Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari Kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal - awal kelahiran iaitu manusia sejak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT : " dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti berlaku, tidak ada keraguan padanya..." - Surah al - Hajj : 7
Mari kita fikir sejenak tentang tanda - tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sohih Nabi SAW dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.
Antara tanda - tanda kecil Kiamat berdasarkan Hadis :
1) Penaklukan Baitulmaqdis :Dari Auf bin Malik r.a katanya, " Rasulullah SAW telah bersabda : Aku menghitung enam perkara menjelang Kiamat. " Baginda menyebut satu antaranya iaitu penaklukan Baitulmaqdis. - Sahih Bukhari.
2) Zina Berluasa : " dan tinggalah manusia - manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada za,an mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.
3) Alat - alat Muzik Menjadi Kebanggaan dan Digilai : Baginda bersabda :" Apabila telah bermaharajalela muzik ( bunyi - bunyian ) dan ramainya penyanyi - penyanyi wanita" - Riwayat Ibnu Majah.
4) Menghias Masjid dan Membanggakannya : " Diantara tanda - tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah -megah dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai'.
5) Munculnya Kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran : " Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan persaudaraan dan bersikap yang buruk dengan jiran" - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat : " Di antara tanda - tanda semakin dekatnya kiamat iaitu dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka' ( orang yang bodoh dan hina) . Maka orang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat at - Thabrani.
7) Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya Telanjang : Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a : " Di antara tanda - tanda telah dekatnya kiamat ialah akan muncul pakaian - pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
Demikianlah sebahagian daripada tanda - tanda kecil akan berlakunya Hari Kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi denga sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara.
Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh
Demikianlah sebahagian daripada tanda - tanda kecil akan berlakunya Hari Kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi denga sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara.
Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan