SUNGAI SUMUN : " Siakap senohong gelama ikan duri. bercakap bohong lama - lama jadi pencuri". Itulah antara pepatah melayu yang sesuai digunakan bagi umat Islam yang gagal menghayati dan mengamalkan apa yang tersirat dan tersurat dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Melihat masakini masyarakat Islam hidup semakin jauh dan meninggalkan perintah Allah SWT adalah kerana didikan dan tarbiah agama yang ditinggalkan.
Sempena memperingati dan bagi menghayati peristiwa Israk dan mikraj Ahli Jawatankuasa Masjid Ismailiah, Kg. Tebing Rebak dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Teluk Bharu telah menganjurkan Majlis Ceramah Israk Mikraj pada 28 Jun 2011 ( Selasa ) dan bertempat di Masjid Ismailiah, Kg. Tebing Rebak, Teluk Bharu.
Penceramah jemputan dalam majlis tersebut ialah Dato' Hj. Abu Hassan Din al - Hafiz yang merupakan Mantan Pegawai Agama Istana Negara.
" Ramai orang Islam yang hanya meyambut Israk Mikraj tetapi tidak faham dan menghayati di sebalik peristiwa tersebut." Ujar beliau terhadap isu yang berlaku pada hari ini
.Katanya, umat Islam tidak memahami maksud tersirat peristiwa ini dan akhirnya lalai dan leka untuk melaksanakan ibadah serta tuntutan agama.
" Peristiwa Israk mikraj mesti diimani dengan yakin kerana perkara ini akidah. Jangan kita ragu - ragu lagi. Banyak dalil menyatakan kesahihannya."Peringatan beliau kepada seluruh umat Islam apabila ada lagi dikalangan umat Islam ragu dan tidak yakin dengannya.
Majlis ceramah tersebut telah menarik minat hampir 300 hadirin yang hadir ke masjid bersama menyaksikan dan mendengar ceramah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan