BAGAN DATOH : Adalah menjadi satu impian dan harapan bagi setiap orang apatah lagi sebuah keluarga untuk mememiliki sebuah kehidupan yang sempurna dan selesa. Keperluan sebuah rumah sebagai tempat perlindungan amatlah penting kerana ianya pasti menjadi perkara asas bagi kehidupan sebuah keluarga. Namun, ianya bukanlah mudah untuk direalisasikan bagi sesetengah individu.
Demikian keperitan yang dihadapi oleh sebuah keluarga mualaf di sini apabila terpaksa hidup dan tinggal dalam sebuah rumah yang kecil dan kurang selesa. Kamaruddin bin Abdullah, 40, yang sudah memeluk agama Islam hampir 11 tahun menghadapi ujian dalam kehidupannya saat - saat negara menuju kepada kemajuan dan kemodenan.
Beliau yang sudahpun berkeluarga, seorang isteri dan anak lelaki berusia 7 tahun reda dan tetap bersyukur masih lagi menerima rezeki yang halal. Walaupun saiz rumah sewa beliau diami sekarang yang terletak di Kampung Rungkup Kecil agak kecil dan sempit, pastinya memberi sedikit makna ketika mana manghadapi ujian tersebut.
Keprihatinan Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh keatas nasib keluarga Kamaruddin turut melahirkan rasa gembira dihatinya. Beliau kini menyewa rumah tersebut dengan bayaran sebanyak RM60 sebulan hasil kerjanya sebagai pembantu peniaga ayam mentah di Pasar Utama Bagan Datoh. Dengan pendapatan hanya RM 25 sehari menjadi pendapatan utamanya disamping isterinya, seorang warga Indonesia bekerja sambilan di sebuah kedai makan terletak di Rungkup Kecil.
" Saya amat berterima kasih kepada Pas Bagan Datoh, kerana sudi bantu kami," demikian luahan hati yang hanya mampu dilafazkan Kamaruddin Abdullah.
Sebelum memperolehi rumah kini, beliau dan isteri terpaksa tinggal sementara di Masjid Rungkup Kecil hampir 1 bulan yang lalu. Hasil usaha Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Bagan Datoh, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim akhirnya berjaya mendapatkan penempatan sementara menerima mana - mana bantuan membina rumah baharunya yang lebih luas dan selesa.
" Kita akan bantu mereka sekadar yang mampu. Setakat ini kita berikan sedikit barangan dapur dan juga wang ringgit hasil kutipan pemuda Pas kawasan, " menurut Amir Hamzah yang juga merupakan Imam Masjid Rungkup Kecil di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan