pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 10 Januari 2012

SIASAT SEGERA INSIDEN LETUPAN : AMK

Polis digesa bertindak segera insiden letupan

SHAH ALAM, 10 Jan: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.


Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyifatkan adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegitu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lima orang tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
"AMK mengesyaki wujud unsur-unsur sabotaj yang mahu dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik perhimpunan aman kempen 901 hari ini.

"Berkemungkinan besar, letupan itu dirancang kerana mereka daripada awal mengesyaki Anwar didapati bersalah, maka imej PKR akan dipalitkan kononnya ada cubaan menghuru-harakan situasi dan gagal mematuhi perjanjian awal antara pihak polis dan PKR," jelasnya.
Tambahnya lagi, sayang sekali, perancangan jahat mereka terencat kerana mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan.

Lantas, ujarnya letupan berskala kecil pula yang dilakukan hingga mengakibatkan berlaku kecelakaan pada beberapa individu dan harta awam.

"AMK menegaskan bahawa perancangan kotor dan jijik seumpama ini adalah perancangan yang bodoh dan merendahkan kredibiliti rakyat yang matang menilai.

"14 tahun cukup untuk mengajar rakyat bahawa sememangnya ada pihak yang cuba menjadi 'api dalam sekam', mengotorkan perjuangan murni rakyat menuntut keadilan dengan insiden-insiden yang tidak diingini," sambungnya lagi.

Katanya, AMK mendesak pihak polis bertindak segera menangkap mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

“AMK percaya dengan kawalan rapi pihak polis, termasuk dengan fasiliti lengkap CCTV di sekitar kawasan berkenaan, pihak tersebut boleh diberkas segera,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008