pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 25 Mei 2015

MUKTAMAR DPPN PERAK KALI 32 : USTAZ AKMAL MENGETUAI DPPN PERAK SESI 2015-2017



USTAZ AKMAL KAMARUDDIN  KETUAI DEWAN PEMUDA PAS PERAK

Pemilihan Jawatankuasa Kerja bagi jawatan Ketua tanpa pertandingan menyaksikan Yang Dipertua PAS Kawasan Larut, Ustaz Akmal dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2015-2017

AIR KUNING, TAIPING : Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali ke 32 yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning Taiping 17 Mei lalu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. YB. Dato’ Hj, Mahfuz Omar. 

Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Perak, Tn. Hj. Razman Zakaria dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ramadhan Fitri Elias.

Muktamar tahunan kali ini juga menyaksikan tahun pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi sesi 2015- 2017.

Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin telah diamanahkan oleh perwakilan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perak menggantikan Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang meninggalkan kepemudaannya.

Jawatan Timbalan Ketua yang sebelum ini dipegang oleh Mohd Akmal telah diisi oleh Ustaz Mohd Hafez bin Sabri manakala Ustaz Khairi Jamaluddin kekalkan jawatan sebagai Naib Ketua.

Kesemua jawatan tidak berlaku pertandingan kecuali Ahli Jawatankuasa apabila 12 orang telah bersetuju bertanding bagi memilih seramai 10 orang mengisi jawatan tersebut.

Mereka yang terpilih adalah Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ustaz Akmal Sani, Ustaz Abdullah Adam, Ustaz Syakirin Hussin, Ustaz Mujahid Fadzil, Ustaz Faisal Puait, Ustaz Qahar Shamsudin, Awis Qarni, Rif’at Razman dan Hamidi Hamizi.

Manakala bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap pula masing-masing telah diisi oleh Ustaz Fairuz Hafiz Othman dan Mohd Aidil Abdul Aziz manakala jawatan Pemeriksa Kira-kira diamanahkan kepada Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib dan Ustaz Anuar Morat.

Ketika berucap dalam ucapan penggulungnya, selaku Ketua yang baharu, Ustaz Akmal melahirkan perasaan sedih apabila menganggap beliau bukanlah orang paling layak memegang jawatan itu. Beliau amat mengharapkan seluruh Jawatankuasa yang dilantik serta pemuda-pemuda di setiap kawasan supaya dapat bekerjasama sepenuhnya untuk menjayakan misi dan visi Pemuda PAS Perak kali ini.

MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK KALI 32 : PERWAKILAN DPPK BAGAN DATOH HADIRI MUKTAMAR.



MUKTAMAR TAHUNAN DPPN PERAK KALI 32 : BERLANGSUNG TENANG DAN CERIA, PENUH MUHASABAH DI BAWAH TEMA “ TEKAL BERILTIZAM ”

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menganggap perjalanan Muktamar kali ini lebih penuh muhasabah buat pimpinan dan juga ahli dengan kasih mesra.

AIR KUNING, TAIPING : Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menganggap dan berpendapat bahawa perjalanan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kali 32 ini adalah lebih bermuhasabah buat pimpinan dan ahli perwakilan yang hadir daripada seluruh pelusuk negeri.


Bertemakan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, “Tekal Beriltizam” telah menyaksikan pembahasan setiap wakil DPP Kawasan dapat menghuraikan setiap pandangan dan pendapat para perwakilan di dalam dewan.

Perwakilan DPP Kawasan Bagan Datoh adalah terdiri daripada Ustaz Amir Hamzah Ibrahim, Ustaz Mohd Khairi Abdullah, Ustaz Hasnezam Hasani, Ustaz Mustaid Saifuddin, Ustaz Muhamad Nizam Khairi dan Hj. Muhammad Haidzir Ajid.

Walaupun adakalanya pandangan serta teguran daripada beberapa orang perwakilan dalam membahas ucaptama muktamar agak sedikit hangat dan panas, namun ianya tidaklah hingga menghilangkan suasana tenang dewan tersebut. 



Khamis, 21 Mei 2015

SENARAI PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA DPP PUSAT 2015-2017.

Senarai pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2015-2017



PENGERUSI TETAP
KAMAL ASHAARI
ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN; YB.

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
RIDUAN MOHD NOOR
AHMAD SABKY YUSOF


PEMERIKSA KIRA-KIRA
JAMEL SERING
SYAHIR HASAN


KETUA PEMUDA
SUHAIZAN KAIAT
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ; YB.


TIMBALAN KETUA PEMUDA
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB


NAIB KETUA PEMUDA
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
NOR AZMAN MOHAMAD


AHLI JAWATANKUASA KERJA
ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
AHMAD FADHLI SHAARI
FADHLI GHANI
HISHAMUDIN ABDUL KARIM; YB.
IZWAN ABD HALIM
LAHIRUL LATIGU
MOHAMMAD ARIFIRIAZUL PAIJO
MOHD AZAM ABD SAMAT; YB.
MOHD FAKHRUL RAZI MOHD MOKHTAR
MOHD HAFEZ SABRI
MOHD HAKIM MOHD NOR
MOHD HASBIE MUDA
MOHD NASAIE ISMAIL
MOHD NASIR ZAKARIA
MOHD SANY HAMZAN
MOHD ZAWAWI ABU HASSAN; YB.
MUHAMMAD FAIZ FADZIL
MUHAMMAD HAFIZ MUSA
MUHAMMAD RAMLAN MAHMOOD
MUHTAR SUHAILI
NOR AZARIZA ALAWI
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOF
RAMADHAN ELIAS
SYAHIR CHE SULAIMAN
SYARHAN HUMAIZI ABDUL HALIM
SYED ABDUL KADIR AL JOOFREE

Takbir!

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMA' : ISU FITNAH GABUNGAN PAS & UMNO.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMA.
ISU FITNAH GABUNGAN PAS & UMNO


Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke 31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19hb Mei 2015 mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan UMNO. Dengan ini, pihak MSU menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan UMNO. 

Majlis Syura Ulamak juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan lain lain ahli jawatankuasa Majlis Syura Ulamak. 

Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam.

Dato' Dr Nik Zawawi Nik Salleh,
SU Majlis Syura Ulama.
Khamis 21 Mei 2015 / 3 Syaaban 1436H

Khamis, 7 Mei 2015

PRK P. 091 ROMPIN: TAHNIAH BUAT USTAZ NAZRI DAN SELURUH JENTERA PAS DI ROMPIN.

DPPK BAGAN DATOH UCAPKAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN PAS KURANGKAN MAJORITI UNDI BN DAN TINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA PAS DI PRK ROMPIN

Calon PAS, Ustaz Nazri Perolehi Undi 14,901 manakala Calon BN, 23,796 undi.


SELEKOH, BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh mengucapkan tahniah kepada Calon PAS di Pilihan Raya Kecil ( PRK ) P. 091 Rompin pada 5 Mei lalu, Ustaz Nazri Ahmad atas kejayaan mengurangkan jumlah majoriti undi BN di Parlimen tersebut.

Bagi PRK Rompin yang diadakan semalam ( 5 Mei ) , SPR telah mengumumkan keputusannya iaitu BN mendapat 23,796 undi dan PAS pula mendapat 14,901 undi menjadikan majoritinya ialah 8,895 undi. Undi rosak pula ialah 591 undi. Ini bermakna terdapat 39,288 orang yang telah keluar membuang undi pada hari semalam.

Dengan kemerosotan peratusan keluar mengundi semalam, bagi mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13, BN sekurang-kurangnya patut mendapat 25,741 undi dan PAS pula memadai mendapat 12,790 undi sahaja menjadikan majoritinya ialah 12,951 undi.

Tetapi, berdasarkan keputusan yang diumumkan semalam, undi BN menurun sebanyak 20.8% (6,244 undi) berdasarkan PRU13 lalu atau merosot 8.2% (1,945) untuk berada pada kedudukan mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas.

Menariknya, undi PAS pula telah melebihi 14.2% (2,111 undi) daripada kedudukan untuk mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas. Mudahnya, tahap sokongan terhadap PAS sebenarnya meningkat.


Sekali lagi, pihak DPPK Bagan Datoh mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera dan petugas yang bekerja keras dan terus memperjuangkan Islam di muka bumi Allah SWT ini.



PEMILIHAN PAS : SENARAI NAMA YANG LAYAK BERTANDING BAGI JAWATAN TERTINGGI PUSAT DAN DEWAN-DEWAN PUSAT

Pengumuman dari Sidang Media Oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS. Pengumuman Pencalonan AJK PAS Pusat, Pemuda dan Muslimat.

LAYAK BERTANDING UNTUK:
PRESIDEN:
1. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
2. Ustaz Ahmad Awang
3. Haji Husam Musa
TIMBALAN PRESIDEN:
1. Haji Mohamad Sabu
2. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
4. Haji Husam Musa
NAIB PRESIDEN:
1. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Haji Husam Musa
3. Haji Salahuddin Ayub
4. Mahfoz Omar
5. Ustaz Idris Ahmad
6. Ustaz Nasrudin Hassan
7. Haji Mujahid Yusuf
8. Tuan Haji Iskandar Samad
9. Tuan Haji Mohamad Nor
10. Haji Mohamad Sabu
11. Dr Dzulkefly Ahmad
---------------------------
LAYAK BERTANDING PEMUDA PAS PUSAT
KETUA PEMUDA (KP) PUSAT:
1. Suhaizan Kayat
2. Raja Iskandar Al-Hiss
3. YB Nik Mohamad Abduh
4. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
5. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
TIMBALAN KP PUSAT:
1. Raja Iskandar Al-Hiss
2. Ir Haji Khairil Nizam
3. Saudara Kamaruzman Mohamad
4. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
NAIB KP PUSAT:
1. Ir Haji Khairil Nizam
2. Ustaz Syarhan Humaizi
3. Ramadhan Alias
4. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
5. Ustaz Afnan Hamimi
6. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
7. Fakhrulrazi Mokhtar
8. Ustaz Nasir Zakaria
9. Haji Azman Mohamad
10. Sany Hamzan
11. Nasaie Ismail
---------------------------
LAYAK BERTANDING MUSLIMAT PAS PUSAT
KETUA MUSLIMAT (KM) PUSAT: 
1. Siti Zailah Mohd Yusoff 
2. Ustazah Nuridah Salleh
TIMBALAN KM PUSAT:
1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr. Siti Mariah Mahmud
3. Mumtaz Md Nawi
4. Dr Rosni Adam
5. Nuridah Salleh
6. Siti Zailah Mohd Yusoff
7. Wan Hasrina Wan Hassan
NAIB KM PUSAT:
1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr Wahibah Tahir
3. Mumtaz Md Nawi
4. Nuridah Salleh
5. Salamiah Mohd Nor
6. Aiman Athirah Al-Jundi (Raj Munni Sabu)
7. Wan Hasrina Wan Hassan
8. Dr. Rosni Adam
9. Siti Zailah Mohd Yusoff
10. Dr. Siti Mariah Mahmud

Sumber: harakahdaily

JABATAN PASTI : JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SUDAH SIAP.

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 PASTI PERAK SUDAH SIAP

Para Guru dan Ibu bapa serta murid-murid PASTI seluruh Perak khususnya di Kawasan Bagan Datoh harap ambil maklum dengan jadual tersebut.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan Bagan Datoh di sini ingin memaklumkan kepada seluruh Guru, Ibu Bapa dan Murid-murid PASTI berkenaan jadual peperiksaan pertengahan tahun 2015 sudahpun siap dan disediakan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Bendahari Jabatan PASTI Kawasan Bagan Datoh, Muhamad Nizam bin Khairi.



PASTI TERUS MENYUBUR MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN

PASTI : TAPAK SEMAIAN SUBUR DALAM TIGA DEKAD
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor


Perkembangan pesat pendidikan pra sekolah di bawah kendalian dewan-dewan Pemuda PAS negeri-negeri telah menyebabkan timbulnya usul dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1988 supaya diwujudkan program pendidikan yang selaras untuk anak-anak ahli PAS. Keprihatinan pemuda PAS ini juga berkait rapat dengan persaingan agenda kaderisasi dengan pertubuhan Islam lain di negara ini dan juga obligasi harakah Islam. Ia juga manifestasi kekecewaan Pemuda PAS dengan sistem pendidikan negara yang dilihat gagal melahirkan pelajar yang memahami Islam dengan baik.


Dewan Pemuda PAS Pusat yang sewaktu itu dipimpin oleh Dato'Abu Bakar Chik telah mengambil tindakan susulan daripada usul muktamar Pemuda PAS. Tindakan konkrit telah diambil dalam mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai jabatan pendidikan prasekolah dibentuk di peringkat pusat diketuai oleh Dr Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan pendidikan pra sekolah ini.

Pada awalnya, Lujnah Tarbiah Pemuda memainkan peranan besar untuk membentuk dan menyuburkan kegiatan tarbiah nizomi terutama diperingkat prasekolah. Antara Dewan Pemuda yang aktif menggerakkan prasekolah ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung seminar prasekolah di Masjid Rusila, Terengganu yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Seminar ini adalah rentetan daripada keseriusan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk merakyatkan pendidikan prasekolah yang berorientasikan Islam di negara ini dengan penglibatan PAS telah membentangkan kertas kerja iaitu Dr Harun Taib dan ustaz Abdul Halim Arshad.

Dalam sejarah penubuhan PASTI dan perkembangannya di tanah leluhur ini, Dr Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Pengarahnya yang pertama pada 18 Mei 1989, manakala Mohd Najib Fahami Yahaya sebagai Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Setiausaha PASTI Pusat yang pertama ialah Dr Ishak Ismail manakala Bendaharinya ialah Cikgu Noh Ahmad. Manakala semua pengarah PASTI negeri telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa PASTI peringkat Pusat.

Untuk mengoperasikan jenama pendidikan baru ini, Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengetengahkan PASTI kepada masyarakat terutama ahli-ahli PAS. Pada 23 September 1989 Dewan Pemuda mengeluarkan arahan supaya kempen digerakkan ke seluruh negara. Pada 14 Januari 1990, PASTI menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PASTI dan pertandingan ini dimenangi oleh Raja Abdul Aziz Raja Azlan .

PASTI makin berkembang maju maka logo rasmi PASTI tersebut mula digunapakai secara rasmi semenjak 21 Julai 1991. Bagi mengukuhkan lagi organisasi PASTI, mulai 16 Januari 1993, semua PASTI diarahkan supaya berdaftar dengan PASTI Pusat bagi mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu prasekolah didaftarkan dengan kerajaan, dan Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengesahkan struktur baru organisasi penyelarasan PASTI semua peringkat pada 26 Januari 1994. Menjelang bulan September 1999 Ketua Pengarah PASTI Pusat telah mengarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan menubuhkan PASTI baru di kawasan masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan bengkel penyelarasan PASTI di peringkat pusat pada 10 Disember 1989 diikuti oleh penyelarasan secara rasmi mulai 14 Januari 1991. Kemudian, Konvensyen Pendidikan Prasekolah telah diadakan di Kota Bharu pada 15-16 November 1991 untuk membentuk landasan pergerakan PASTI, diikuti oleh Bengkel Kurikulum dan Latihan Bengkel Kurikulum dan Pembinaan Modul PASTI di Selangor pada 25-27 Oktober 1992. Selain penyusunan kurikulum dan pengurusan pada Januari 1994, PASTI telah merancang untuk mewujudkan penyelarasan organisasi dan pentadbiran, kurikulum, latihan, buku teks, hari persekolahan, pakaian seragam dan keperluan elaun guru dan sebagainya. Pada 12 Ogos 1995, pihak pengurusan PASTI telah mengadakan satu taklimat khas penggunaan buku PASTI kepada semua pengurus-pengurus bagi menyelaras semula buku teks PASTI.

PASTI semakin berkembang dengan baik terutama di negeri Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah. Ia juga berkait rapat dengan kesungguhan petugas PASTI yang merupakan kelompok kelas menengah Melayu, keluaran universiti dalam dan luar negara. Selangor kini menjadi negeri mempunyai paling banyak bilangan PASTI. Ini kerana tahap pendidikan ibu bapa yang lebih baik (Selangor Negeri Maju) mereka memilih anak-anak untuk mendapat Pendidikan Islam dan PASTI disinonimkan dengan Pendidikan Islam untuk anak-anak. Di Kelantan pula, PASTI berkembang dengan pesat kerana PAS mempunyai cawangan yang banyak di Kelantan dan cawangan pula memainkan peranan untuk memajukan PASTI di negeri tersebut.

Kini PASTI menjadi kilang besar pendidikan dalam mencetak generasi Quranik, medan operasinya makin melebar serta kompetetif. Semua amilin wajib menyokong institusi ini, terutama idea memperbanyakkan lagi institusi sekolah rendah dan menengah milik jamaah di seluruh negara.

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Tarbiah Pusat)

TAHNIAH BUAT KETUA PENERANGAN DPPK BD ATAS KURNIAAN CAHAYA MATA.

USRAH : DPPK BAGAN DATOH ZIARAHI KETUA PENERANGANNYA YANG BARU MENIMANG CAHAYA MATA SULUNGNYA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ucapkan tahniah kepada Haji Haidzir atas kurniaan cahaya mata sulungnya.


SG. SUMUN, BAGAN DATOH :Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh mengucapkan jutaan tahniah kepada Muhamad Haidzir Ajid, Ketua Penerangan atas kurniaan cahaya mata pertamanya pada minggu lepas.

Beliau yang ditemui di rumahnya menyatakan rasa kesyukuran yang teramat ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat tersebut.

Pihak DPPK Bagan Datoh turut mendoakan agar cahaya mata yang dikurnikan itu akan menjadi seorang pejuang dan mujahid di masa hadapan.

Cahaya mata lelaki yang dilahirkan secara normal di Hospital Teluk Intan tersebut telah dinamai " Muhammad Ihsan bin Muhammad Haidzir ".







Khamis, 30 April 2015

SOKONGAN BUAT USTAZ YUSNI MAT PIAH DAN USTAZ NAZRI, INSYA ALLAH ADA KEBERKATANNYA.

DPPK BAGAN DATOH SOKONG KEPUTUSAN DPPN PULAU PINANG, TERUS DOAKAN KEJAYAAN USTAZ NAZRI DI ROMPIN

Tiada Istilah " U-Turn ", Bahkan Buktikan Ustaz Yusni Berjiwa Besar dan Jentera PAS Terus Berusaha Menangkan Ustaz Nazrin di Rompin.

SELEKOH, BAGAN DATOH : Dengan keputusan terbaru daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah menarik keputusan sebelum ini iaitu merehatkan seluruh jentera pemuda PAS negeri tersebut sempena Pilihanraya Kecil ( PRK ) Permatang Pauh dilihat satu keputusan yang terbaik. Berikut keputusan terbaru itu bermakna jentera pemuda PAS negeri tersebut akan membantu kempen dan pergerakan sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei.

Muhammad Haidzir Ajid - Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK BD ) turut menyokong penuh keputusan pihak DPPN PP tersebut kerana telah menyaksikan serta membuktikan bahawa Ustaz Yusni Mat Piah selaku Ketua DPPN PP  mempunyai jiwa yang besar apabila membuat keputusan tersebut kerana akur dan patuh atas arahan parti ( PAS Pusat ).

Keputusan yang tersebelum ini diputuskan oleh pihak DPPN PP kerana keenganan pihak AMK Pulau Pinang untuk memohon maaf atas penghinaan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang sebelum ini. Namun setelah perbincangan dan mesyuarat yang telah dihadiri sendiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menjadikan keputusan tersebut diubah atas sebab akur dan patuh arahan parti.

MANAKALA di Rompin,menjelang PRK Parlimen tersebut menyaksikan kesibukan para petugas dan jentera PAS yang turun ke kawasan itu. Tidak ketinggalan, para jentera PAS seluruh peringkat dan negeri hadir serta membantu kempen dan tugas-tugas pilihanraya di sana.

Menurut Ketua Penerangan DPPK Bagan Datoh, Muhammad Haidzir Ajid menyatakan keyakinan bahawa calon PAS di Rompin mampu membuat kejutan di PRK kali ini.

" InsyaAllah, percaya dan yakinlah bahawa PAS mampu membuat kejutan di Rompin. Namun usaha dan doa jangan diabaikan oleh seluruh jentera dan ahli PAS." Jelasnya ketika ditemui oleh pihak Unit Media & Berita DPPK BD.

PJ PAS PERAK : TUAN GURU PRESIDEN PAS SELAYAKNYA SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG.

DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG SELAYAKNYA DIANGKAT SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG
Situasi politik menjelang suasana semasa dan persiapan menghadapi PRU14 memerlukan ikon yang boleh menjadi "enabling factor" untuk menumbangkan dominasi UMNO/BN.
Sekali lagi saya tegaskan rakyat sudah muak dengan UMNO. Persoalannya kepada siapakah kuasa pemerintahan akan diserahkan? Siapa yang akan mendominasi? Adakah di sana jaminan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa?
Adakah wujudnya keadilan dalam agihan kekayaan negara? Adakah sistem pentadbiran negara akan lebih transparent? Apakah pengganti UMNO/BN boleh dipercayai dalam memikul amanah ini?
Dengan apa alasan sekalipun landskap politik Malaysia, tidak boleh meminggirkan survival Melayu dan Islam. Inilah benteng terakhir UMNO/BN. Parti bukan Melayu dalam komponen BN tidak bersetuju, tetapi mereka harus "bersetuju di atas perkara yang mereka tidak bersetuju" demi mengekalkan kuasa BN.
Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.
Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah "persetujuan yang mereka tidak bersetuju".

"PAS MELANGKAH DENGAN BERRINSIP, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

* Catatan Kempen PRK P091 dari Felda Kratong 4 ke Markas Induk, Bandar Muazam Shah.

Terus beristiqamah
Hj. Razman Hj. Zakaria 
Pesuruhjaya PAS Perak

Rabu, 29 April 2015 
11 Rejab 1436

Jumaat, 24 April 2015

MAT PAS KAWASAN BAGAN DATOH : PERUBAHAN JAWATAN TYDP, YDP DAN NAIB KEKAL TANPA TANDING SERTA BEBERAPA AJK BARU DIPIPIH.

USTAZ MISBAH KEKALKAN JAWATAN YDP, TYDP ADA PERUBAHAN DAN NAIB YDP MENANG TANPA BERTANDING

Mesyuarat Agung Kawasan Kali 51 Saksikan YDP kekal buat tahun ke 11 dan Timbalan YDP bertanding, Haji Ariffin Menang Setelah Pencabar Tarik Diri.

BAGAN DATOH , Selekoh : PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali 51 pada 12 April 2015 ( Ahad ) dan bertempat di Dewan Utama, Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh.


Mesyuarat kali ini telah pun dirasmikan oleh YB. Dato' Hj. Mahfuz bin Omar ( Ahli Parlimen Pokok Sena/ Ketua Penerangan PAS Pusat ).

Mesyuarat Agung Kali ke 51 ini menyaksikan beberapa perubahan bagi jawatankuasa kerja PAS Kawasan.

Namun, bagi jawatan Yang Dipertua ( YDP ),pihak perwakilan dan seluruh ahli PAS Kawasan masih memberi kepercayaan kepada Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki jawatan tersebut. Beliau berjaya mengekalkan jawatan tersebut kali tahun ke 11 setelah menang tanpa bertanding.


Manakala bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua ( TYDP ), menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara Ustaz Ahmad Shaarani Imam dan Ustaz Ahmad Jailani bin Abdul Hamid. Keputusan pertandingan tersebut memihak kepada Ustaz Ahmad Shaarani Imam.

Jawatan Naib Yang Dipertua ( NYDP ) pula diisi dan di kekalkan oleh Tuan Hj. Ariffin Hussein setelah menang tanpa bertanding.


Ahli Jawatankuasa kerja seramai 16 orang yang dipilih dalam mesyuarat oleh perwakilan pula adalah :- Dr. Nurul Huda, Fathillah Salleh, Mohamad Khairi Abdullah, Abduh Sukirmen, HJ. Abdul Aziz Abas, Rosilawati, Zulkifli Ariffin, Ahmad Zakaria, Norzaman Samuri, Suhaimi Samuri, Baharuddin Mat Yit, Ahmad Fauzi Hashim, Mohd Asri, Termizi Mansor, Mohd Zaini Sunan dan Ahmad Jailani Abdul Hamid.

jambori amal kuala kangsar 2008