohamad Abu Bakar, 1985:317)
[13] Menurut Dato Mohd. Asri Hj Muda mesyuarat tidak rasmi Angkatan Muda dalam Pas telah menghantar wakil yang terdiri daripada Ustaz Abdul Wahab Noor, Ustaz Baharuddin Latif berjumpa dengan Dr. Burhanuddin al-Helmy. (Dato’ Mohd Asri Haji Muda 1993). Dr. Burhanuddin yang memang dibesarkan dalam suasana pendidikan agama di Sg. Jambu Sumatera selama dua tahun kemudian di Sekolah Pondok di Pulau Pisang Jitra Kedah kemudian beliau masuk belajar di Madrasah al-Mashor al-Islamiah Pulau Pinang dan dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. (Kamaruddin Jaafar 2001:9)
[14] Ustaz Jamaluddin Amini adalah orang yang betanggungjawab membawa Prof. Zulkifli Mohammad ke dalam Pas pada 1955 (Mohd Asri Muda, 1993:45)
[15] Dato’ Asri menyertai Pas apabila dipelawa oleh Ustaz Othman Abdullah, walaupun pada peringkat awal ia enggan kerana menganggap Pas bukan sebuah parti yang serius untuk menegakkan Islam sebaliknya ia hanya menjadi parti tunggangan orang lain. Tetapi apabila ustaz Othman Abdullah memberi keyakinan bahawa ini yang wajib kita bersama dengan Pas dan membawa kearah yang diredai oleh Allah SWT. (Mohd. Asri Haji Muda, 1993:38). Mohd. Asri juga orang yang mendapat pendidikan agama di Madrasah Muhamadiah di Kota Bharu (Wan Hashim Wan Teh, 1993: 18)
[16] Dr. Burhanuddin yang lincah dalam politik sehinggakan ia boleh berbaik dengan Jepun dan menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1947 bersama dengan Indonesia. Tetapi Jepun telah menyerah kalah pada 14 Ogos 1947, walau bagaimanapun Sukarno terus mengistiharkan kemerdekaan Indonesia. Dr. Burhanudin tidak boleh berbuat demikian di Tanah Melayu kerana kumpulan yang menentang Jepun menguasai keadaan. Jika kemerdekaan yang dijanjikan oleh Jepun dapat dilaksnakan maka Dr. Burhanuddin bakal Perdana Menteri pada waktu itu.(John Funston, 1980: 120)
-Oleh: Ustaz Haji Idris bin Ahmad-
-Penulis adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sessi 2007-2009-

jambori amal kuala kangsar 2008