pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 7 Disember 2011

UMNO SEMAKIN BIMBANG : NIZAR JAMALUDDIN

BAGAN DATOH : Kebimbangan Umno semakin jelas apabila mereka menjadikan Perhimpunan Agung Tahunan UMNO kali ini sebagai medan menghentam dan mencaci Pakatan Rakyat. Selain itu, mereka juga berhujah bukan untuk mempertahankan kepincangan Umno yang semakin busuk dan teruk. Terutamanya Ketua Pergerakan Wanita Umno. Datuk seri Shahrizat Abdul Jalil apabila tiba - tiba " mengamuk untuk menyinsing lengan baju dan kainnya" apabila dikaitkan dengan skandal projek NFC milik suaminya.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berucap ketika majlis ceramah dan himpunan perwira negara anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh mendakwa bahawa pergerakan Umno semakin hilang punca kerana disebabkan beberapa skandal yang melanda pimpinan mereka.
Kepelbagaian isu ciptaan mereka sendiri, akhirnya menjerat perjuangan Umno yang kononnya mendakwa pejuang Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya, itu hanya retorik semata - mata untuk mempertahankan kuasa dan harta. Beliau juga mencerita bagaimana persidangan parlimen yang menunjukkan dan membuktikan sokongan rakyat terhadap Umno - BN semakin luntur dan menjauh.

Mohammad Nizar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Timbalan 1 Pesuruhjaya Pas Perak  menyatakan keyakinan bahawa rakyat boleh memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti berdasarkan pemerintahan kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Pada majlis tersebut juga telah berlangsung pelancaran KERABAT parlimen Bagan Datoh oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohamad Sabu.

5 ulasan:

First Article Surrender berkata...

After many days such article have read and really enjoyed it. Thanks.

Great Article Surrender berkata...

Hai. Beautiful work. Write frequently and be beloved of others.Thanks.

Great Article Resignation berkata...

I like your post. Wordless comment. Thanks.

First Article Resignation berkata...

Essential post. As rose in all flower. Keep writings. Thanks.

Best Directory Submissions berkata...

Good job. Wants more post. Thanks.

jambori amal kuala kangsar 2008